Loncin DS8 2018 – Memperkenalkan BMW G 650 GS “China”!

 

  • Pengeluar motosikal China, Loncin, telah memperkenalkan motosikal kembara kelas pertengahan mereka yang digelar Loncin DS8 2018.
  • Melihat pada pakej keseluruhannya, motosikal DS8 ini mempunyai banyak persamaan apabila dibandingkan dengan motosikal BMW G 650 GS yang telah dihentikan pengeluarannya.
  • Dijana oleh enjin dwi silinder 651cc yang sama, motosikal DS8 ini dikatakan akan menghasilkan 50hp dan 50Nm tork.


Ketika berlangsungnya China International Motorcyle Trade Exhibition (CIMA Motor Show), pengeluar motosikal China sekali lagi telah memperagakan sebuah motosikal yang amat dikenali yang diberi nama Loncin DS8 2018. Apa yang kami maksudkan di sini adalah ianya saling tidak tumpah seperti sebuah motosikal kembara BMW G 650 GS.

Menurut satu laporan yang telah dibuat oleh Visordown, Loncin mempertaruhkan pakej motosikal kembara berdasarkan pengalaman mereka dalam membina serta menghasilkan enjin 650cc untuk BMW G 650 GS yang telah pun dihentikan pengeluarannya. Jelas sekali mereka yang berada di Loncin merasakan yang masih banyak yang boleh mereka lakukan dengan aturcara motosikal sebegitu.

Dirumahkan pada kerangka keluli bertiub yang disambungkan pada sebuah lengan ayun aluminium, sukar untuk dinafikan yang motosikal ini tampak hebat sekali terutamanya dalam kemasan warna guntemetal matte-nya itu. Dari satu sudut, motosikal Loncin DS8 ini mengingatkan kami kepada motosikal Benelli TRK 502 2017, versi yang lebih ramping.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Benelli TRK 502 2017, TEKAN SINI.

Ini juga bermakna yang walaupun rekaannya tampak baik, ianya lebih kepada satu pendekatan yang selamat apabila berkatakan tentang rupa yang mana ianya boleh diterima dengan mudah oleh orang ramai dan juga penggemar ADV. Selain daripada hakikat yang ianya didatangkan dengan ABS, fork USD dan rim sukan yang dilitupi dengan tayar jalanan, ianya mungkin sekali menyeronokkan untuk ditunggang di atas jalan raya tetapi kebolehan serta prestasinya apabila meneroka jalan yang tidak berturap masih lagi belum diketahui.

Seperti motosikal BMW G 650 GS, motosikal DS8 2018 ini menghasilkan 50hp dan 50Nm tork yang mana sepatutnya mencukupi bagi menawarkan kuasa bersiar-siar yang lancar di atas lebuh raya. Berat motosikal ini pada tahap 198kg itu adalah agak baik tetapi tidaklah mengagumkan.

Motosikal DS8, seperti mana motosikal naked HR7 dari Loncin, masih belum diketahui akan tarikh pengilangannya atau pun bila ianya boleh didapati di luar China. Mereka mempunyai pakej permulaan yang baik namun jika ingin ke aras yang seterusnya, mereka perlu melengkapkannya dengan sesuatu yang istimewa apabila mereka memulakan pengeluarannya.

Loncin HR7

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Loncin HR7 500 2018 yang mempunyai persamaan dengan motosikal Honda CB500F 2017, TEKAN SINI.

Sumber: Visordown

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.