Husqvarna Meterai Perjanjian Dengan MOTOREX Oils

Advertisements

 

 

  • Husqvarna telah menandatangani satu kerjasama strategik global bersama pengeluar minyak pelincir MOTOREX yang akan bermula dari bulan Januari 2018.
  • Ke semua motosikal off-road dan jalan raya Husqvarna akan pada mulanya diisi dengan minyk pelincir MOTOREX dan bagi kerja penyelenggaraan pada masa yang akan datang.
  • MOTOREX Oils juga akan menjadi salah sebuah rakan kerjasama rasmi untuk pasukan Rockstar Energy Husqvarna Factory Racing di kejohanan AMA Supercross Championship tahun ini.

Satu kerjasama strategik global telah diumumkan di antara Husqvarna Motorcycles dan pengeluar minyak pelincir, MOTOREX. Bermula dari bulan Januari 2018, ke semua motosikal off-road dan jalan raya Husqvarna yang baru akan menggunakan minyak pelincir pengeluar berkenaan.

Selain itu, pengeluar minyak pelincir dari Switzerland itu bakal menjadi rakan kerjasama rasmi untuk pasukan Rockstar Energy Husqvarna Factory Racing. Kerjasama ini sudah pasti akan dapat membantu pengeluar motosikal berkenaan untuk beraksi dengan lebih cemerlang dalam kejohanan AMA Supercross Championship dengan barisan penunggang yang baru.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pasukan Rockstar Energy Husqvarna Factory Racing 2018, TEKAN SINI.

MOTOREX merupakan sebuah jenama yang menawarkan rangkaian luas produk minyak pelincir, penjagaan, dan penyelenggaraan enjin dan ianya bertapak di Switzerland. Perjanjian bersama Husqvarna ini akan menyaksikan ke semua model terbaru pengeluar motosikal berkenaan diisi dengan minyak pelincir mereka pada mulanya sewaktu ianya keluar dari kilang. Husqvarna juga akan terus mengesyorkan penggunaan MOTOREX untuk segala kerja penyelenggaraan di masa yang akan datang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KTM AG, Stefan Pierer, “Perjanjian bersama MOTOREX ini dengan jayanya mencapai sasaran kami untuk satu kerjasama berkumpulan strategik yang kukuh bagi aktiviti sukan permotoran kami dan juga untuk sektor pengeluaran. Husqvarna Motrcycles kekal setia dengan komitmennya dalam menawarkan motosikal premium.”

Diego Clement, Ketua Jabatan Sukan Permotoran Husqvarna juga telah menambah yang “Perjanjian baru bersama MOTOREX ini memastikan kami mempunyai rakan kerjasama teknikal yang boleh kami harap 100%, membolehkan kami untuk terus mengejar kemenangan di dalam ke semua kejohanan dan acara di seluruh dunia, dalam berbilang disiplin,”

“Produk MOTOREX telah terbukti di tahap tertinggi perlumbaan dan kami merasa amat gembira kerana keseluruhan pasukan Rockstar Energy Husqvarna Factory Racing akan menggunakan produk mereka di sepanjang 2018 dan pada tahun-tahun yang berikutnya,” kata Clement.