X-1R Octane Booster – Bahanapi Roket Untuk Motosikal Anda

Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah

  • X-1R Octane Booster dapat membantu apabila stesen minyak petrol telah kehabisan petrol beroktana tinggi.
  • Atau ketika anda mengisi semula petrol dengan RON yang lebih rendah atau anda was-was dengan apa yang anda isi dalam tangki bahanapi motosikal anda.
  • Sentiasa bawa barang sebotol atau dua ketika anda mengembara sama ada di dalam negara atau pun ketika merentasi sempadan.

 

Sepanjang pengembaraan kami selama lapan hari merentasi Thailand, Kemboja, dan Vietnam sewaktu Kembara GIVI Golden Triangle Adventure 2017 (TEKAN SINI untuk liputan kami), kami perlu berhenti dengan kerap untuk isian semula. Kedua-dua negara Kemboja dan Vietnam mempunyai petrol RON 95 di stesen petrol moden di bandar utama tetapi di bahagian pedalaman, sesetengah stesennya kelihatan amat meragukan. Saya pernah meminta atendan stesen untuk mengisi semula dengan RON 95 atau 95 oktana hanya untuk dibalas dengan, “Apa itu oktana?”

Di sini, kami tidak ingin meragui kualiti bahanapi mereka, kerana tiada siapa pun yang membawa penguji kualiti bahanapi sewaktu pengembaraan itu, tetapi, bagaimana kami hendak berasa yakin? Bagaimana pula sekiranya bahanapi yang salah telah diisi?

Kami telah membuat isian semula di sebuah stesen petrol sejurus sebelum menuruni pergunungan di Bokor, Kemboja dan motosikal Versys 650 yang saya naiki mulai meragam setiap kali saya pulas pendikitnya itu. Ia akan ‘backfire’ pada ekzosnya atau merenggut di ‘throttle body’nya setiap kali saya lepaskan pendikit, sebelum enjinnya terpadam. Saya perlu menukar ke gear yang lebih rendah setiap kali ingin memecut atau pun memotong.

Menambahkan lagi kepada kecelaruan ini adalah campuran pelbagai motosikal yang berbeza sewaktu pengembaraan ini. Ada motosikal Kawasaki Versys 650, Suzuki DL1000 dan DL650 V-Strom, Honda CRF1000 Africa Twin, BMW F 800 GS dan BMW R 1200 GS.

Motosikal Suzuki telah diprogramkan untuk berfungsi dengan paling minimum menggunakan RON 91 (walaupun dengan nisbah pemampatan yang tidak berubah), motosikal Honda serta BMW memerlukan yang paling minimum RON 93 dan motosikal Kawasaki pula… oleh kerana tiada siapa yang pasti tentang keperluan RON paling minimum motosikal Kawasaki, kami hanya boleh mengagak yang ia memerlukan paling minimum RON 95, seperti mana yang disyorkan di Malaysia.

Tetapi kami perlu menyerahkan motosikal kami kepada para marsyal untuk isian semula secara berkumpulan – bermakna yang ke semua motosikal ini diisi semula dari pam yang sama – setiap kali kami berhenti, jadi, walaupun satu jenis bahanapi itu mungkin sekali berfungsi dengan baik sekali untuk sesetengah motosikal, ianya mungkin sekali tidak bagi motosikal-motosikal yang lain. Jenis bahanapi pula telah ditulis dalam bahasa Khmer jadi saya tidak tahu apa yang sebenarnya telah diisi dalam tangki bahanapi motosikal saya.

Timbul juga spekulasi yang mengatakan bahawa air telah memasuki tangki bahanapi memandangkan kami telah menunggang di bawah hujan lebat selama beberapa jam untuk beberapa hari berturut-turut, atau air sudah pun ada dalam petrol di stesen berkenaan. Namun enjinnya tetap meragam setiap kali selepas disi semula.

