Hujung Minggu MotoGP telah tiba kembali dan ianya merupakan masa bagi para penunggang dari ke semua pasukan untuk bertemu dengan para peminat, rakan taulan, penaja dan sesiapa sahaja yang membolehkan mereka untuk berlumba sebagai satu kerjaya.
Cal Crutchlow dari LCR Honda adalah salah seorang daripada penunggang tersebut yang telah turun ke padang untuk satu sesi ‘meet & greet‘ semalam di Hard Rock Cafe, KL. Dianjurkan oleh Castrol, Crutchlow telah bertemu dengan pengedar, ahli media, peminat dan kira-kira 200 orang hadirin yang bertuah yang dapat beramah mesra dengan pemenang perlumbaan itu.
Penunggang berusia 32 tahun yang berasal dari England itu telah pun menempuhi kerjaya yang penuh dengan pahit manis dalam perlumbaan motosikal – memulakan kerjaya professionalnya sebagai penunggang motosikal superbike dan telah ditabalkan sebagai Juara Supersport British pada tahun 2006. Dia kemudiannya telah merangkul takhta Kejohanan Supersport Dunia dalam musim sulungnya pada tahun 2009. Selepas membuat kemunculan kali pertamanya dalam dalam siri MotoGP, dia menyertai LCR Honda pada tahun 2015 selepas bersama dengan Yamaha dan Ducati.
Tahun lalu, Crutchlow telah menjadi penunggang dari Britain yang pertama memenangi Grand Prix Australia dan juga berjaya berada di atas podium di Brno. Dia mengakhiri musim 2016 di tangga ke-tujuh, dan pada tahun ini dia sedang berada di tempat ke-sembilan dengan baki dua perlumbaan pada musim ini.
“Hubungan kerjasama antara Castrol dan LCR Honda bermula pada tahun 2015, tahun yang sama sewaktu Crutchlow menyertai pasukan itu. Ini merupakan kali pertama kami menganjurkan satu sesi ‘meet & greet’ bagi peminat MotoGP di Malaysia. Sebahagian daripada tetamu yang hadir adalah pemenang peraduan Facebook yang telah kami anjurkan sebelum ini. Jenama Castrol ini berkait rapat dengan semangat, keseronokan dan prestasi; and LCR Honda bersama dengan Cal Crutchlow sebagai penunggang mereka, menzahirkan nilai-nilai jenama Castrol ini dengan tepat sekali. Kerjasama teknikal jangka panjang kami bersama dengan para pengeluar motosikal serta penggunaan perlumbaan motosikal peringkat tertinggi ini sebagai sebuah lapangan ujian adalah
satu bahagian yang amat penting dalam pembangunan yang tidak pernah terhenti untuk produk berkualiti tinggi, buat penunggang perlumbaan dan bagi penggemar penunggangan motosikal di seluruh dunia. Dengan Castrol POWER1 sebagai minyak pelincir pilihan, pasukan LCR Honda dapat mengharapkan prestasi terbaik daripada motosikal mereka pada perlumbaan yang akan datang,” ujar Keow Mei-Shan, Pengarah Pemasaran untuk Malaysia dan Singapura (gambar di bawah.)
“Kami menganggap perlumbaan MotoGP Malaysia di Sepang sebagai perlumbaan di halaman sendiri, dan oleh kerana itu, kemasan grafik pada motosikal LCR Honda akan memaparkan Castrol POWER1 sebagai penaja utama pasukan bagi perlumbaan ini. Ianya sudah pasti memberikan kami kepentingan tambahan dalam menginginkan Crutchlow serta pasukan ini untuk beraksi cemerlang di Sepang,” rumus Mei-Shan.
LCR Honda Team menggunakan Castrol POWER1 Racing 4T dengan “Race Derived Technology” dan ianya dirumus khas buat penunggang motosikal yang gemar akan keterujaan menunggang. Dengan menggunakan “Race Derived Technology”, ianya mengalir pantas dan kekal kuat, mengurangkan geseran dalaman enjin walaupun dalam keadaan penunggangan yang paling mencabar. Ianya telah diuji dan terbukti dalam membekalkan pemecutan yang luar biasa dan kuasa dengan hanya sentuhan pada pendikit. Trizone Technology™ telah disertakan bagi memastikan perlindungan prestasi tanpa kompromi buat enjin,
klac, dan kotak gear.