Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 (Hari Ketiga): Lorenzo Pecahkan Rekod Catatan Masa Terpantas Sebekum Rehat Tengah Hari

  • Jorge Lorenzo memecahkan rekod catatan masa pada sesi pagi.
  • Dani Pedrosa juga telah memecahkan rekod catatan masa terbaiknya.
  • Cal Crutchlow terus mempamerkan prestasi yang baik.

Catatan masa pusingan terpantas 1:59.053 yang telah dilakukan oleh Dani Pedrosa pada tahun 2015 akhirnya telah diatasi, pada hari ketiga Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018.

Terdapat seramai 11 orang penunggang yang telah berjaya mencatatkan masa dalam linkungan 1:59 minit sebelum waktu rehat tengah hari, dan Jorge Lorenzolah yang telah menjadi penunggang pertama yang mencatat masa di bawah 1:59 minit, dengan catatan masa yang teramat pantas, 1:58.830, selepas mempamerkan kelajuan serta penunggangan yang lancar.

Sumber imej: MotoGP

Pemegang rekod tersebut sebelum ini, Dani Pedrosa, juga turut mengatasi rekod catatan masa terbaiknya dengan mencatat masa 1:59.009 yang mana telah menempatkannya di tempat ke-dua terpantas.

Sumber imej: MotoGP

Cal Crutclow juga turut meneruskan prestasinya yang memberangsangkan dengan catatan masa pusingan 1:59.052.

Sumber imej: MotoGP

Teman sepasukan Ducati Lorenzo, Andrea Dovizioso pula berada di tempat ke-empat dengan catatan masa 1:59.169.

Sumber imej: MotoGP

Jack Miller juga terus mempamerkan prestasi mengagumkan dengan catatan masa ke-lima terpantas dengan masa 1:59.346.

Sumber imej: MotoGP

Seorang lagi penunggang yang telah melakukan tugasnya dengan baik sekali adalah Alex Rins dari Team Suzuki ECSTAR. Dia telah mencatatkan masa-masa pusingan yang memberangsangkan secara konsisten sejak dua hari yang lalu, sebelum mencatatkan masa terbaiknya setakat ini dengan 1:59.348.

Sumber imej: MotoGP

Marc Marquez menyempurnakan sesi paginya di tempat ke-tujuh terpantas dengan catatan masa 1:59.382.

Sumber imej: MotoGP

Marquez dan Crutchlow sedang menguji motosikal 2018 dengan pakej aerodinamik yang baru. Marquez telah menyatakan semalam bahawa pasukannya masih perlu melakukan pelarasan terhadap motosikal tersebut bagi mendapatkan imbangan yang lebih baik.

Walaupun tempat ke-dua hingga ke tempat ke-13 tampak seperti satu kedudukan yang agak jauh, para penunggangnya hanyalah dipisahkan dengan jarak masa 0.8 saat sahaja. Dan pada kedudukan-kedudukan ini terdapat berbilang motosikal yang berbeza. Sekiranya ke semua pasukan ini berdaya saing sepanjang tahun seperti mana yang kita saksikan sekarang, sudah pasti musim ini juga akan menjadi satu musim yang amat mengujakan.

Nantikanlah perkembangan selanjutnya dia mana kami akan bawa kesudahan Ujian Sepang 2018 lewat hari ini.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]