Benelli 752S Dan 402S 2018 – Bakal Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat!

  • Sebuah papan iklan berdekatan dengan plaza tol Penchala sedang mengiklankan model terkini dari Benelli termasuklah motosikal Benelli 752S 2018.
  • Iklan tersebut juga turut memaparkan satu lagi model yang baru iaitu Benelli 402S 2018 yang mana kami jangka akan dilancarkan dalam masa terdekat.
  • Kami jangka motosikal-motosikal 2018 ini akan dilancarkan dalam separuh pertama tahun 2018 dengan tanda harganya ditetapkan di bawah paras RM40,000.

 

Kebanyakan dari kita yang sering menggunakan pelbagai lebuh raya di sekitar kawasan Lembah Klang pasti akan perasan dengan beberapa buah iklan motosikal yang dipaparkan di papan iklan. Tidak ramai pengeluar motosikal menggunakan langkah ini bagi mempromosikan produk mereka kecuali bagi mereka yang bersungguh-sungguh dalam usaha pemasaran mereka. Di sini, ianya tidak lain dan tidak bukan adalah Benelli.

Bernaung di bawah MForce Bike Holdings Sdn Bhd, yang juga turut mengendalikan beberapa buah jenama yang lain seperti Sym, Keeway, dan SM Sport bagi pasaran Malaysia, Benelli telah dipromosikan dengan bersungguh-sungguh di pelbagai lebuh raya utama. Kita sudah pun mengenali dengan kebanyakan rangkaian motosikal mereka seperti 302R yang ‘sporty‘, motosikal tourer TRK 502R, motosikal supercub RFS 150, dan bermacam-macam lagi.

Walau bagaimana pun, terdapat satu papan iklan yang terletak selepas plaza tol Penchala berdekatan Damansara yang telah menarik minat kami. Tidak seperti iklan biasa yang lain, di mana mereka hanya menunjukkan hanya satu-satu motosikal pada satu-satu masa, papan iklan ini telah memperagakan keseluruhan rangkaian motosikal 2017 mereka; TnT 135, RFS 150, 302R, TRK 502, dan motosikal Leoncino 500.

Pada permulaannya ia nampak biasa-biasa sahaja, sehinggalah anda terlihat akan dua buah motosikal yang dipamerkan di bawah tajuk ‘model baharu 2018’. Motosikal-motosikal tersebut adalah Benelli 402S 2018 atau nama jolokannya “Mini XDiavel”, serta Benelli 752S 2018, gabungan antara sebuah motosikal MV serta Ducati. Motosikal 402S mempunyai persamaan yng banyak dari segi reka bentuk dengan motosikal 1,262cc yang amat berkuasa dan ranggi,Ducati XDiavel.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Benelli 402S 2018, bacalah artikel tersebut di pautan di bawah.

Benelli 402S 2018 – Ducati XDiavel Mini?

Motosikal Benelli 752S 2018 pula, telah berjaya mencuri tumpuan kami dan berdasarkan spesifikasinya itu, ia mampu mendapat sambutan yang hangat SEKIRANYA diperkenalkan dengan harga yang menggiurkan. Diperkenalkan pada beberapa bulan yang lalu sewaktu EICMA 2017 di Milan, motosikal naked atau ‘streetfighter’ kelas pertengahan ini akan bersaing dengan beberapa buah motosikal yang hebat dalam kategorinya, terutamanya dengan seteru terdekatnya, Ducati Monster 797 2017.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Ducati Monster 797 2017, tekan pautannya di bawah ini.

Next Bike Sdn. Bhd. Melancarkan Ducati Monster 797 Dan Multistrada 950 2017 Yang Baru! Dari RM55,900

Dijana oleh sebuah enjin dwi silinder, sejukan cecair, 750cc, motosikal 752S ini dikatakan mampu menghasilkan 81.6hp pada 9,000rpm dan 67Nm tork maksimum pada 6,500rpm. Menurut Benelli, motosikal 752S ini dikatakan mempunyai kebolehan mengmbara yang lebih baik berbanding dengan model semasa dan paling popular mereka, TnT 600.

Lampu hadapan dwi projektornya itu muat dengan sempurna sekali dengan badannya yang kekar itu dan pada masa yang sama, kami dapati yang ia mempunyai bentuk ‘tear drop’ yang sama seperti seperti motosikal MV Agusta Brutale 800 yang mengagumkan. Kami telah menunggang uji motosikal Brutale 800 baru-baru ini dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya, TEKAN SINI.

Ciri menakjubkan yang lain termasuklah fork hadapan terbalik 50mm Marzocchi, brek Brembo (dwi cakera hadapan 320mm dengan angkup empat omboh dan satu cakera brek belakang 260mm), serta ekzos yang cantik sekali.

Belum ada berita lagi tentang bila motosikal-motosikal Benelli terbaru 2018 ini akan dilancarkan namun memandangkan MForce Holdings telah pun memulakan pemasarannya bagi kedua-dua 402S dan 752S, kami jangkakan motosikal-motosikal tersebut akan dilancarkan dalam separuh pertama tahun 2018. Kami masih belum mendapat sebarang pengesahan dari pihak mereka lagi, tetapi sebaik sahaja kami mendapat sebarang maklumat yang baru, kami akan sampaikan kepada anda semua sesegera mungkin.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini dunia permotoran.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.