Motosikal Elektrik Harley-Davidson Yang Berikutnya Akan Dinamakan Revelation?

 

  • Harley-Davidson baru sahaja memfailkan permohonan cap dagang (trademark) di bawah nama Revelation.
  • Cap dagang yang difailkan di USTPO itu adalah bagi bateri untuk kenderaan dan ‘drivetrain’ bagi kedua-dia kenderaan dan motosikal elektrik.
  • Revelation kedengaran lebih seperti teknologi yang akan digunakan oleh Harley-Davidson bagi menjana motosikal elektrik mereka yang seterusnya berbanding sebuah teknologi yang serba baru.

 

Berita yang amat menarik dari Amerika Syarikat telah tersebar mengenai Harley Davidson dan motosikal elektrik mereka yang berikutnya. Nampaknya, pengeluar tersebut baru sahaja memfailkan permohonan cap dagang yang terkini untuk nama Revelation di United States Patent and Trademark Offive (USTPO).

Permohonan cap dagang tersebut terdiri daripada dua perkara berbeza di bawah nama Revelation. Harley-Davidson cuba untuk mencap dagangkan bateri mereka untuk kegunaan kenderaan dan juga ‘drivetrain’ bagi kedua-dua kenderaan dan motosikal elektrik. Kebanyakan orang yang telah mengetahui akan hal ini mungkin berfikir yang Revelation ini adalah motosikal elektrik mereka yang seterusnya, tetapi, ianya mungkin sekali sebaliknya.

Cap dagang ini membayangkan yang ianya bukanlah keseluruhan motosikal namun, teknologi yang akan digunakan oleh Harley-Davidson bagi menjana motosikal elektrik mereka yang akan datang (dan juga sebarang kenderaan elektrik yang lain). Dengan erti kata lain, motosikal cruiser elektrik Harley-Davidson yang seterusnya ATAU versi pengeluaran motosikal LiveWire mungkin sekali akan dijana oleh teknologi ‘Revelation’.

Permohonan cap dagang ini juga menandakan yang pengeluar motosikal dari Amerika Syarikat tersebut sudah semakin menghampiri tahap pengeluaran motosikal elektrik mereka. Ianya mungkin satu berita yang biasa buat masa ini namun sudah pasti akan menggegarkan apabila motosikal elektrik tersebut diperkenalkan nanti.

Motosikal Elektrik Harley-Davidson Bakal Tiba Pada Tahun 2019!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]