Motomice: Buku Kanak-Kanak Mengenai Permotosikalan!

 

  • Tercari-cari cara yang sesuai bagi menarik minat anak anda terhadap motosikal? Anda tidak perlu mencari dengan lebih jauh lagi dengan adanya Motomice: Sebuah buku kanak-kanat mengenai permotosikalan!
  • Ditulis oleh seorang pengarang Amerika Syarikat, Paul Owen Lewis, buku bergambar itu berkisarkan sekumpulan tikus yang merupakan penunggang pelbagai jenis motosikal, dari motosikal chopper gaya lama, pelumba motosikal superbike, malah penggemar motosikal klasik.
  • Berharga $16.99 (RM68.20), ianya juga sesuai bagi mengajar kanak-kanak mengenai keluarga, kepelbagaian dan perpaduan menggunakan dunia permotosikalan sebagai contoh.

 

Kebanyakan penggemar motosikal yang telah bertukar status sebagai ibu bapa pastinya akan mempunyai kecenderungan untuk memperkenalkan rasa sayang serta keghairahan yang sama untuk motosikal kepada anak-anak mereka. Meskipun terdapat pelbagai cara untuk menerapkan rasa kasih sayang tersebut, tiada cara yang lebih baik untuk melakukannya selain daripada sebuah buku cerita yang dipenuhi dengan pelbagai watak yang berbeza.

Paul Owens Lewis sedar akan kenyataan ini sewaktu dia melangkah masuk sebuah bilik pameran Harley-Davidson dan terlihat akan satu rangkaian penuh produk untuk kanak-kanak – namun, tiada satu pun di antaranya adalah sebuah buku. Setelah membuat penyelidikan yang lebih mendalam, Paul mendapati ianya agak sukar untuk mencari buku kanak-kanak mengenai permotosikalan. Malah, buku paling terkini yang dijumpainya berkaitan genre berkenaan sudah berusia 50 tahun! Sewaktu itulah dia telah memutuskan untuk menyelesaikan masalah ini dengan sendirinya.

Selepas kerja suntingan yang menyeluruh selama dua tahun, impiannya telah menjadi kenyataan apabila dia akhirnya menerbitkan Motomice bagi meraikan sifat dan perwatakan penunggang motosikal dalam kehidupan sebenar. Terdapat tujuh watak utama secara keseluruhannya (tikus-tikus yang menunggang motosikal, dan bukannya watak kartun, ‘Biker Mice from Mars’) yang berkisarkan watak-watak haiwan yang menyeronokkan, pengembaraan dan sudah semestinya, motosikal.

Roxy, si pelumba motosikal superbike

Buku ini mempunyai watak-watak yang biasa dijumpai dalam dunia permotosikalan seperti Rat, si penunggang motosikal chopper yang ‘jahat’, Glide, penggemar motosikal klasik gaya lama, Roxy si pelumba motosikal superbike, Knobby si penunggang motosikal ‘enduro’, dan banyak lagi! Terdapat juga watak yang bernama Sparky, di mana pengarangnya itu telah mengatakan bahawa watak itu ingin menjadikan dunia ‘lebih hijau’, jadi, kami agak yang dia akan menunggang sebuah motosikal elektrik. TERBAIK.

Sparky beserta dengan motosikal elektriknya

Walaupun kanak-kanak pasti akan meminati buku ini, ianya adalah ibu bapanya yang perlu diyakinkan. Pengarang telah meyakinkan semua orang bahawa Motomice akan mendidik kanak-kanak bukan sahaja tentang permotosikalan, tetapi juga mengenai keluarga, kepelbagaian dan perpaduan di dalam dunia yang aman dan harmoni.

Buku gambar berkulit keras 32 muka surat itu sesuai untuk kanak-kanak berumur antara 3 hingga 8 tahun namun kami amat yakin sekali yang ianya pasti disukai oleh orang ramai di setiap peringkat umur. Kami pasti yang kami amat menyukainya. Motomice ini berharga $16.99 yang mana ianya sekitar RM68.20. Harga yang amat berbaloi bagi mendidik anak anda dengan awal.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Motomice (atau sekiranya anda ingin mendapatkannya dengan serta merta), TEKAN SINI.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]