ads

Melihat Dalam Sebuah Enjin Empat Lejang

Kami telah menyiarkan sebuah artikel sebelum ini mengenai bagaimana sebuah enjin empat lejang berfungsi.
Kita kini sudah memahami bagaimana gasnya bergerak, tetapi apa kata kita lihat dengan sendiri bagaimana ia berlaku.
Video yang dipaparkan di bawah adalah hak cipta terpelihara Smarter Every Day.

Masihkah anda ingat akan satu artikel yang telah disiarkan sebelum ini tentang prinsip operasi asas sebuah enjin empat lejang? (Bagi menyegarkan semula ingatan anda mengenai artikel tentang enjin empat lejang berkenaan, tekan pautan yang ada di bawah ini.)

Bagaimana Enjin Empat Lejang Berfungsi

Kami telah menemui sebuah video yang amat menarik sekali sewaktu melakukan penyelidikan di atas talian di laman sesawang perkongsian video popular YouTube, dan merasakan ianya pasti menarik sekali untuk dikongsikan bersama anda para pembaca dan pengikut setia kami di MotoMalaya.

Destin Sandlin, pemilik saluran YouTube SmarterEveryDay (SED) telah mendapat tahu mengenai Phil, Mike, dan Everett – yang telah mereka bentuk pelitup enjin lutsinar dan mengunjungi mereka untuk melihat dengan anak matanya sendiri apakah yang sebenarnya berlaku di dalam kebuk pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman.

Para pembina tersebut telah menggunakan sebuah enjin berinjap sisi Briggs & Stratton dari tahun 1920-an dan menggantikan pelindung asalnya dengan sebuah pelindung buatan perspex yang tebal. Destin kemudiannya telah merakamkan aksi tersebut pada 20,000 bingkai per saat.

Mari kita saksikan video tersebut di bawah.

Video tersebut dengan jelas sekali menunjukkan empat lejang yang berbeza pada sebuah enjin empat lejang: masukan, mampatan, kuasa, dan ekzos. Tetapi apa yang betul-betul jelas sekali adalah pergerakan campuran bahanapi/udara, perambatan api pembakaran, serta pengalihan wasap ekzos.

Ingatkah anda sewaktu kami katakan yang percikan api dinyalakan sebaik sebelum omboh tiba di TDC (Top Dead Centre – tempat di mana omboh berada di titik yang paling tinggi di dalam sebuah silinder) ketika lejang mampatan? Anda juga boleh melihatnya dengan jelas sekali di sini. Ianya satu pemandangan yang amat mengujakan!

Leave a Reply