Motosikal Ducati 959 Panigale Corse 2018 Diperkenalkan

  • Motosikal Ducati 959 Panigale Corse 2018 adalah salah sebuah motosikal yang telah diperkenalkan semalam sewaktu “2018 Ducati World Premiere”.
  • Motosikal 959 Panigale Corse ini dilengkapi dengan pakej suspensi keseluruhan Ohlins, kemasan grafik berinspirasikan MotoGP dan ekzos titanium ‘slip-on‘ Akrapovic.
  • Walaupun harganya belum lagi diberitahu, kami pasti yang ianya akan berada di atas tahap RM100,000 sebaik sahaja ia tiba di Malaysia nanti.

 

Seperti yang telah dijanjikan oleh Ducati melalui “2018 World Premiere” mereka, mereka telah memperkenalkan motosikal Ducati 959 Panigale Corse 2018. Motosikal superbike kelas pertengahan Ducati versi teramat istimewa ini dilengkapi dengan pelbagai kemaskini yang berbeza bagi meningkatkan lagi gaya serta prestasi motosikal 959 ini.

Tarikan utama yang pertama pada motosikal Ducati 959 Panigale Corse 2018 ini adalah kemasan catnya. Ianya didasarkan kepada jentera MotoGP pengeluar berkenaan (tanpa sebarang pelekat penaja) yang menonjolkan segala alur garisan serta bentuk keseluruhan motosikal 959 ini. Di sebalik segala kemasannya itu adalah beberapa buah pengemaskinian yang pasti mengujakan semua peminat Ducati.

Motosikal 959 Panigale terkini ini telah disampuk ‘demam emas’ yang datang dalam bentuk satu set pakej suspensi keseluruhan Ohlins yang terdiri daripada fork hadapan 43mm Ohlins NIX30 dan penyerap hentakan belakang Ohlins TTX36. Bagi meningkatkan lagi pengalaman penunggangan keseluruhannya, motosikal 959 Panigale Corse ini juga dilengkapi dengan peredam stereng boleh laras Ohlins.

Kemaskini kegemaran kami sudah pasti adalah ekzos titanium Akrapovic terbaru yang malangnya hanyalah berjenis ‘slip-on‘. Namun, ianya tampak lebih baik berbanding dengan pilihan asas yang telah melahirkan perasaan yang bercampur-baur mengenai rekaannya itu. Jika paipnya lebih pendek pasti lebih elok lagi namun sekiranya ini yang sebaiknya pada pandangan Akrapovic, siapalah kami untuk rungutkannya.

Motosikal 959 Panigale Corse terbaru ini juga lebih ringan berbanding dengan model asas dengan perbezaan sekitar 2.5kg atas jasa ekzos ‘slip-on’ Akrapovic dan bateri litium-ion. Ini seterusnya mempertingkatkan nisbah kuasa-ke-berat keseluruhan dengan motosikal 959 Panigale ini menjana 157hp pada 10,500rpm dan 107Nm tork maksima pada 9,000rpm daripada enjin 955cc Superquadro, silinder L-berkembar, empat injap setiap silinder, Desmodromik, sejukan cecair.

Ciri elektronik standard masih lagi boleh didapati di atas motosikal seperti Mod Tunggangan, Mod Kuasa, DQC (Ducati Quick Shifter), “Ride-by-Wire”, DDA+ Ready (Data Analyzer), ABS, DTC (Ducati Traction Control), dan EBC (Engine Brake Control), adalah di antara sebahagian daripada pakej elektroniknya.

Walaupun kami masih belum dapat pastikan akan harganya buat masa ini, kami yakin ianya akan melebihi tahap RM100,000 kerana versi standardnya dijual pada harga RM99,999 (harga asas beserta GST) di Malaysia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Ducati 959 Panigale 2017 standard, TEKAN SINI.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]