Juara MotoGP 2006 Nicky Hayden Terlibat Dalam Kemalangan Jalanraya

 

 

  • Juara MotoGP 2006 dan juga penunggang dalam siri WorldSBK untuk Red Bull World Superbike Team telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang serius di Itali semalam.
  • Penunggang berusia 35 tahun itu sedang menjalankan sesi latihan menunggang basikal apabila dia telah dilanggar sebuah kereta yang menyebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala dan dada.
  • Hayden kini sedang dirawat di hospital berdekatan di Rimini,Itali. Hulurkan sokongan anda di media sosial dengan menggunakan hashtag #GoNicky.


Juara MotoGP 2006 dan penunggang WorldSBK bagi pasukan pengilang Red Bull Honda, Nicky Hayden, telah terlibat dalam satu kemalangan yang serius di Itali. Menurut Motorsport.com, penunggang berusia 35 tahun itu dilaporkan keluar menunggang basikal bersama rakan di Rimini, Itali, ketika insiden malang itu berlaku.

Sumber imej: Rimini Today

Sumber imej: Rimini Today

Sebuah kereta telah melanggar Hayden dan menyebabkan penunggang kelahiran Amerika Syarikat itu merempuh hud kereta berkenaan. Dia telah dihantar ke sebuah hospital berdekatan Rimini untuk rawatan. Akibat daripada kemalangan itu, penunggang Red Bull Honda World Superbike Team ini telah mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan juga dadanya.

Bagi menunjukkan sokongan anda kepada Nicky Hayden, anda boleh menyampaikannya melalui media sosial dengan hashtag #GoNicky. Beberapa orang ternama dalam industri permotosikalan telah pun menunjukkan sokongan mereka kepada penunggang berusia 35 tahun dari Kentucky ini.

Nicky Hayden mula melonjak dalam dunia sukan permotoran pada tahun 2006 ketika dia menunggang untuk pasukan pengilang Repsol Honda. Dia telah mengharungi saingan yang getir untuk kejohanan MotoGP sehingga ke penghujung musim 2006 dimana dia muncul sebagai juara.

Leave a Reply