- Musim mengembara telah tiba lagi, di mana para penunggang akan menunggang menjelajah Malaysia mahu pun ke negara Thai.
- Pengembaraan jarak jauh memerlukan perancangan yang rapi.
- Kami senaraikan beberapa peralatan yang akan menjadikan pengalaman pengembaraan anda lebih seronok dan juga selamat.
Bulan April telah tiba, dan dengannya tiba juga musim mengembara bagi penunggang kembara di Malaysia, yang sering kali menjadikan Thailand sebagai destinasi mereka. Ya, sudah tiba masanya untuk Phuket Bike Week dan juga Songkran (Tahun Baru Thai).
Angin dan ombak yang membadai pantai barat Thailand masih lagi tidak begitu kuat dan bergelora pada bulan Mac dan April ini, sebelum musim tengkujuh tiba pada pertengahan bulan Mei, yang dengannya membawa hujan lebat dan ombak yang lebih bergelora (bersama dengan puing-puing) membadai pantainya.
Selain itu, dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba pada bulan Mei tahun ini, dijangkakan ramai penunggang Malaysia yang akan berpusu-pusu menuju ke utara sewaktu bulan ini.
Namun begitu, tunggangan jarak jauh memerlukan perancangan yang rapi – anda tidak boleh menunggangi motosikal anda ke Thailand seperti mana anda menunggang ke Karak untuk sarapan pagi pada hujung minggu. Pertama sekali, anda perlukan segala dokumen yang penting sekiranya anda ingin menunggang memasuki Thailand, dan anda juga perlu membawa peralatan-peralatan di bawah ini semasa anda mengembara.
1. Pengikat kabel (Zip ties)
Pengikat kabel mungkin sekali peralatan yang paling berguna yang patut ada setiap kali anda menunggang. Ia mempunyai pelbagai kegunaan sewaktu kerja membaiki kecemasan di tepi jalan. Pedal brek tercabut? Gunakan pengikat kabel. Panel badan loggar kerana skru pengikatnya hilang? Gunakan pengikat kabel. Plet nombor tercabut? Ikat semula dengan pengikat kabel. Putus tali kasut? Dengan ada pengikat kabel ianya bukan satu masalah. Apa-apa sahaja kerja membaiki kecemasan boleh dilakukan dengan pengikat kabel.
2. Pita Pembalut (Duct Tape)
Sama seperti pengikat kabel, ‘duct tape’ adalah peralatan yang wajib ada. Ianya sangat berguna untuk kerja membaiki sementara untuk sebarang koyakan. Kami pernah menggunakannya pada kasut menunggang (mencantumkan semula tapak kasut yang tertanggal). Membalut kaki seluar bagi mengelakkan air masuk. Sebagai pembalut luka dengan membalutnya di sekeliling kain yang melitupi luka.
3. Tali kord Bungee dan Jaring Kargo
Pastikan anda sentiasa menunggang dengan sekurang-kurangnya satu tali kord bungee di bawah pelana dan gunakannya bagi mengikat bagasi tambahan.
4. Kit Perkakas
Bergantung kepada pengeluar motosikal anda, apa yang dibekalkan mungkin tidak mencukupi. Terdapat pelbagai pek perkakas yang ditawarkan kepada para penunggang pada masa ini. Dapatkan satu set yang mempunyai perengkuh dan Kunci Allen (Allen keys) untuk pengikat yang ada pada motosikal anda.
5. Kit Membaiki Tayar
Jangan sesekali mengembara tanpa kit membaiki tayar. Selain daripada kerosakan mekanikal, tayar yang bocor akan menghancurkan harapan anda untuk bersuka ria dalam masa yang singkat. Dapatkan sebuah kit dengan ‘CO2 inflation canisters’.
6. Kit Bantuan Kecemasan
Walaupun penting, ianya peralatan yang jarang sekali dibawa penunggang. GIVI menawarkan satu set bersaiz dompet yang tebal, jadi ianya mudah untuk dibawa dalam beg galas, beg atas tangki, mahu pun dalam beg kantung pinggang.
7. Pelincir Rantai
Rantai perlu dilinciri dalam setiap 400km. Kebanyakan pengilang menawarkannya dalam tin kecil yang dapat disimpan dalam ruang simpanan bawah pelana kebanyakan motosikal. Rantai yang tidak dilincirkan dengan elok akan mengikis gegancunya dengan pantas, menyebabkan pautan bebolanya untuk haus, selain daripada merencatkan kuasa enjin dan kecekapan bahanapi.
8. Baju Hujan
Bulan April mungkin bulan paling panas di Thailand, tetapi, ianya tidak bermakna anda tidak akan mengalami hujan lebat sewaktu dalam perjalanan. Berdasarkan pengalaman kami, setiap perjalanan kami ke Phuket Bike Week, pasti ada hari yang kami akan dibasahi hujan. Terdapat bermacam-macam jenama di dalam pasaran, namun, yang terbaik sudah pasti dari GIVI. Memang mahal, tidak kami nafikan, namun, ia benar-benar berfungsi dan tahan lasak (terbukti sewaktu tunggangan “Golden Triangle Adventure“).
9. Bagasi
Sekiranya anda menunggang motosikal jenis ‘sport-tourer’ atau ‘adventure-tourer’/ motosikal dwi-sukan, sudah pasti anda akan memasang bagasi. Tidak dapat disangkal lagi, memiliki sistem bagasi ternyata lebih mudah dari menggalas beg galas atau mengikat beg pada motosikal (lebih banyak rung untuk membawa peralatan-peralatan yang penting). Terdapat pelbagai jenama di dalam pasaran yang menawarkan pelbagai pilihan, termasuk ‘pannier’, beg tangki, dan ‘top case’ yang berlainan rekabentuk dan bahan. GIVI memberikan pilihan yang paling banyak (kami telah menunggang di Afrika Selatan dan Indochina dan telah menggunakan bagasi dari jenama GIVI, dan ia ternyata berguna dan kuat).
10. Octane Booster
Anda mungkin tidak memerlukannya, tetapi, bawa beberapa botol sebagai langkah berjaga-jaga. Di Thailand, mereka juga mempunyai minyak petrol RON95, namun, telah terjadi beberapa kali di mana ada penunggang yang tersilap mengisi petrol dengan kadar RON yang lebih rendah. Menggunakan bahanapi dengan kadar oktana yang lebih rendah daripada yang disyorkan, paling tidak akan mencacatkan prestasi enjin, jika tidak menyebabkan kerosakan yang besar. Kami telah menguji Octane Bosster jenama X-1R sewaktu tunggangan menjelajah Indochina dan amat kagum dengan kebolehannya.