Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah
- Bmw G 310 GS adalah motosikal adventure-tourer dalam rangkaian motosikal G.
- Ianya lebih cenderung ‘off-road’ berbanding dengan model G 310 R.
- Sesuai untuk penunggang berpengalaman, baru, mahu pun yang baru bermula kembali.
Apabila orang tahu yang sebahagian daripada tugas saya adalah untuk menunggang uji pelbagai jenis motosikal baru, ayat pertama yang sering kali terpacul dari mulut mereka adalah betapa bertuahnya saya mempunyai tugas ini.
Selepas itu saya terus bersiap sedia menghadapi soalan-soalan yang seterusnya, yang mana salah satunya sudah pasti, “Motosikal yang manakah merupakan kegemaran anda daripada ke semua motosikal yang telah ditunggang uji?” Berat sungguh soalan ini. Bagaikan soalan perangkap yang sering diutarakan teman wanita/tunang/isteri.
Saya tidak kisah berkongsi Sepuluh Motosikal Teratas peribadi saya (yang mana ianya terdiri daripada motosikal Triumph, KTM, BMW, Yamaha, Ducati, dan sebagainya, tanpa sebarang turutan tertentu), dan bukannya saya takut dianggap berat sebelah mahu pun takut akan amarah pengiklan dan penaja, sebaliknya, saya amat takut dengan prospek perlu berdebat (berbalah) mengenai pilihan saya selama beberapa jam. Dan, pada masa dan ketika ini, sudah tiada tempat untuk pandangan yang berbeza atau berlawan arus – semua orang fikir hanya mereka yang benar dan yang lain berada di pihak yang salah.
Sebaliknya pula, terdapat motosikal yang amat berbaloi dibela.
Apabila BMW Motorrad melancarkan motosikal G 310 R, seluruh dunia telah jatuh cinta dengan kemungkinan untuk memiliki sebuah motosikal BMW yang boleh dimiliki oleh pasaran yang luas, berdasarkan keluaran kuasanya yang tidaklah amat menakutkan dan semestinya, harganya (TEKAN SINI untuk membaca mengenai pelancarannya).
Dan sudah pasti sekali, BMW Motorrad telah dihujani dengan begitu banyak tempahan, menjustifikasikan keputusan mereka untuk membina sebuah motosikal berkapasiti kecil. Walau bagaimana pun, motosikal G 310 R tidak dapat menghapuskan tanggapan yang ianya ‘sebuah BMW untuk penunggang baru’, walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.
Selepas itu, BMW Motorrad telah menyingkap tirai di sebalik motosikal G 310 GS di MotoGP Malaysia pada bulan Oktober yang lalu (TEKAN SINI untuk laporan pelancarannya itu). Orang ramai dengan serta merta menyukainya, terutamanya kerana rupa parasnya yang berilhamkan saudaranya, F 800 GS dan R 1200 GS.
Namun persoalan yang timbul dalam pasaran adalah “Yang elok tidak datang dengan murah, dan murah tidak datang dengan elok, kan?” berdasarkan pepatah orang Cina yang berbunyi ” Yat cham chin yat cham for” (1 sen untuk barangan 1 sen). Soalan keduanya adalah, “Adakah BMW Motorrad telah mengkompromikan kualiti mereka?”
Tiba masanya untuk menjawab segala persoalan ini.
Pertama sekali, ya, motosikal G 310 GS ini berdasarkan model G 310 R (R di sini adalah singkatan untuk roadster), yang mana ianya bermakna kedua-dua model ini berkongsi pelbagai komponen yang sama, termasuklah enjin 313cc, DOHC, 4-injap, sejukan cecair, satu silinder. Perlu juga disebutkan yang blok silindernya telah diputar sebanyak 180 darjah supaya ekzosnya mengarah ke arah belakang dan badan pendikitnya ke arah hadapan. Keseluruhan blok berkenaan disengetkan ke belakang ke dalam kerangka, untuk pemusatan jisim yang lebih baik dan pusat graviti yang lebih rendah.
Satu lagi kesan yang positif adalah unit acu pandu dan kuasa yang lebih padat, kerana mereka tidak lagi perlu mencipta ruang kerana ekzosnya berada di hadapan. Dari ini, BMW Motorrad boleh menggunakan lengan ayun yang lebih panjang untuk kestabilan tambahan, di samping masih mengekalkan jarak antara roda yang pendek untuk kelincahan dan roda hadapan yang lebih sensitif.
Kerangka pada motosikal G 310 GS ini mirip dengan motosikal roadster G 310 R, namun, suspensinya telah dilengkapi dengan ruang gerakan tambahan sebanyak 41 mm di hadapan dan 48 di belakang, untuk jumlah keseluruhannya sebanyak 180 mm. Bahagian hadapannya dilengkapi dengan fork terbalik yang tidak boleh dilaras, manakala penyerap hentakan belakangnya boleh dilaras untuk pra-muatan sahaja. Ketinggian pelananya adalah 835 mm.
Tetapi bagaimana pula dengan prestasinya kerana ianya telah disematkan dengan nama “GS” (singkatan untuk Gelände/Straße – offroad/road) yang tersohor itu? Adakah motosikal G 310 GS ini layak untuk penghormatan itu?
