Motosikal Honda Wave Alpha 2017 Baru Yang Lebih Sporty Diperkenalkan – RM5,086!

 

 

  • Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja melancarkan motosikal Honda Wave Alpha 2017 terbaru mereka di pasaran yang kini tampil dengan rupa yang lebih ‘sporty
  • Rekaannya telah diinspirasikan oleh motosikal sama yang telah digunakan oleh penunggang Cub Prix yang kini sedang bertanding dalam siri perlumbaan Honda Wave Alpha Challenge 2017.
  • Berharga RM5,086.94 (harga asas beserta GST), motosikal Honda Wave Alpha yang baru ini didatangkan dengan skema warna yang baru, peredam ekzos yang ‘sporty’, pemegang pelana belakang, dan pelindung kaki.

Motosikal Honda Wave Alpha 2017 yang terkini telah diperkenalkan hari ini, menampilkan rupa paras dan aura yang lebih ‘sporty‘ disebabkan oleh skema warnanya yang direka semula. Motosikal cub terlaris di Malaysia keluaran Boon Siew Honda (BSH) ini tampil dengan versi yang lebih segar bagi memenuhi kehendak generasi muda dan penunggang baru yang tercari-cari motosikal pertama mereka yang paling sesuai.

Menurut Timbalan Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Dato’ Seri Wira Tan Hui Jing, “Kami berasa amat teruja dengan kemaskini terbaru ini. Rupa paras yang baru ini, bersama dengan jalur perlumbaannya itu akan diperagakan oleh para penunggang muda dalam siri perlumbaan Honda Wave Alpha Challenge 2017. Namun, ianya penting untuk dimaklumkan bahawa pengenalan terkini ini akan menjadi tambahan buat model yang sedia ada di dalam pasaran.”

Motosikal yang sepatutnya dilancarkan beberapa hari yang lalu semasa pusingan kedua terakhir Kejohanan PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix 2017 di Pulau Pinang terpaksa dibatalkan beserta dengan perlumbaan berkenaan akibat keadaan cuaca yang ekstrim yang sedang melanda bahagian Utara tanah air.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembatalan pusingan perlumbaan PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix 2017 di Pulau Pinang. TEKAN SINI.

Kembali kepada motosikal ini, rekaannya telah diinspirasikan oleh motosikal sama yang digunakan oleh para penunggang yang sedang bertanding dalam siri perlumbaan satu buatan Honda Wave Alpha Challenge 2017 yang dianjurkan bersama dengan Malaysian Cub Prix. Tarikan utama pada motosikal ini adalah peredam ekzosnya yang ‘sporty‘, pemegang pelana belakang yang baru, dan cakera brek (tersedia hanya untuk versi roda tempa sahaja).

Ciri-ciri yang lain pada motosikal Honda Wave Alpha terbaru ini adalah tolok kelajuan yang baru, ruang simpanan bawah pelana dan pelindung kaki yang amat menggiurkan. Pakej yang baru ini diharap dapat menawan hati pemuda dan pemudi Malaysia dengan menawarkan sesuatu yang segar dan baru dan pada masa yang sama, mampu dimiliki.

Bagi mereka yang ingin untuk memiliki versi terbaru motosikal Honda Wave Alpha 2017 bolehlah memilikinya pada harga RM5,086.94 (harga asas beserta GST) dengan skema warna Candy Scintillate Red. Boon Siew Honda juga menawarkan waranti pengilang selama dua tahun atau 20,000km untuk kemudahan dan jaminan tambahan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal ‘sporty’ Honda Wave Alpha 2017 ini, layarilah laman sesawang www.boonsiewhonda.com.my.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.