Gambar Motosikal Ducati Scrambler 1100 2018 Tersebar!

  • Gambar motosikal Ducati Scrambler 1100 2018 yang bakal diperkenalkan telah pun dibocorkan di atas talian sehari sebelum pelancaran rasmi motosikal berkenaan.
  • Ducati telah merancang untuk memperkenalkan sekurang-kurangnya lima buah model bagi tahun hadapan sewaktu “2018 Ducati World Premiere” mereka.
  • Tambahan terkini untuk rangkaian motosikal Scrambler mereka itu dianggap sebagai kacukan terbaik antara rangkaian motosikal Scrambler dan Monster mereka.

Dengan hanya satu hari lagi yang tinggal sebelum acara “2018 Ducati World Premiere” di mana pengeluar yang bertapak di Bologna itu akan memperkenalkan sekurang-kurangnya lima buah model terbaru bagi tahun 2018, gambar bocor bagi motosikal Ducati Scrambler 1100 2018 serba baru telah tersebar luas di atas talian internet.

Seperti yang telah dijangkakan oleh kebanyakan orang, tambahan terkini dalam rangkaian Ducati Scrambler ini bercirikan rupa paras ikonik yang sama namun untuk kali ini, keluaran kuasa kudanya telah dipertingkatkan dengan jasa enjin sejukan udara, V-berkembar, 1087cc Ducati yang dirumahkan di tengah-tengah casis Scrambler yang lebih besar sedikit itu.

Motosikal ini tampak seperti sebuah motosikal Scrambler yang telah berbulan lamanya berada di gim bagi membina ototnya, motosikal Ducati Scrambler 1100 ini juga agak mirip dengan sepupunya, motosikal Monster, lebih tepat lagi gabungan antara motosikal Ducati Monster 1100 EVO dan motosikal Ducati Monster 1200 R. Ia juga ada iras-iras motosikal Ducati Monster 821 2018. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Ducati Monster 821 yang terkini, TEKAN SINI.

Ducati Monster 821 2018

Setakat ini, hanya rupa parasnya yang telah dibocorkan di atas talian, Tiada lagi maklumat yang lain yang telah disebarkan sama ada kuasa kudanya mahu pun torknya. Namun begitu, terdapat kemungkinan sebuah versi “S” bagi motosikal Ducati Scrambler 1100 yang mungkin sekali akan dilengkapkan dengan bahagian premium untuk ekzos, suspensi dan lain-lain lagi (sekurang-kurangnya, itulah yang kami harapkan).

Ianya akan mengambil masa sebelum motosikal Scrambler terbaru ini tiba di tanah air kita. Sebelum ianya tiba, anda boleh juga membelek motosikal-motosikal Scrambler yang baru sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lalu sewaktu Art of Speed Malaysia 2017 iaitu Ducati Scrambler Cafe Racer 2017 dan Ducati Scrambler Desert Sled 2017.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kedua-dua motosikal yang menarik ini, TEKAN SINI.

Teruskan setia bersama dengan MotoMalaya untuk segala perkembangan terkini dunia permotoran.

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]