CrossHelmet X1 – Penglihatan 360 Darjah

 

  • CrossHelmet X1 mendakwa yang ianya bayangan rupa helmet pada masa hadapan.
  • Bercirikan HUD ‘built-in’, Bluetooth, kamera pandang belakang, dan pemprosesan bunyi persekitaran.
  • Projek CrossHelmet X1 ini dibiayai awam melalui Kickstarter.

Di mana syarikat helmet tradisional masih kekal menghasilkan helmet yang mempunyai rekaan dan ciri-ciri yang terbukti berkesan, tumpuan mereka itu telah membuka ruang buat syarikat ‘bebas’ untuk menghasilkan helmet dengan ciri-ciri yang dielakkan oleh syarikat-syarikat tradisional ini. Kenyataan itu bukanlah bermakna yang kami menyindir mereka, tetapi, yang kami maksudkan adalah helmet-helmet mereka ini mempunyai ciri yang luar dari kebiasaan.

Sebuah syarikat yang bertapak di Tokyo bernama Borderless Inc. baru sahaja melancarkan satu kempen Kickstarter untuk helmet pintar mereka,
CrossHelmet X1. Jadi, apakah keistimewaan yang ada pada helmet bergaya angkas lepas ini? Ianya bukan sahaja bercirikan hubungan Bluetooth yang
diterapkan, malah juga mempunyai kawalan bunyian persekitaran dan paparang pandang hadapan (Heads-Up Display – HUD) yang didakwa oleh mereka memberikan pandangan 360 darjah.

Ciri-cirinya mungkin kedengaran serupa seperti helmet Skully AR-1 (yang kini di tangan pelabur yang baru – TEKAN SINI untuk membaca dengan lebih lanjut), tetapi CrossHelmet X1 ini mempunyai beberapa ciri-ciri tambahan yang menonjol.

HUD-nya bukanlah kelengkapan yang dipalam atau ‘plug-in’, tetapi ianya berintegrasi dengan segala teknologi helmet berkenaan. Kamera pandang
belakangnya menawarkan pandangan 170 darjah yang mana ianya diganding bersama pelindung muka hadapan bagi membekalkan pandangan pinggiran tambahan sebanyak 30 darjah. Selain itu, HUD-nya memaparkan pelbagai maklumat seperti kelajuan, arah kompas, cuaca, masa, dan juga navigasi di atas sebuah lensa dwi fokus yang boleh dilipat.

Aplikasi telefon pintar CrossHelmet X1 memberikan capaian kepada ciri-ciri helmet berkenaan. Anda boleh mendengar muzik, membuat atau menerima panggilan, dan juga ‘Group Talk’ seperti mana yang boleh anda lakukan sekiranya anda memautkan peranti komunikasi Bluetooth.

Istimewa pada helmet CrossHelmet X1 pada waktu ini adalah “CrossSound Control” – sistem kawalan bunyi yang telah dipatenkan. Ianya telah direka bagi mengurangkan atau meningkatkan lagi bunyi sekeliling, bergantung pada keperluan penunggang melalui aplikasi telefon pintar. