Honda Asian Journey 2017 – Pengembaraan Diteruskan!

 

  • Boon Siew Honda akan mengadakan Honda Asian Journey 2017, pengembaraan kali kedua seumpamanya yang akan bermula dari 26 Oktober 2017 hingga 29 Oktober 2017.
  • Bersempena dengan pusingan MotoGP tahun ini di Litar Antarabangsa Sepang, lebih daripada 600 orang penunggang dari Malaysia, Indonesia, Vietnam, Filipina, dan India akan mengambil bahagian.
  • Tujuan utama acara Honda Asian Journey ini adalah untuk mempromosikan ke semua rangkaian motosikal besar Honda bermula dari motosikal dwi-sukan Honda CR250 2017 sehinggalah kepada motosikal berkuasa tinggi CBR1000RR.


Bersempena dengan Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix tahun ini yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang dari 27 Oktober 2017 hingga 29 Oktober 2017, Boon Siew Honda akan mengadakan sebuah acara konvoi besar-besaran buat kali kedua seumpamanya, Honda Asian Journey 2017.

Tujuan penunggangan ini adalah untuk mempromosikan rangkaian motosikal besar jenama berkenaan serta menimbulkan kesedaran mengenai ke semua motosikal berprestasi tinggi yang ditawarkan oleh Honda. Untuk tahun ini para peserta dari Indonesia, Vietnam, Filipina, dan India akan menyertai keseronokan serta keriangan ini.

Dalam acara konvoi Honda Asian Journey yang pertama yang telah mereka anjurkan pada tahun lalu, para peserta telah menikmati perjalanan selama lima hari dari Phuket, Thailand, di mana mereka diberikan peluang untuk mempertingkatkan kemahiran menunggang dengan menyertai Honda Safety Riding Park yang dimiliki oleh AP Honda Thailand pada hari pertama perjalanan.

Pelbagai motosikal bermula dengan Honda Africa Twin hinggakan ke skuter futuristik NM4 telah tersedia buat para peserta untuk ditunggang uji bagi merasakan sendiri betapa bagusnya prestasi motosikal-motosikal berkenaan di samping mengasah kemahiran menunggang masing-masing di fasiliti berkenaan. Konvoi ini kemudiannya meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang di mana Boon Siew Honda menjadi tuan rumah sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Selatan tanah air bagi menyertai acara MotoGP tahunan.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Honda Asian Journey pada tahun lalu, anda boleh membaca mengenai catatan perjalanan di sini bermula dengan Hari Satu, Hari Dua, dan Hari Tiga, Empat, dan Lima.

Bagi menjadikan konvoi Honda Asian Journey 2017 ini lebih istimewa dan lebih hebat, Boon Siew Honda telah menyasarkan lebih daripada 600 orang peserta dengan menyertakan sejumlah besar pemilik motosikal supercub Honda RS150R untuk turut serta pada tahun ini. Semestinya ianya satu pemandangan menakjubkan, melihat ratusan motosikal Honda sejauh mata memandang.

Bermula dari 26 Oktober 2017 hingga ke 29 Oktober 2017, penunggangan itu akan bermula dari Melaka dan akan menuju ke Genting Highlands. Ini akan memberikan para peserta pelbagai peluang untuk mencuba berbilang jenis motosikal besar Honda yang berbeza di lebuhraya yang panjang serta di jalan raya yang bersimpang-siur pada ketinggian yang berbeza. Dan dari satu sumber yang boleh kami percayai juga telah memaklumkan pada kami yang sebuah motosikal Honda CBR1000RR yang istimewa dan serba baru akan membuat kemunculannya bagi memeriahkan lagi suasana yang amat menyeronokkan ini.

Motosikal-motosikal lain daripada rangkaian Premium, Sport, dan Lifestyle Boon Siew Honda juga akan turut menyertai perarakan besar-besaran ini bermula dengan motosikal Honda Rebel 500 2017 sehinggalah motosikal Honda CRF250 yang kekar. TEKAN SINI untuk membaca liputan kami mengenai pelancaran Honda Rebel 500 2017 dan SINI bagi pelancaran Honda CRF250L / CRF250 Rally 2017.

Pengembaraan ini sudah tentu sekali akan berakhir di pusingan MotoGP Sepang pada tahun ini di mana para peserta akan datang menyertai peminat tegar Honda yang lain dalam mempamerkan sokongan mereka buat pasukan dan penunggang terutamanya bagi Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda yang sedang mendahului kejuaraan dunia MotoGP 2017. Sebuah kawasan Grandstand khas telah ditempah bagi para peserta konvoi Honda Asian Journey ini.

Sumber imej: MotoGP

Motosikal besar, sahabat handai serta kenalan yang hebat beserta dengan penunggangan yang mengujakan menuju ke pusingan MotoGP di Sepang. Itulah yang telah dijanjikan oleh Honda Asian Journey. Jika anda rasakan yang konvoi tahun lalu sudah cukup gempak, ianya pasti lebih mengagumkan pada tahun ini.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]