Gaji Seorang Penunggang MotoGP?

  • Ramai peminat pasti tertanya-tanya akan jumlah pendapatan seorang penunggang MotoGP, terutamanya bagi tahun 2018.
  • Menurut panduan anggaran kasar yang telah dikeluarkan oleh www.express.co.uk, jumlahnya adalah di antara RM1 juta hingga RM44 juta setiap musim.
  • Enam penunggang teratas sudah pasti adalah penunggang pasukan pengilang dari Movistar Yamaha, Ducati Team, dan Repsol Honda.

Kita semua sedia maklum yang penunggang MotoGP menjalani hidup mereka dengan jiwa yang dahagakan kelajuan dan juga keseronokan. Dan dengan kemajuan dalam perubatan serta gaya hidup yang telah dioptimumkan, mereka ini dianggap sebagai atlit bertaraf dunia dan status itu boleh diterjemah dari hasil pendapatan mereka.

Berdasarkan sebuah laporan yang telah dikeluarkan www.express.co.uk, setiap seorang penunggang MotoGP mempunyai tahap pendapatan yang berbeza bergantung sama ada mereka itu adalah penunggang utama bagi pasukan pengilang, atau pun penunggang ‘rookie’ yang baru berkecimpung dalam kelas premier berkenaan. Senarai yang telah dikeluarkan oleh laman sesawang itu adalah dalam bentuk jumlah pendapatan kasar penunggang untuk tahun ini, tidak termasuk segala tajaan mahu pun bonus atau ganjaran-ganjaran tambahan.

Takaaki Nakagami (LCR Honda Castrol)

Memulakan senarai ini adalah penunggang baru dan satu-satunya penunggang Asia dalam MotoGP (buat masa ini), Takaaki Nakagami. Nakagami telah menandatangani perjanjian dengan pasukan LCR Honda Castrol bagi tahun 2018 dan dikatakan akan mendapat kira-kira €250,000 (sekitar RM1.21 juta). Xavier Simeon, penunggang ‘rookie’ yang telah menandatangani perjanjian dengan pasukan Reale Avintia Racing juga bakal memperoleh jumlah yang sama.

Andrea Iannone (Team Suzuki ECSTAR)

Di tempat ke-sepuluh adalah Andrea Iannone dari Suzuki ECSTAR dengan gaji tahunan $2 juta (kira-kira RM7.8 juta. Di tempat ke-sembilan pula, Cal Crutchlow yang menunggang bagi pasukan LCR Honda Castrol, telah ditawarkan gaji sebanyak $2.5 juta (RM9.75 juta) bagi mengemudi jentera Honda RC213V-nya itu sepantas yang dia mungkin.

Danilo Petrucci (Alma Pramac Racing)

Danilo Petrucci (Alma Pramac Racing) berpeluang menunggang jentera Ducati Desmosedici GP18 terkini, di samping membawa pulang gaji sekurang-kurangnya $2.8 juta (RM10.9 juta). Jumlah ini tidak jauh bezanya dari apa yang diperolehi penunggang tambatan Perancis, Johann Zarco, dari Monster Yamaha Tech 3, yang dikatakan akan memperoleh sebanyak €3 juta (RM14.5 juta).

Johann Zarco (Monster Yamaha Tech3)

Pada tahap ini kita akan bertemu dengan para penunggang pasukan pengilang enam teratas yang ditakluki oleh pasukan Yamaha Movistar MotoGP, Repsol Honda, dan Ducati Team. Seperti yang dijangkakan, Dani Pedrosa berada di tempat ke-enam dengan gaji sebanyak $3.3 juta (RM12.87 juta), diikuti oleh satu jarak yang agak besar ke Maverick Viñales dari Yamaha dengan anggaran kasar pendapatannya, $5 juta (RM19.5 juta).

Maverick Vinales (Movistar Yamaha MotoGP)

Berada di tempat ke-empat adalah penunggang Ducati, Andrea Dovizioso dengan anggaran gaji sebanyak $ 7 juta (RM27.3 juta). Gaji Dovizioso lebih rendah sedikit berbanding teman sepasukannya, Jorge Lorenzo, yang dikatakan akan memperolehi satu juta tambahan yang membawa jumlah gajinya ke $8 juta (RM31.2 juta). Walaupun Dovi muncul sebagai pesaing utama kejohanan dunia MotoGP 2017, proses memujuk Lorenzo berpindah ke Ducati adalah penyebab utama mengapa gaji mereka berbeza.

Jorge Lorenzo (Ducati Team)

Hanya dua tempat sahaja yang tinggal dan pada masa ini kita boleh agak siapakah yang akan mengisinya. Penunggang bagi pasukan Movistar Yamaha, Valentino Rossi dikatakan akan membawa pulang gaji sebanyak $10 juta (RM38.9 juta) manakala juara dunia MotoGP 2017, Marc Marquez berada di kedudukan teratas senarai ini dengan anggaran gaji sebanyak $11.5 juta (RM44.75 juta).

Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP)

Ke semua jumlah yang telah diberikan adalah anggaran kasar yang telah diambil dari www.tsmsportz.com dan ianya berdasarkan jumlah yang dibayar oleh setiap pasukan kepada penunggang mereka. Faktor-faktor lain seperti tajaan, kelengkapan menunggang dan sebagainya tidak disertakan sekali dalam kiraannya (dan jika ianya disertakan sekali, jumlah pasti jauh lebih berbeza).

Marc Marquez (Repsol Honda)

Seperti apa yang dapat anda lihat, perlumbaan pada tahap tertinggi menuntut pengorbanan dari setiap pihak yang terlibat. Dan seperti kebanyakan sukan yang lain, mereka yang mempamerkan prestasi yang lebih baik pasti akan mendapat tawaran yang lebih hebat. Mengemudi motosikal terpantas dan tercanggih di dalam dunia adalah satu kelebihan yang tersendiri di mana kami rasa pengalamannya itu jauh lebih mengujakan daripada jumlah pendapatan yang telah mereka perolehi.

Wang sudah pasti adalah perkara terakhir bermain di fikiran mereka sewaktu mereka mula berlumba sehinggalah mereka melihat kibaran bendera penamat. Pada saat dan ketika itu, satu-satunya matlamat mereka adalah untuk menjadi penunggang pertama melintasi garisan penamat tersebut tiap-tiap kali mereka berlumba.

Sumber imej: MotoGP

Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018: Rumusan

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]