KMOG Borneo Ride 2017 (Hari Kedua)


Artikel Oleh: Wahid Ooi Abdullah

  • Hari Kedua KMOG Borneo Ride 2017 membawa kami ke “Tip of Borneo” dan Kundasang.
  • Kumpulan terakhir motosikal peserta tiba tepat pada masanya untuk perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang.
  • Konvoi ini akan membuat hentian pertamanya di Kawasan Perlindungan Orangutan di Sepilok, dalam perjalanan ke sandakan.

Kota Kinabalu, 2 November 2017 – Hari Kedua KMOG Borneo Ride 2017 bermula dengan awal. Langit jam 6 pagi di Sabah tampak secerah langit jam 8 pagi di Semenanjung. Keadaan cuaca semakin baik pagi ini, dengan terik mentari dan bahang haba mula dirasai menjelang tengah hari.

Jawatankuasa KMOG dan ahli kru KTM Malaysia tidak senang tidur pada malam sebelumnya, dengan harapan ada berita baik dari perlabuhan. Motosikal para peserta masih lagi berada di dalam kontena di atas kapal, berlabuh luar persisiran pantai menanti redanya ribut yang menbadai. (TEKAN SINI untuk laporan hari pertama.)

Ahli jawatankuasa KTM yang telah bekerja keras semalaman perlu membuat keputusan sama ada untuk menahan peserta di hotel sementara menantikan ketibaan motosikal mereka, atau pun mencari jalan yang lain bagi melawat destinasi yang telah ditetapkan. Mereka memutuskan untuk menyewa sebuah bas persiaran bagi membawa kami ke Tanjung Simpang Menggayau, atau lebih popular dengan nama “Tip of Borneo”.


Seperti yang dikiaskan oleh namanya itu, ianya merupakan tanjung paling utara di Kepulauan Borneo yang bertemu dengan Laut China Selatan. Pemandangan yang menakjubkan dapat dilihat di sekelilingnya, sewaktu kami menatap ke arah lautan yang mengagumkan. Di sana, jauh di ufuk, terletaknya gugusan kepulauan Filipina.

Selain daripada beberapa buah chalet jenis rumah panjang, ianya tidak mempunyai sebarang kemudahan yang lain.

Saya terpandang akan beberapa buah gambar yang menunjukkan Bima Sakti, galaksi yang kita diami, terpampang di luar pusat ketibaan. Sudah pasti ianya akan menarik minat para penggemar astronomi seperti diri saya sendiri. Pencemaran cahaya di lokasi pelancong yang popular telah menyebabkan kita kehilangan peluang untuk menyaksikan pertunjukan malam semulajadi yang terindah ini.

Kami meninggalkan tanjung berkenaan dan menikmati makan tengah hari di sebuah penginapan sisi pantai yang kecil semasa dalam perjalanan pulang ke hotel. Pengendali lawatan ini, Borneo Excursion teramatlah professional dalam tugas mereka dan memastikan yang ke semuanya diuruskan tanpa sebarang masalah.

Kami menjangkakan untuk tiba kembali ke The Palace Hotel di Kota Kinabalu pada jam 3 petang. Namun, dengan keadaan lalulintas yang lebih sesak dari kebiasaan telah menyebabkan kami tiba di hotel hampir dengan jam lima petang.

Namun, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Kontena yang ketiga dan terakhir sedang dalam proses untuk dipunggah semasa bas yang kami naiki tiba di perkarangan hotel. Motosikal-motosikal yang lain telah diturunkan, diisi penuh dengan tekanan udara yang dioptimumkan.

Riuh rendah jadinya di hotel yang pada kebiasaannya aman itu, apabila para peserta berkejaran untuk bersiap, sediakan motosikal mereka, dan bersedia untuk menunggang.

Dan seawal mana langit cerah setiap hari di sini, ia juga akan gelap dengan pantas sekali. Ianya telah menjadi gelap dengan begitu awal sekali.

Ianya tampak seperti 8 malam pada jam 6.30 petang, sewaktu berlangsungnya taklimat keselamatan dan ketika Ong Soo Yong (salah seorang ahli jawatankuasa yang telah bekerja keras seperti yang disebut awal tadi) melepaskan kami. Dia menasihati kami untuk sentiasa prihatin tentang keberadaan ahli konvoi di sepanjang jalan yang gelap nanti. Dengan itu bermulalah KMOG Borneo Ride 2017.

Kami terpaksa menyelit melalui lalulintas yang sesak dengan ‘pannier’ berkapasiti besar dan pelbagai lagi bentuk bagasi. Kami menyusuri jalan menuju ke jalan di kaki Gunung Kinabalu, melalui tapak berlaku tanah runtuh baru-baru ini.

Para marsyal telah melakukan tugas yang baik sekali dalam memimpin kami dan akhirnya kami tiba di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa di Kundasang dengan selamat. Kami terus menuju ke restoran untuk makan malam, sebelum memeriksa masuk ke penginapan kami dan berehat untuk malam itu.

Kami akan menuju ke Kawasan Perlindungan Orangutan di Sepilok dalam perjalan kami ke Sandakan esok.

GALERI GAMBAR

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]