KTM RC 250 Dan KTM RC 390 2017 Telah Dirasmikan Di Malaysia – Dari RM22,790*

 

 

 

  • KTM Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan motosikal KTM RC 250 dan KTM RC 390 2017yang dikemaskini bagi pasaran Malaysia.
  • Rangkaian KTM RC yang serba baru ini didatangkan dengan casis, brek, dan suspensi yang diperkemaskini, beserta dengan enjin yang ditala semula untuk agihan kuasa dan kelincahan yang optimum.
  • KTM Malaysia telah meletakkan harga bagi motosikal KTM RC 250 dan KTM RC 390 2017 pada harga RM22,790 dan RM29,800 (harga asas beserta GST).

KTM Malaysia dengan sukacitanya telah mengumumkan bahawa mereka telah secara rasminya memperkenalkan motosikal KTM RC 250 dan KTM RC 390 2017 yang terbaru untuk pasaran Malaysia. Saudara ber-reraup penuh bagi motosikal KTM 390 Duke dan juga KTM 250 Duke kini boleh didapati di sini untuk keseronokan muktamad di dalam dan luar litar.

Semenjak pengenalan siri RC yang pertama pada tahun 2014 dan 2015, KTM telah mempertingkatkan lagi pakej perlumbaan yang mengagumkan ini dengan menerapkan DNA “Ready to Race” mereka pada tawaran RC terkini mereka. Jika anda ingin mencari jentera ringan yang merupakan antara yang terbaik, dan juga paling hampir dengan jentera Moto3 yang digunakan dalam siri MotoGP, rangkaian KTM RC 2017 yang baru ini adalah pilihan terbaik anda.

KTM RC 250 2017 – RM22,790 (harga asas beserta GST)

Motosikal KTM RC 250 2017 serba baru ini dilengkapi dengan pakej rupa paras yang serupa seperti generasi yang sebelumnya tetapi memandangkan ianya KTM, ia pasti didatangkan dengan pelbagai pengemaskinian untuk pengalaman penunggangan yang dipertingkatkan.

Bermula dengan casisnya, motosikal RC 250 2017 yang terkini dilengkapi dengan kerangka keluli trellis yang direka semula yang ringan dengan ergonomik penunggangan dan prestasi dinamik yang dipertingkatkan. Bagi memastikan yang motosikal RC 250 yang baru ini mampu menangani ke semua selekoh, ‘rake‘-nya telah dipertajamkan hingga ke 23.5 darjah.

Ini bermakna yang motosikal KTM RC 250 2017 terbaru ini dilengkapi dengan ‘trail‘ dan jarak roda keseluruhan yang lebih pendek. Digabungkan dengan kelegaan tanah yang lebih tinggi, RC 250 yang baru ini lebih lincah daripada sebelum ini dan ianya bermakna yang anda mampu mengendali selekoh yang tajam dengan lebih tepat.

Fork hadapannya juga telah menerima pengemaskinian prestasi berupa sebuah unit fork terbalik 43mm WP Suspensions. Ianya diameter fork yang sama digunakan dalam motosikal KTM RC 8 R 173hp, salah sebuah motosikal janaan-V2 paling berkuasa di dunia. Ia membekalkan pengendalian yang jitu beserta dengan kestabilan yang unggul walaupun ketika membrek dengan kuat.

Pada bahagian belakangnya pula, KTM RC 250 yang baru ini kini didatangkan dengan satu penyerap hentakan belakang pra-muatan boleh laras WP Suspensions yang dipaut terus pada lengan ayun aluminium tempa bagi meningkatkan lagi kestabilan.

Dari segi kuasa dan torknya, enjin 248.8cc satu silinder, sejukan cecair, DOHC ini telah dilengkapkan dengan suntikan bahanapi elektronik dan sebuah ekzos yang mwnghasilkan 31hp pada 9,000rpm dan 24Nm tork maksima pada 7,250rpm.

