Lorenzo Berang Dengan Pintasan Yang Dibuat Oleh Zarco

  • Jorge Lorenzo tidak berpuas hati dengan Johann Zarco.
  • Lorenzo telah mengatakan bahawa Zarco telah bertindak terlampau agresif.
  • Zarco mempertahankan tindakannya itu dengan mengatakan yang ianya hanyalah sebahagian daripada adat perlumbaan.

Jorge Lorenzo berasa amat tidak berpuas hati dengan pintasan yang telah dilakukan oleh Johann Zarco terhadapnya ketika pada tahap permulaan
perlumbaan GP Jepun yang telah berlangsung pada hujung minggu lalu. Pada pandangannya, tindakan yang telah diambil oleh Juara tiga kali Moto2 itu amat merbahaya, dan telah menyebabkan pertembungan di selekoh keluar.

Lorenzo menyifatkan tindakan Zarco itu bagaikan dia sedang bermain konsol Playstation. “Anda telah melihat sendiri apa yang terjadi,” ujar Lorenzo. “Ianya bukan kali pertama dia melakukan perkara sebegini – bukan sahaja pada saya malah dengan dua atau tiga orang penunggang yang lain. Namun dia tetap melakukannya seperti dia sedang bermain di konsol Playstation sewaktu “time attack“, seperti tiada orang lain yang berada di sampingnya; teramat agresif. Saya telah pergi berjumpanya tetapi dia tidak memahami yang dia telah lakukan adalah sesuatu yang tidak baik dan dia tidak akan berubah. Seseorang perlu menasihatinya untuk lebih bertenang. Dia fikir yang dia betul dan tidak melakukan sebarang kesalahan, dan yang anda atau kami perlu berhati-hati – dan bukannya dia yang perlu bertenang. Saya ingin berbicara dengan Suruhanjaya Keselamatan untuk mengetahui apa yang boleh kami lakukan, kerana sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku pada masa akan datang.”

Lorenzo mungkin sekali merujuk pada satu insiden yang berlaku di Austin pada tahun ini, walaupun ianya merupakan Valentino Rossi yang telah menjadi mangsa ‘keagresifan’ Zarco.

“Saya berasa yakin dengan bahagian hadapan saya jadi di Selekoh 9 saya boleh menyerang”, terang penunggang dari Perancis itu. “Kemudiannya dia cuba untuk kekal di bahagian luar tetapi sewaktu saya keluar dari selekoh itu saya tidak nampak akan dia, saya tidak merasakan yang dia boleh berada di situ dan kami bertembung kerana pemecutan saya dan saya kekal di haluan saya dan kami telah bertembung sesama sendiri. Ianya satu pertembungan yang agak kuat tetapi ianya sesuatu yang biasa berlaku dalam perlumbaan. Oleh kerana saya berada di bahagian dalam, saya mempunyai kelebihan. Tiada siapa yang terbabas dan ianya sesuatu yang baik.”

Zarco telah bermula dari petak pertama, buat kali kedua untuk dririnya pada tahun ini, namun telah tercicir ke belakang dan menamatkan perlumbaannya di tempat yang ke-lapan. Lorenzo telah mengalami masalah dengan cengkaman tayar belakang pada permulaannya namun telah berjaya mengerah tenaganya bagi menamatkan perlumbaan berkenaan di tempat yang ke-enam.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]