- Triumph Motorcycles baru sahaja memfailkan satu cap dagang (trademark) terbaru untuk nama Daytona dan ianya mungkin sekali untuk motosikal Triumph Daytona 765 2019.
- Pemohonan itu telah dibuat di Amerika Syarikat dan juga Eropah bagi memastikan tiada sebarang masalah apabila model baru itu dilancarkan.
- Dan dengan pembekalan enjin 765cc baru bagi musim 2019 Moto2 oleh Triumph, motosikal Daytona yang baru ini sudah pasti motosikal yang sesuai untuk dipasarkan.
Telah tersebar desas desus berkaitan pengeluar motosikal British, Triumph Motorcycles dan kemungkinan kemunculan motosikal Triumph Daytona 765 2019 yang serba baru. Nampaknya mereka telah memfailkan permohonan untuk cap dagang (trademark) bagi nama ‘Triumph Daytona’ di Amerika Syarikat dan Eropah.
Ianya mungkin satu tindakan yang pelik kerana Triumph sudah pun memiliki nama Daytona sejak 1995 tetapi ianya hanya untuk di UK sahaja. Bagi memastikan Daytona yang baru ini tidak menghadapi sebarang masalah, permohonantelah dibuat bagi mendapatkan hak menggunakan nama itu di benua-benua tersebut.
Dengan permohonan terbaru ini, perhatian telah ditumpukan kembali kepada motosikal lumba kelas pertengahan Triumph yang agak malap bagi model Daytona pada ketika ini. Dengan lebih tumpuan diberikan kepada rangkaian moden klasik yang berkembang pesat dari siri motosikal Street Triple dan Speed Triple yang menggiurkan, motosikal Daytona bagaikan ketinggalan di balik tabir, sehinggalah ke hari ini.
Pada ketika Triumph sedang bersiap sedia untuk membekalkan ke semua enjin tiga selari 765cc untuk siri Moto2 bermula pada musim hadapan, pengeluar motosikal British itu tidak mempunyai varian motosikal lumba kelas pertengahan yang sesuai untuk dipasarkan bersempena dengan pembekalan enjin untuk Moto2 ini. Walaupun enjin ini pasti akan mengujakan mereka yang berminat dengan siri motosikal naked Street Triple, ianya lebih masuk akal sekiranya mereka boleh menghidupkan semula model Daytona untuk tahun hadapan.
Jadi, pada masa ini, persoalannya bukanlah sama ada motosikal Triumph Daytona 765 akan dilancarkan tetapi lebih kepada bilakah motosikal ini akan muncul kembali. Barangkali ia akan membuat kemunculannya pada pertunjukan EICMA tahun ini, siapa tahu.
Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.
Prototaip Enjin Triumph untuk Moto2 dipersembahkan untuk pengujian