Jamulah Mata Anda Dengan Husqvarna FC 450 Edisi Rockstar 2018!

 

  • Husqvarna Motorcycles telah melancarkan motosikal Husqvarna FC 450 Edisi Rockstar 2018 yang serba baru.
  • Pelancaran itu telah diadakan bersempena dengan pengenalan barisan penunggang bagi pasukan Rockstar Energy Husqvarna Factory Racing 2018 untuk siri kejohanan AMA Supercross Championship musim hadapan.
  • Motosikal FC 450 serba baru itu dilengkapi dengan enjin satu-silinder 450cc yang dibikin semula, kotak gear lima kelajuan Pankl Racing, kerangka yang teramat ringan dengan sub-rangka karbon fiber, dan bermacam-macam lagi kelengkapan.

Bersempena dengan pengenalan barisan penunggang bagi pasukan Rockstar Energy Husqvarna Factory Racing 2018 untuk siri kejohanan AMA Supercross Championship tahun hadapan, Husqvarna Motorcycles dengan bangganya telah memperkenalkan motosikal yang telah dikemaskini, Husqvarna FC 450 Edisi Rockstar 2018.

Barisan penunggang mereka adalah gabungan antara pemenang kejohanan dan darah muda yang terdiri daripada Jason Anderson, Dean Wilson, Zach Osborne, Michael Mosiman, dan Mitchell Harrison. Setiap seorang daripada penunggang ini akan bersaing untuk menjadi yang terbaik di dalam ke semua kelas perlumbaan dalam siri perlumbaan AMA SX berkenaan.

Model terbaru daripada pengeluar yang berasal dari Sweden itu akan digunakan sebagai jentera asas bagi pasukan Rockstar Energy Husqvarna Factory untuk penunggangnya, Jason Anderson dan Dean Wilson. Kedua-dua oang penunggang ini akan bertanding untuk mendapat tempat teratas di AMA Supercross Championship 2018.

Dibina untuk pengendalian, berat, dan estetik visual tahap premium, motosikal FC 450 Edisi Rockstar 2018 ini dilengkapi dengan enjin, casis dan keseluruhan panel badan yang dibikin semula untuk prestasi ‘off-road’ yang premium. Dilengkapkan dengan enjin SOHC satu silinder 450cc yang ringan dan amat berkuasa, ianya menghasilkan sehingga 63hp. Satu jumlah kuasa yang cukup besar bagi menjana motosikal yang beratnya hanya lebih sedikit daripada 100kg.

Perincian unik yang lain pada motosikal ini adalah kotak gear lima kelajuan Pankl Racing, kerangka yang teramat ringan dengan sub-rangka buatan karbon fiber, klac DDS (Dampened Diaphragm Steel – Keluli Gegendang Teredam), sistem klac Magura, pakej suspensi boleh laras sepenuhnya WP, sistem ekzos baru, dan kawalan penukaran pemetaan beserta beberapa perincian hebat yang lain.

Motosikal Husqvarna FC 450 Edisi Rockstar 2018 akan disediakan dalam jumlah yang terhad bermula awal tahun hadapan untuk pasaran Amerika Utara. Berkenaan harganya pula, bagi mereka yang berminat mungkin perlu merujuk kepada Husqvarna Motorcycles North America untuk maklumat lanjut.

Sumber: Husqvarna Motorcycles

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]