Mendekati motosikal ini buat kali pertamanya, ia tampak seperti mana-mana motosikal adventure-tourer keluaran BMW, terutamanya dengan model R 1200 GS. Profilnya langsing dan tinggi, dengan pelbagai alur pada garis bentuknya. Menaikinya mengesahkan yang motosikal ini tinggi, namun, ianya tidaklah sukar untuk mengangkat tongkat sisinya kerana ianya teramat ringan (berat basah 170kg).
Enjin satu silindernya hidup dengan tanpa sebarang masalah, tetapi ia perlukan sedikit ‘rev’ untuk ‘terjaga’. Di atas jalan raya, ruang gerakannya yang panjang terasa lembut dan menyerap segala hentakan. Melurukan motosikal ini ke selekoh laju menghasilkan mampatan yang boleh dirasai manakala tayar Metzeler Tourance-nya mencengkam kuat permukaan. Namun, ia goyangannya hampir tidak dapat dirasai. Walau bagaimana pun, fork hadapannya mendap dengan pantas sewaktu pembrekan keras. Brek Bybre-nya berfungsi dengan hebat sekali!
Dengan ‘rev’ maksimumnya pada 10,000rpm, ia mencecah kelajuan 130km/j pada 8,000rpm. Pada waktu ini, anda diingatkan oleh getaran pada palang pemegang dan tempat letak kakinya yang anda sedang menunggang motosikal satu silinder. Ianya tidaklah sehinggakan mengebaskan tangan saya, tetapi saya percaya dengan penambahan redaman pada palang pemegang pasti lebih elok lagi. Daya kilasnya cukup baik sekali, tetapi anda perlu berada dalam gear yang sesuai.
Motosikal ini benar-benar lincah sekali. Keseronokan terhebat menunggang motosikal ini sewaktu tunggangan berulang alik adalah kegembiraan yang dirasai apabila anda duduk jauh lebih tinggi dari kenderaan sekeliling, memberikan anda pandangan yang jauh lebih ke hadapan. Selain itu, anda boleh menyelinap di antara kenderaan dengan motosikal GS kecil ini. Satu kegembiraan yang datang dengan motosikal ringan. Dan pelananya juga agak selesa.
Kita telah menguji kebolehan Straße-nya jadi tiba masanya untuk menguji Gelände-nya pula.
Dan dimanakah tempat terbaik untuk penunggangan ‘off-road’? Semestinya ianya di Most Fun Gym milik Oh Kah Beng. Kami juga inginkan “Foreman” Oh, atau juga dikenali sebagai KB, untuk menunggangi G 310 GS ini dan memberikan maklum balasnya kerana dia adalah seorang sifu. KB juga telah melatih anak saudaranya, Oh Jin Sheng, yang telah berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua pada hari pertama Kelayakan Peringkat Asia BMW Motorrad GS Trophy.
Tetapi KB mempunyai urusan di bank sewaktu kami tiba di sana, jadi, kami memutuskan untuk memulakan tunggang uji terlebih dahulu dan menunggang motosikal berkenaan di atas litar ‘flat-track’ asas.
Saya bermula dengan berhati-hati kerana tayarnya adalah 50/50 offroad/road, berbanding dengan tayar ‘knobbies’. Selain itu, pelananya agak ke belakang berbanding sebuah motosikal motocross sejati, jadi saya agak ragu-ragu untuk menyondongkan motosikal memasuki selekoh tanah merah. (Menyelekoh di atas tanah merah memerlukan penunggang untuk duduk sehadapan yang boleh dan melunjurkan kaki di bahagian dalam bagi menambahkan berat pada tayar hadapan.)
Tetapi sebaik sahaja ia berada di tanggul yang pertama ianya tampak jelas sekali yang motosikal G 310 GS ini telah diaturcara ke arah ‘off-roading’. Ketika berdiri sewaktu di jalan yang lurus, motosikal ini telah menunjukkan keseimbangan yang semula jadi di kedua-dua bahagian hadapan dan juga belakang. Saya menunggangnya dengan laju dan lebih laju lagi, malah telah melakukan beberapa lompatan kecil apabila keyakinan saya semakin meningkat.
Permukaan litar berkenaan kering dengan tanah dan pasir yang tidak mampat, tetapi, tayarnya menggelincir dengan sedikit sahaja. Saya perlu melunjurkan lagi kaki saya bagi memindahkan berat saya dan memulas lagi pendikitnya untuk menggelongsorkan bahagian belakangnya. Jika tidak, ianya seakan motosikal ini mempunyai kawalan cengkaman (ianya tidak, hanya ABS sahaja).
Di mana suspensinya itu menyerap bonggolan di atas jalan raya, di atas litar ‘off-road’ ianya seperti sebuah silap mata! Motosikal ini meluncur di atas bonggolan ‘off-road’ bagaikan ianya tiada di situ. Secara tiba-tiba ianya tidak penting yang tangki bahanapinya tinggi dan agak panjang, motosikal G 310 GS ini teramatlah seimbang sama ada ketika saya duduk atau pun berdiri (seperti mana yang telah saya sebut sebelum ini).
