ads

Perjumpaan Akhir Tahun Moto Guzzi Gentlemen’s Year-End Gathering

  • Moto Guzzi Malaysia telah menjemput para pemilik Guzzi ke satu perjumpaan akhir tahun.
  • Ianya merupakan sebuah platform untuk mendapat maklum balas dari pemilik baru dan juga yang sedia ada.
  • Jabatan Selepas Jualan Moto Guzzi Malaysia juga turut hadir bagi membantu dalam perkara yang berkaitan teknikal.

Moto Guzzi Malaysia telah mengorak langkah dalam melibatkan diri bersama dengan bukan sahaja dengan bakal serta pemilik baru, tetapi juga bersama pemilik yang sedia ada.

Sejak bertapak di rumah baru mereka di The Gasket Alley (TEKAN SINI untuk membaca liputan kami mengenai pelancaran berkenaan), mereka telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan juga tunggangan yang mencerminkan gaya hidup Guzzi, sebagai contoh, satu tunggangan hari Ahad ke Bentong beberapa bulan yang lalu (TEKAN SINI untuk liputan kami), dan kini, satu perjumpaan istimewa menjelang tahun 2018.

Diberi nama “Moto Guzzi Gentlemen’s Year-End Gathering”, acara berkenaan menghimpunkan pemilik Moto Guzzi tidak kira yang lama atau baru, untuk beramah mesra dan juga merapatkan persaudaraan mereka.


Kami telah berpeluang menjamu mata menyaksikan himpunan motosikal Moto Guzzi, di antaranya adalah V7 II, V7 50 Anniversario, Norge GT, dan sebuah model California ulang tahun ke-90 yang teramat terhad.

Para pemilik kemudiannya dijemput untuk merakamkan pengalaman mereka memiliki sebuah motosikal Guzzi di dalam sebuah video. Walaupun bukan kami yang telah menemuramah mereka, kami berada berhampiran sewaktu mereka menggambarkan pengalaman mereka dan mereka berpuas hati dan amat menyukai motosikal mereka itu.

Sesudah sesi temuramah, Encik Amarjit Singh, Ketua Jabatan Selepas Jualan telah beramah mesra dengan para pemilik bagi membincangkan penambaikan yang boleh dilakukan oleh Moto Guzzi Malaysia, selain daripada memberi jaminan yang Moto Guzzi Malaysia serius dalam memberikan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik dan juga ketersediaan alat gantinya.

Acara ini berakhir sesudah majlis makan malam, dan dengan para pemilik bertukar-tukar nombor telefon sesama mereka. Sudah pasti akan ada banyak lagi tunggangan Moto Guzzi pada masa yang akan datang!

Galeri Gambar

 

Leave a Reply