- Honda Powersport US telah bekerjasama dengan Forever 21 dalam membangunkan rangkaian pakaian yang baru dinamakan koleksi F21xHonda.
- Fesyen berjenamakan sukan permotoran ini diilhamkan daripada zaman kegemilangan perlumbaan Honda pada penghujung tahun 80-an dan 90-an.
- Walaupun usahasama ini langsung tidak dijangkakan, Honda cukup dikenali dengan strategi mengagumkan mereka dalam kempen pemasaran sejak tahun 1960-an lagi.
Dengan fesyen senantiasa berkembang dengan pesat seiring dengan peredaran zaman, tidak syak lagi bahawa ianya merupakan salah sebuah perniagaan terbesar bagi saban tahun. Jadi, tidak menghairankanlah (ok, mungkin ianya agak pelik sedikit) apabila Honda America telah bekerjasama dengan Forever 21 bagi mencipta rangkaian pakaian moden untuk golongan muda zaman sekarang berdasarkan kancah motosikal pada lewat tahun 1980-an dan 1990-an, dinamakan koleksi F21xHonda.
https://youtu.be/vdO_ymRx7RA
Menurut Mike Synder, Pengurus Kanan Pemasaran Honda Powersports,”Kejayaan perlumbaan motosikal Honda dalam tahun 80-an dan 90-an cukup tersohor sekali, dengan penunggang kami merangkul pelbagai kejohanan dalam siri domestik dan juga antarabangsa. Di mana kami masih lagi bertumpukan kepada kejayaan pasukan semasa kami, ianya juga amat menyeronokkan untuk melihat kembali warisan perlumbaan kami diberi penghormatan oleh Forever 21 bagi pasaran yang serba baru.”
Apabila ditanya mengenai kerjasama di antara Honda dan Forever 21, Linda Chang yang merupakan Naib Presiden Pemasaran untuk Forever 21 telah berkata bahawa “Kami berasa amat teruja untuk mengumumkan kerjasama kami bersama Honda untuk koleksi berilhamkan tahun 80-an dan 90-an ini. Kami senantiasa tercarikan kerjasama baru yang tidak dijangkakan, dan dengan kerjasama bersama Honda ini amat cocok terutamanya dengan populariti perlumbaan dan jalinan rapat di antara fesyen dan sukan permotoran. Kami berharap yang kedua-dua peminat Honda dan pelanggan kami akan menyambutnya dengan kami sepanjang koleksi ini.”
Kerjasama ini telah dijayakan dengan bantuan agensi pengurusan jenama Honda di Amerika Syarikat, Earthbound. Honda cukup terkenal dengan kempen pemasaran mereka yang amat efektif semenjak pertengahan tahun 1960-an lagi di mana slogan mereka ” You meet the nicest people on a Honda”. Kempen itu secara mutlaknya telah menukar pandangan orang ramai mengenai penunggang motosikal dan berjaya menghasilkan keuntungan yang besar buat syarikat berkenaan.
Usaha terbaru mereka ini untuk mempromosikan jenama tersebut kepada generasi muda zaman ini menggunakan media sosial sebagai senjata utama mereka. Melalui Instagram, peraduan tersebut meminta peserta memuatnaik gambar diri memakai pakaian dari rangkaian pakaian berkenaan dan yang terbaik di antara akan membawa pulang sebuah motosikal Honda CRF250L serba baru!
Kami agak yang peraduan tersebut hanya terbuka bagi warganegara Amerika Syarikat tetapi jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, ikutilah Honda Powersports US dan Forever 21 di Instagram atau buat carian#F21xHonda dan #F21Contest.
Untuk membeli mana-mana barangan dari koleksi F21xHonda, TEKAN SINI.