Satu-satunya sungutan saya dengan menunggangnya secara ‘off-road’ adalah saiz gegancu belakangnya yang berorientasikan jalan raya. Untuk penunggangan ‘off-road’ yang sejati, gegancu yang bersaiz 4 gigi lebih besar akan memberikan kuasa yang diperlukan untuk meluru keluar dari selekoh dengan ‘rear wheel slide-steering’.
KB muncul seketika kemudian di sebelah petang, agak berang dari pengalamannya di bank.
Namun air mukanya terus berubah sekelip mata sebaik sahaja terlihatkan motosikal G 310 GS, “Wow, cantik motosikal itu! Tampak betul-betul seiras dengan R 1200 GS.”
Dia tidak membuang masa dan terus mengenakan sut menunggang dan menaikinya. ” Pelananya agak tinggi bagi kebanyakan orang Malaysia, tetapi penyerap hentakan belakangnya terus memampatkan dirinya sebaik sahaja anda duduk, seperti sebuah motosikal motocross.”
Sebaik sahaja dia memasuki tanggul selekoh, dia berkata, “Wah! Hebat betul keseimbangannya!” Dia terus menuruni sebuah cerun yang curam. Kami berdua ingin sekali mengetahui akan kelegaan tanahnya. Tiada apa yang bersentuh.
Seterusnya, KB menunggang motosikal itu menyusuri satu denai di belakang ‘bangunan pit’. Sebuah denai yang tidak berani saya lalui. Dia terus menunggang, “Wow, ianya benar-benar hebat,” dan terus menuju ke atas bukit menuju ke ‘Expert’s Course’. Dia terus menunggang dengan stabil tanpa membuat lompatan, “Saya tidak mahu merisikokan melandutkan suspensinya dan mencederakan motosikal ini,” terangnya.
Dan terus menunggang dan menunggang, dengan senyuman yang terukir di sebalik helmet MX-nya itu, manakala saya mengejarnya bagi mendapatkan gambar-gambar yang menarik.
Apabila dia berhenti, pujian yang melambung-lambung telah dilontarkannya. “Motosikal ini benar-benar hebat sekali. Ia menyerap segala bonggolan, ia memandu dengan cukup cantik sekali, mencengkam dengan baik, dan pendikitnya amat lancar sekali.” (Tindak balas pendikit yang lancar adalah perkara yang terpenting apabila menunggang di tanah merah atau pun pada permukaan yang licin.)
Kesimpulan yang telah dibuat oleh KB adalah, “Ia mungkin sekali sebuah motosikal yang mampu dimiliki pada harga RM29,900, tetapi ia terasa seperti sebuah motosikal yang lebih mahal. Tambahan pula, ianya amat cantik sekali. BMW sepatutnya meletakkan sebuah motosikal uji di MFG supaya mereka yang mengunjungi MFG dapat melihatnya sendiri. Kebolehan dan kualitinya.”
Jika seorang legenda perlumbaan dan jurulatih hebat yang telah melakukan dan menyaksikan segala-galanya, berkata sedemikian, sudah pasti yang motosikal G 310 GS ini sebuah jentera yang amat istimewa. Sebuah motosikal untuk penunggang berpengalaman mahu pun yang baru. Ianya praktikal untuk kegunaan berulang alik, selesa untuk penunggangan jarak jauh, dan cukup berkebolehan apabila bertemu tanah merah.
Dan seperti cerita di awal artikel ini, motosikal BMW G 310 GS ini adalah sebuah motosikal yang berbaloi untuk dibela – bukan kerana ianya sebuah BMW.
SPESIFIKASI TEKNIKAL
ENGINE | |
Engine type | Liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valves, single-cylinder |
Compression ratio | 10.6 : 1 |
Bore X Stroke | 80.0 mm X 62.1 mm |
Displacement | 313 cc |
Fuel system | BMS-E2 electronic fuel injection |
Maximum power | 34 bhp (25 kW) @ 9,500 RPM |
Maximum torque | 28 Nm @ 7,500 RPM |
TRANSMISSION | |
Clutch | Cable-operated, multi-plate, wet clutch |
Gearbox | 6-speed synchromesh |
CHASSIS | |
Front suspension | 41mm USD forks, 180 mm travel |
Rear suspension | Single shock, adjustable for preload, 180 mm travel |
Front brakes | Single 300 mm disc, single four-piston radially mounted Bybre caliper |
Rear brake | Single 240 mm disc, single-piston floating caliper |
ABS | BMW Motorrad ABS |
Front tyre | 110/80-R19 |
Rear tyre | 150/70-R17 |
FRAME & DIMENSIONS | |
Frame | Tubular steel |
Swingarm | Solid die-cast aluminium |
Trail | 98.0 mm |
Rake | 26.7 degrees |
Wheelbase | 1420 mm |
Seat height | 835 mm (unladen) |
Wet weight | 169.5 kg (ready to ride) |
Fuel capacity | 11.0 litres |
GALERI GAMBAR