- Motosikal Kawasaki Ninja 650 serta Z650 2017 telah dilancarkan pada bulan Januari 2017 yang lalu, merupakan dua buah motosikal Kawasaki paling serba boleh yang telah dilancarkan buat setakat ini.
- Kawasaki Japan telah menyatakan bahawa akan adanya sistem ekzos Akrapovic penuh bagi mereka yang ingin membuat peningkatan prestasi.
- Sistem ekzos penuh Akrapovic Racing Line (Titanium) menawarkan pengurangan berat untuk pengendalian yang lebih baik dan peningkatan prestasi bagi kuasa dan tork yang lebih.
Rangkaian motosikal Kawasaki 650 2017 telah pun menghampiri usia satu tahun dan kami sejujurnya merasakan yang ianya barang kali merupakan salah sebuah motosikal kelas pertengahan paling serba boleh yang pernah kami lihat, terutamanya bagi tahun 2017. Kedua-dua motosikal Kawasaki Ninja 650 ABS dan Z650 ABS telah membawa kami dalam pengembaraan yang hebat dengan penuh gaya dan selesa.
Sewaktu motosikal-motosikal ini dilancarkan atau dipratonton pada bulan Januari 2017 yang lalu, kita telah dijanjikan sesuatu yang hebat dari Kawasaki Motors Malaysia (KMSB). Bersama dengan motosikal Kawasaki Z900 ABS 2017 dan Kawasaki Versys-X 250, ke semua empat model 2017 tersebut menepati janjinya dengan hebat sekali.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai 10 perkara yang paling kami suka mengenai motosikal Kawasaki Ninja 650 ABS dan Z650 ABS, TEKAN SINI.
Kini, ia tidak hairanlah sekiranya ada syarikat selepas jualan telah menghasilkan beberapa kelengkapan unik bagi mempertingkatkan rangkaian motosikal Kawasaki 650 ke tahap yang seterusnya. Di mana terdapat bermacam-macam pengeluar bahagian yang ada di luar sana, pengeluar yang paling menonjol sudah semestinya Akrapovic.
Kita sudah sedia maklum sewaktu motosikal 650 yang baru tersebut dilancarkan, kelengkapan pilihan tambahan Akrapovic juga turut tersedia bagi mereka yang berminat untuk membuat peningkatan prestasi ke atas motosikal mereka. Malah, mereka telah menyediakan dua sistem ekzos penuh titanium yang telah direka khusus untuk motosikal Ninja 650 dan Z650 bagi menawarkan lebih dari sekadar perubahan fizikal pada rupa parasnya.
Pilihan pertama yang boleh dipertimbangkan oleh kebanyakan daripada kita tanpa perlu risau tentang pemasangan yang kompleks atau pemetaan semula ECU adalah model Akrapovic Racing Line (Titanium) S-K6R8-HEGEH. Unit sistem ekzos penuh ini telah dibina dengan titanium yang ringan serta ‘header’ keluli tahan karat dengan pelitup ekzos karbon fibernya itu menawarkan peningkatan dalam prestasi dan juga pengurangan sedikit berat bagi keseluruhan motosikal.
Unit ‘plug-and-play’ ini menawarkan nota bunyi yang lebih rendah dan ‘sporty’ yang bukan sahaja merdu tetapi ia juga 2.6kg lebih ringan. Secara keseluruhannya, ianya memberikan pengguna 3.8hp dan 5.3Nm tork tambahan apabila ianya siap dipasang.
Jika anda lebih gemar membawa motosikal Ninja 650 atau Z650 anda ke litar seperti Sepang, anda perlukan Akrapovic Racing Line (Titanium) S-K6R9-AFCRT yang menawarkan peningkatan penuh bagi penambaikan ekzos. Ia menawarkan pengurangan berat sebanyak 4.0kg berbanding dengan unit standard dan memberikan peningkatan prestasi keseluruhan sebanyak 4.1hp dan 5.7Nm tork!
Di mana kedua-dua sistem secara amnya menawarkan pengurangan berat yang besar (untuk pengendalian yang lebih baik) dan peningkatan prestasi (untuk prestasi yang lebih baik), terdapat juga unit ‘plug-and-play’ yang tidak memerlukan pemetaan semula ECU bagi kedua-dua motosikal 650 Kawasaki. Perlu diingatkan yang hanya unit S-K6R8-HEGEH sahaja merupakan jenis EC/ECE yang dibenarkan hanya dengan penggunaan penukar bermangkin di mana model S-K6R9-AFCRT adalah sebaliknya oleh kerana sifatnya untuk prestasi optimum di atas litar.
Walau apa pun pilihan anda, kedua-dua sistem Akrapovic akan berfungsi dengan baik sekali dengan sama ada Ninja 650 atau Z650, memberikan anda nota bunyi yang lebih ‘sporty’ dan penuh di samping menawarkan pengendalian kuasa yang lebih baik kerana binaannya yang ringan serta kebolehan penambahbaikan prestasinya.
Untuk mengetahui dengan lebih baik mengenai kelengkapan pilihan tambahan yang mengagumkan ini, kunjungilah mana-mana pengedar rasmi Kawasaki di seluruh negara. Selain itu, anda juga boleh melayari laman sesawang Akrapovic untuk membelek sendiri perincian keseluruhan sistem ekzos penuh tersebut. Lengkapkanlah motosikal Kawasaki anda dengannya dan “Let the Good Times Roll”.