Ia menjadi lebih menarik apabila digandingkan dengan sistem klac ‘slip-and-assist‘ serba baru dengan transmisi enam kelajuan yang membantu mengurangkan kuncian dan lompatan tayar belakang dengan baik sekali sewaktu menukar ke gear yang lebih rendah semasa pembrekan yang kuat. Tambahan lagi, mekanisma yang baru ini juga membantu dengan agihan kuasa yang jauh lebih baik di samping membekalkan sentuhan yang ringan dan lancar semasa menggunakan tuil klac.

Dengan prestasinya yang ekstrim, ianya memerlukan pakej pembrekan yang boleh diharap. Bagi mengimbangi kuasanya itu, motosikal RC 250 yang baru ini dilengkapkan dengan sistem brek keseluruhan Bybre yang merupakan sebuah jenama yang dihasilkan bersama dengan pakar brek yang terkenal, Brembo. Bahagian hadapannya dikendalikan dengan sebuah cakera brek 230mm dengan sebuah angkup terapung satu omboh mengendalikan bahagian belakangnya. Satu unit ABS dwi-saluran dilengkapkan sebagai kelengkapan standard.

KTM Malaysia telah menilaikan motosikal KTM RC 250 2017 terbaru ini pada harga RM22,790 (harga asas beserta GST).

KTM RC 390 – RM29,800 (harga asas beserta GST)


Berminat dengan motosikal KTM RC 250 2017 tetapi inginkan lebih kuasa dan tork? Anda tidak perlu risau kerana adanya KTM RC 390 2017. Dilengkapi dengan casis revolusinari yang sama beserta dengan ‘trail‘ dan jarak antara roda yang lebih pendek beserta dengan kelegaan tanah yang lebih tinggi, menangani selekoh dan jalan yang bersimpang-siur pasti lebih menyeronokkan.

Didatangkan dengan pakej suspensi yang sama seperti yang terdapat pada motosikal RC 250 yang baru itu, motosikal KTM RC 390 2017 ini dilengkapi dengan fork hadapan terbalik 43mm WP yang sama menakjubkan serta dengan sebuah penyerap hentakan belakang pra-muatan boleh laras bagi menangani sebarang kecelaan jalan dengan mudah sekali.

Tarikan paling utama bagi motosikal KTM RC 390 2017 ini sudah pasti merupakan enjinnya yang tercanggih itu. Enjin DOHC, satu silinder, 375cc dilengkapkan dengan omboh yang ditempa dan silinder disadur Nikasil bersama dengan sebuah ekzos pautan sisi yang baru yang menghasilkan 44hp dan 33Nm tork maksima. Digandingkan pula dengan klac ‘slip-and-assist‘ baru, ke semua kuasa dan torknya itu dikawal menggunakan sistem ‘Ride-by-Wire’ bagi memastikan agihan kuasa dan kawalan yang lancar.

Kuasa yang lebih besar memerlukan daya henti yang lebih baik. Pada RC 390 baru ini, sepasang cakera brek hadapan 320mm dengan angkup terapung empat omboh bersama dengan sebuah cakera brek 230mm mirip seperti yang terdapat pada RC 250. Dan telahkah kami nyatakan yang breknya ini dihasilkan bersama dengan Brembo?

Motosikal KTM RC 390 2017 terbaru ini telah dinilai pada harga RM29,800 (harga asas beserta GST). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian KTM RC 2017 terbaru ini, kunjungilah mana-mana pengedar KTM rasmi yang terletak di seluruh negara. Jika anda rasa anda “Ready to Race”, rangkaian KTM RC yang baru ini sudah pasti akan memberikan anda keterujaan yang tidak terhingga.

Galeri Gambar KTM RC 250 2017


Galeri Gambar KTM RC 390 2017


Anda lebih meminati motosikal naked? Bacalah ulasan tunggang uji KTM 390 Duke 2017 kami dengan MENEKAN SINI!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]