Seorang Lelaki Buta Menunggang Motosikal Kawasaki Ninja ZX-10R Miliknya Selaju 266km/j!

  • Ben Felten, dari Australia, telah menunggang motosikal Kawasaki Ninja ZX-10Rnya dan memecahkan rekod dunia menunggang dengan memakai penutup mata.
  • Penunggang berusia 50 tahun itu telah kehilangan daya penglihatannya pada usia 37 tahun, namun, ianya tidak memudarkan semangatnya.
  • Cubaan memecah rekodnya itu telah dilakukan di acara “World Speed Trials Australia 2018”, di mana dia telah menunggang dengan kelajuan purata 266.685km/j!


Penunggang dari Australia, Ben Felten, telah memecahkan rekod “Guinness World Record”, beserta satu lagi rekod di bawah FIM untuk menunggang sebuah motosikal dengan memakai penutup mata (masih menunggu pengesahan) dengan motosikal ‘stock’ Kawasaki Ninja ZX-10Rnya. Apa yang lebih menakjubkan adalah Ben Felten ini buta!

Rekod tersebut telah dipecahkan baru-baru ini sewaktu “World Speed Trials Australia 2018”, sebuah acara yang telah diluluskan oleh FIM. Acara rekod kelajuan darat ini telah diadakan di tanah pamah garam Lake Gairdner yang terletak di selatan Australia. Selain daripada buta akibat kehilangan pancaindera penglihatannya pada usia 37 tahun, Felten telah memecahkan rekod ini pada usia 50 tahun!

Menurut satu laporan yang telah dibuat oleh AMCN, Felten bersama krunya telah bekerja keras bagi melaksanakan aksi ini sejak empat tahun yang lalu. Ianya bermula pada bulan Oktober 2014, di mana cubaan tidak rasmi yang pertama telah dilakukan, dengan kelajuan yang telah dicapai sedikit sahaja di bawah 220km/j. Cubaan rasmi pertama mereka adalah pada tahun 2016, namun Felten tidak berjaya memecahkan rekod dunia namun telah mencecah kelajuan yang menakjubkan, 251.45km/j.

Pada waktu ini, ingin kami ingatkan sekali lagi, bahawa Ben Felten pada ketika itu telah berusia 48 tahun dan seorang yang cacat penglihatan. Acara “World Speed Trials Australia 2018” pada tahun ini telah menyaksikan Felten mempamerkan kelajuan purata terbaiknya setakat ini dengan kelajuan 266.685km/j, cukup untuk mengatasi rekod sebelum ini dengan hanya perbezaan 1.355km/j, dengan bantuan penunggang sokongannya di atas sebuah lagi Ninja ZX-10R.

Rekod ini tercatat di bawah “Guinness World Record” sebagai kelajuan terpantas bagi sebuah motosikal yang ditunggang dengan memakai penutup mata, dan FIM “1000cc Class Naturally Aspirated / Gasoline / Partial Streamline (fairings) Designated Blindfolded”.

Bagaimana dia menunggang motosikal tersebut pada kelajuan yang tinggi tanpa bantuan pancaindera penglihatannya? Cubaannya telah dibantu oleh seorang penunggang sokongan, yang mana dia adalah bekas penunggang MotoGP dari Australia, Kevin Magee, atau dikenali sebagai “Magoo”. Menurut Felten, “Saya menunggang motosikal yang kami panggil ‘lead bike’ dan Kevin Magee (Magoo), menunggang ‘chase bike’. Jadi, ada dua motosikal Ninja ZX-10R yang berasingan dan tugas Magoo adalah sebagai jurupandu. Kami menggunakan radio analog dan saya ada sebuah fon kepala acuan telinga yang tidak mudah tertanggal, beserta sebuah radio dalam ‘bum bag’ saya. Magoo memberikan segala arahan kepada saya melalui radio, yang mana ianya terdiri dari tiga arahan utama.”

“Perkataan yang kami gunakan adalah ‘go’, sewaktu dalam garisan lurus. Dia akan menyebut ‘left’ atau ‘leeeeeeft’ untuk selekoh yang lebih panjang dan ‘right’ untuk membelok ke arah berkenaan. Cara saya membelok secara sedikit demi sedikit pada kelajuan tinggi adalah dengan memberi tekanan pada tempat letak kaki. Di garisan penamat dan juga di pit, saya memandu arah dengan bantuan Magoo dan orang ramai berasa kagum dengan tahap kawalan kami,” tambah Felten lagi.

Mengenai mengapa dia memilih motosikal Kawasaki Ninja ZX-10R sebagai jentera pilihannya, Felten menyatakan bahawa motosikal tersebut kehilangan hanya sejumlah kecil kuasa di atas tanah pamah garam. Motosikal itu dikekalkan dalam keadaan standard supaya sewaktu keseluruhan acara tersebut ini ia tidak perlu diselenggarakan. Ciri menakjubkan yang lain, yang juga turut membantu adalah pakej elektronik bagi membantu dengan cengkaman dan juga memudahkan kebolehtunggangan.

Setelah memecahkan rekod berkenaan, Ben Felten menyatakan bahawa dia akan mencubanya sekali lagi pada acara tahun hadapan bagi mencecah kelajuan yang lebih tinggi. Berdasarkan testimoninya itu, kami tidak terkejut sekiranya dia berjaya melakukannya sekali lagi di atas jentera Ninja ZX-10R yang amat berkebolehan itu.

Sumber : AMCN

Rangkaian Motosikal Kawasaki Ninja – Adanya Sebuah Motosikal Ninja Untuk Setiap Orang!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]