Menggunakan bahanapi dengan tahap oktana yang terlalu rendah (RON) adalah tidak elok untuk enjin, kerana ianya boleh menyebabkan fenomena yang dikenali sebagai ‘knocking’ atau ‘pinging’.

Bagaimana ianya berlaku?

Mari kita bercakap mengenai bahanapi beroktana rendah dahulu. Sebuah kamar pembakaran panas di dalam sebuah enjin akan mempunyai ‘titik panas setempat’, yang pada kebiasaannya ada di dinding silinder atau bahagian atas omboh. Apabila omboh bergerak naik, campuran bahanapi-udara dimampatkan menyebabkan udara menjadi panas, yang menjurus kepada campuran itu meletup di lebih daripada satu tempat apabila palam pencucuh menghasilkan percikan api. Gelombang bunyi dari letupan ini melantun di seluruh kamar pembakaran berkenaan, menghasilkan bunyi mengetuk atau berdenting yang boleh didengari oleh penunggang, dan dari situlah ianya mendapat nama ‘knocking’ (mengetuk) atau ‘pinging’ (berdenting).

‘Knocking’ memberikan kesan yang buruk kepada enjin, kerana pembakaran di titik-titik panas berkenaan akan menghakis besi. Selain itu, bayangkan tekanan yang dikenakan ke atasnya akibat pembakaran itu yang cuba untuk menolak ke bawah semula omboh, rod penyambung, serta aci engkol sewaktu omboh itu masih lagi dalam pergerakan ke atas.

Bahanapi beroktana lebih tinggi boleh menyelesaikan masalah pra-letupan ini, sehingga waktu campuran bahanapi-udara ini berada pada suhu yang sesuai yang dicetuskan oleh palam pencucuhnya.

Mujur sekali ada satu penyelesaian yang mudah.

Saya telah menyertai pelbagai pengembaraan jarak jauh dan saya senantiasa memastikan yang saya membawa bersama X-1R Octane Booster untuk lebih selamat. Kandungan utama bagi Octane Booster ini adalah nitrogliserin, bahanapi yang digunakan dalam bentuk tulennya dalam jentera dragster Top Fuel. Produk ini sering menemani saya bukan sahaja sewaktu pengembaraan merentasi sempadan, malah untuk apa-apa jua perjalanan di dalam negara.

Saya masukkan sedikit Octane Booster ke dalam tangki yang hampir penuh sewaktu kami berhenti untuk bergambar. Satu botol boleh digunakan untuk sehingga 75 liter bahanapi, jadi, satu pertiga botol ini mencukupi bagi tangki sebesar 22 liter.

Bunyi yang berdetik dari enjin hilang sama sekali dalam jarak beberapa kilometer. Oleh kerana saya ditugaskan sebagai pembantu marsyal, pemecutan segera amat diperlukan dan saya berasa amat senang hati dapat melakukannya tanpa enjin itu merenggut-renggut.

Sejak daripada itu, enjin itu berfungsi dengan lebih lancar dari sebelum ini. Selain itu, perbatuan bahanapi juga menjadi bertambah baik dari di bawah 300km untuk satu tangki penuh ke hampir kepada 320km untuk satu tangki penuh.

Saya ingin berkongsi satu lagi pengalaman.

Saya telah menunggang dengan Aprilia Riders Group ke Phuket dua tahun yang lalu.

Ketika satu hentian, seorang penunggang RSV4 dan seorang penunggang Tuono V4 telah membuat kesilapan dengan mengisi petrol RON 91. Motosikal-motosikal ini adalah jentera berprestasi tinggi yang memerlukan petrol dengan kadar RON yang lebih tinggi.

Sekali lagi, X-1R Octane Booster telah menyelamatkan keadaan! Mereka tidak mengalami sebarang masalah selepas menggunakan produk berkenaan.

Pengajarannya di sini, pastikan anda membawa sebotol X-1R Octane Booster ke mana sahaja anda pergi.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.