Ducati Dan Rizoma Berkerjasama Bagi Menghasilkan Kelengkapan Istimewa

 

  • Ducati dan Rizoma telah menjalinkan satu kerjasama bagi menghasilkan aksesori motosikal buatan khas khusus untuk motosikal Ducati yang diberi nama “Ducati by Rizoma”.
  • Dua jenama gergasi dari Itali ini dikenali ramai kerana telah menghasilkan motosikal serta aksesori motosikal yang hebat.
  • Beberapa sampel pertama “Ducati by Rizoma” akan diperkenalkan pada minggu hadapan sewaktu EICMA 2017 di Milan, Itali.

Pengeluar motosikal gergasi dari Itali, Ducati, bersama dengan pengeluar kelengkapa motosikal terkenal, Rizoma, telah berganding tenaga dalam satu kerjasama untuk menghasilkan aksesori khusus untuk motosikal Ducati. Kerjasama rasmi di antara kedua-dua jenama ini akan dipasarkan sebagai “Ducati by Rizoma”.

Rizoma yang telah dikenali di seluruh dunia sebagai pengeluar kelengkapan aksesori motosikal terkenal yang menghasilkan produk berkualiti tinggi menggunakan bahan-bahan premium. Menggunakan ‘billet‘ aluminium sebagai bahan pilihan utama mereka, kelengkapan “Ducati by Rizoma” terbaru ini akan memperkukuhkan imejnya sebagai pengeluar dengan teknologi tercanggih menghasilkan kelengkapan buat motosikal terbaik dunia.

Beberapa buah kelengkapan yang pertama bakal dilancarkan secara rasmi dan diperagakan bermula minggu hadapan di EICMA 2017 (Pameran Motosikal Antarabangsa) atau juga dikenali sebagai Pertunjukan Motosikal Milan yang akan berlangsung dari 6 November 2017 hingga 12 November 2017.

Pastikan anda terus bersama kami di MotoMalaya dan laman saudara kami di Bikes Republic yang akan membawakan perkembangan terkini dari EICMA 2017. Ke semua pengeluar akan mempamerkan keluaran mereka yang terkini dan tercanggih termasuklah Ducati yang dikatakan akan melancarkan versi pengeluaran terakhir bagi motosikal superbike janaan-V4 Ducati Panigale.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]