- MV Agusta baru sahaja mengumumkan bahawa model terkini dalam rangkaian motosikal RC mereka, iaitu MV Agusta F3 RC.
- Rangkaian RC akan mempunyai kedua-dua buah model MV Agusta F3 675 dan 800.
- Segala kelengkapan tambahannya itu telah meletakkan harga bagi kedua-duah buah model ini pada tahap $19,998 dan $21,998 (RM81,541 dam RM89,696).
MV Agusta mula mengorak langkahnya lagi dengan beberapa buah model edisi terhad dirancang akan dikeluarkan bagi tahun 2018. Model yang terkininya datang dalam bentuk sebuah MV Agusta F3 RC 2018 yang teramatlah MENGGODA, di mana kami rasa ianya model F3 yang paling cantik pernah kami lihat setakat ini.
Motosikal MV Agusta terbaru ini yang akan menyertai rangkaian RC (Reparto Corse) edisi terhad 2018 bakal dilengkapi dengan segala perincian sama yang terdapat pada motosikal MV Agusta Brutale 800 RC 2018 dan MV Agusta F4 RC. Aspek paling dominan bagi rangkaian ini adalah bahagian luaran replika WorldSBK yang menyerupai pasukan MV Agusta Reparto Corse milik jenama berkenaan dalam siri perlumbaan Kejohanan Dunia Superbike FIM.
Nombor 37 juga telah diletakkan pada rekaan motosikal kelas pertengahan seperti mana yang terdapat pada model-model RC yang lain sebagai simbol jumlah kejohanan yang telah dimenangi MV Agusta sepanjang penglibatan mereka dalam siri perlumbaan WorldSBK. Pengeluar berkenaan juga turut mengumumkan bahawa model-model RC edisi terhad akan disediakan bagi kedua-dua model F3 675 dan F3 800.
Enjin pada kedua-dua model 675 dan 800 telah diperkemaskini bagi memenuhi piawaian emisi Euro4 dengan bantuan kelengkapan serba barunya namun pada masa yang sama, kuasa serta daya kilasnya kekal hebat seperti yang sedia ada. Model 675 menghasilkan 128hp dan 71Nm tork manakala model 800 pula menghasilkan 148hp dan 88Nm tork. Bahagian-bahagian terbaru yang lain adalah seperti kotak gear yang telah direka semula, pancarongga ekzos dan anda juga boleh memilih untuk mendapatkan kit kegunaan perlumbaan sahaja RC istimewa yang datang dengan sebuah ekzos tabung sisi yang amat menggiurkan.
Dibangunkan secara ektensif oleh divisyen perlumbaannya, motosikal jalan raya ini mendapat kelebihan dari segala penambahan terbarunya itu, termasuklah daripada MVICS (Motor & Vehicle Integrated Control System), ‘Ride-by-Wire’ yang direka bentuk semula, pemetaan enjin yang baru, kawalan cengkaman yang dikaji semula, serta penukaran ke gear lebih tinggi dan rendah dengan bantuan secara elektronik.
Bagi menjadikan model ini lebih istimewa, motosikal MV Agusta F3 RC 2018 ini didatangkan dengan kit kegunaan perlumbaan khas tambahan yang secara asasnya telah mengubah motosikal ini menjadi jentera pemangsa litar (dan menambah 5hp tambahan). Kit ini juga dilengkapi dengan sistem ekzos titanium khas dari SC Project, ECU perlumbaan, gegancu perlumbaan, pelitup pelana belakang, penongkat belakang, dan pelitup motosikal.
Tiada lagi sebarang berita mengenai harga mahu pun ketersediannya di Malaysia buat masa ini namun bagi pasaran Amerika Utara, motosikal F3 675 dan 800 ini telah ditetapkan harganya pada harga $19,998 dan $21,998 (RM81,541 dan RM89,696). Apa yang kami pasti adalah kami amat menyukai akan model F3 ini sejak sekian lamanya dan dengan ekzos tabung sisinya itu bagaikan penambah serinya yang sudah cukup jelita itu. Merecik baq hang!