- Seminar Tayar Pirelli telah kembali di Passion Shop Malaysia untuk mengetahui dengan lebih mendalami lagi mengenai dunia tayar motosikal.
- Seminar tahap pertengahan ini lebih bertumpukan kepada jenis kerosakan tayar dan apakah yang telah menyebabkannya.
- Mengetahui tentang keadaan tayar anda seperti kehausan yang tidak sekata dan kerosakan luaran dapat membantu anda menentukan penyebabnya dan bagaimana menanganinya secara berkesan.
Selepas beberapa Seminar Tayar Pirelli dijalankan untuk para penunggang motosikal serta mekanik di Passion Shop Malaysia, pakar tayar berkenaan telah kembali lagi bagi berkongsi pengetahuan tayar mereka untuk sekumpulan individu terpilih yang telah menyertai seminar tahap permulaan mereka pada tahun lepas.
Sesi Berkongsi Pengetahuan Mengenai Tayar Eksklusif Di Seminar Tayar Pirelli
Seminar tahap pertengahan Pirelli bertumpukan kepada aspek yang lebih rumit dalam pengetahuan dan penyelenggaraan tayar iaitu diagnostik tayar. Pada hari Sabtu yang lalu, Encik Khoo dan Encik Justin telah kembali buat sekian kali bagi mengajar kami tentang perkara berkaitan dengan keadaan tayar, kerosakan, dan bagaimana untuk mengelakkannya.
Selepasa satu sesi penyegar ingatan pantas berkenaan seminar tahap permulaan dan binaan asas sebuah tayar, Encik Khoo telah menunjukkan kepada kami pelbagai jenis kerosakan tayar dan apakah penyebabnya. Terdapat lebih daripada 20 jenis ke semuanya secara keseluruhan dan setiap satu telah menceritakan apakah yang telah berlaku berdasarkan keadaannya itu.
Kebanyakan daripada pengguna jalan raya akan cenderung untuk kembali ke bengkel yang memasang tayar tersebut bagi memperbaiki, menggantikan, atau memfailkan waranti sekiranya mereka menganggap kerosakan tayar berkenaan bukanlah akibat kesalahan mereka. Pirelli akan sentiasa mempertimbangkannya tetapi mereka juga akan melihat senarai mereka sebelum menggantikannya.
Perkara seperti kesesuaian tayar dengan jenis kenderaan, penggunaan, tekanan udara tayar, gaya atau kebiasaan penunggangannya, keadaan mekanikal motosikal, beban atau muatan, keadaan dan pandu arah laluan, serta kelajuan perjalanan adalah sebagai daripada perkara yang diambil kira dalam senarai mereka. Ke semua bengkel rasmi Pirelli yang disahkan akan melihat pada tiga kriteria berbeza; prestasi tayar, bebenang tayar, dan isu dinding sisi.
Kebanyakan pengguna hanya bertumpukan kepada keadaan bebenang tayar. Isu tayar yang paling kerap berlaku adalah kehausan tayar yang tidak sekata dan yang menariknya, hampir ke semua isu kehausan tayar tidak sekata adalah disebabkan oleh sama ada tekanan udara tayar yang tidak betul, lebih berat muatan, atau faktor berkaitan dengan suspensi. Memastikan tayar anda senantiasa pada tekanan udara yang disyorkan adalah salah satu cara bagi memanjangkan lagi jangka hayat tayar anda.
Encik Khoo juga telah menyentuh tentang keadaan penyimpanan tayar oleh kedua-dua bengkel dan pengguna. Dalam sesetengah kes, rekahan permukaan pada bebenang tayar mungkin kelihatan oleh kerana bagaimana motosikal itu disimpan (mungkin sekali akibat pendedahan berlarutan kepada elemen seperti di bawah pancaran panas matahari.
Kebanyakan pengeluar tayar akan memberitahu anda yang tayar tersebut masih boleh digunakan untuk sesetengah kes namun pemerhatian tambahan diperlukan dari masa ke semasa. Ini adalah kerana kerosakannya hanya pada bahagian permukaannya sahaja dan bahagian selebihnya tayar tersebut masih lagi melindungi keseluruhannya. Aspek lain seperti bonggolan, koyakan pada bahagian luar, dan kerosakan akibat impak perlulah diperiksa oleh para professional untuk tindakan selanjutnya.
Beralih kepada bahagian dinding sisi tayar ula, di sinilah ianya menjadi lebih menarik lagi. Pengguna perlu mengetahui bahawa sebarang kerosakan akibat pemasangan atau pun pemautan yang tidak sesuai kepada rim boleh dituntut pampasan dari pengedar atau bengkel. Kebanyakan masa, isi pemasangan tayar adalah akibat daripada penggunaan pelincir pemaut tayar yang tidak sesuai.
Menurut pengeluar tayar tersebut, pemasangan tayar hanya boleh menggunakan pelincir berasaskan air atau tumbuhan bagi mengelakkan kerosakan atau gelinciran dan bukannya air bersabun dan sudah pasti bukan bahan berminyak. Sebarang bahan kimia yang keras dan produk berasaskan minyak yang digunakan pada tayar sewaktu pemasangan atau pemautan boleh menyebabkan kerosakan di kemudian hari.
Pada penghujung harinya, mendapat sedikit pengetahuan mengenai apa yang menghubungkan anda dan motosikal kepada jalan raya akan pasti membantu sesiapa sahaja menjadi penunggang yang lebih baik. Dengan pengetahuan yang telah dikongsi oleh Seminar Tayar Pirelli dan Passion Shop Malaysia, anda boleh menjimatkan wang dalam penyelenggaraan tayar namun yang lebih penting lagi, dapat memastikan diri sentiasa selamat sewaktu anda keluar menunggang di atas motosikal kesayangan anda.
Kami di Bikes Republic dan MotoMalaya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pakar Pirelli serta Passion Shop Malaysia di atas jemputan ke seminar yang membuka mata ini. Ikutilah laman Facebook rasmi Passion Shop Malaysia untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai seminar tayar pada masa akan datang.