- Kasma Daniel Kasmayuddin (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) telah memenangi pusingan pertama bagi kejohanan Petronas AAM Malaysian Cub Prix 2018.
- Litar Perlumbaan Tangkak telah menjadi medan persaingan yang hebat di antara Kasma dan penunggang di tempat ke-dua, Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha CKJ).
- Mohd Hafiz Nor Azman (Petronas Sprinta Yamaha CKJ) melengkapkan podium CP150.
Juara Petronas AAM Malaysian Cub Prix 2017, Kasma Daniel Kasmayuddin, telah memulakan musim ini dengan bergaya sekali dengan satu kemenangan yang meyakinkan dalam kelas premier yang baru ditubuhkan, CP150. Pembukaan musim ke-25 ini telah diadakan di Litar Perlumbaan Tangkak pada hujung minggu ini telah menyaksikan penunggang bagi pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor itu merangkul kemenangan pertamanya di atas jentera Yamaha Y15ZR barunya itu.
Ianya bagaimana pun satu permulaan yang membimbangkan sewaktu sesi Latihan Bebas hari Sabtu, di mana penunggang rookie CP150, Mohd Akid Aziz telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan bersama dengan seorang lagi penunggang pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor. Walaupun dengan rentak halaju yang mengagumkan, Akid, malangnya gagal memintas Kasma Daniel yang telah meluru pantas mendahului perlumbaan, diikuti dengan penunggang berpengalaman yang lain.
Namun, untuk kali ini, Kasma tidak dapat melakukan aksi kebiasaannya, meninggalkan penunggang lain setelah mendapat tempat pertama, di mana penunggang di tempat ke-dua, Ahmad Afif Amran, mengekorinya rapat, mendesaknya sepanjang perlumbaan. Penunggang bagi pasukan Petronas Sprinta Yamaha CKJ tersebut menunggang dengan misi untuk memenangi perlumbaan tersebut dan telah berjaya memintas Kasma untuk mendahului perlumbaan, namun, Kasma bertindak semula sewaktu Pusingan 13. Afif terpaksa berpuas hati di tempat ke-dua namun prestasinya hari ini pasti akan membuatkan Kasma dalam keadaan berjaga-jaga bagi setiap pusingan.
Teman sepasukan Afif, Mohd Hafiz Nor Azman menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga dengan perbezaan masa sebanyak enam saat di belakang Ahmad Afif. Ini adalah satu peningkatan bagi Hafiz memandangkan yang dia memulakan perlumbaan di petak ke-enam di belakang beberapa penunggang yang lebih ternama dalam Cub Prix Malaysia. Nampaknya, Yamaha bermula dengan garang sekali dengan enam penunggang teratas mengemudi jentera Yamaha Y15ZR.
Dalam kelas pertengahan CP115, Tengku Amirul Haffiruddin dari pasukan Motul Zeneos YY Pang Racing memulakan musim ini dengan baik sekali dengan menggondol kemenangan perlumbaan. Tunggangan yang bergaya memastikan bukan sahaja kemenangannya tetapi jarak masa sebanyak 2.5 saat di hadapan penunggang di tempat ke-dua, Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) dan Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang berada di tempat ke-tiga.
Kelas Wira KBS menyaksikan pasukan yang baru sahaja dibentuk, SIC Junior Team AFB Tech Racing, menggondoli dua tempat teratas dengan penunggang Danial Syahmi dan Harith Haziq. Kemenangan satu-dua mereka merupakan persaingan yang mengujakan sehingga ke garisan penamat, di mana mereka melintasi garisan penamat dengan perbezaan masa di antara mereka hanyalah sebanyak 0.7 saat. Alif Ashraf Tahiruddin (PETRONA Sprinta Yamaha) melengkapi podium di tempat ke-tiga.
Pusingan kedua Petronas AAM Malaysian Cub Prix 2018 akan berlangsung di Temerloh, Pahang, dari 5 hingga 6 Mei 2018. Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini kejohanan Cub Prix Malaysia.
Keputusan
CP150
1 Kasma Daniel Kasmayuddin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 14:54.984s
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ 14:55.266s
3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ 15:01.124s
4 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:01.350s
5 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 15:09.121s
CP115
1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:45.056s
2 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ 11:48.459s
3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:49.814s
4 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:50.054s
5 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 11:55.567s
Wira KBS
1 Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB Tech Racing 10:27.747s
2 Harith Haziq (SGR) SIC Junior Team AFB Tech Racing 10:28.421s
3 Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha 10:29.866s
4 Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 10:34.911s
5 Daniel Fahim (PNG) Sic Junior Team AFB Tech Racing 10:39.437s
Superkip Racing Academy Akan Memulakan Kempen Cub Prix Musim 2018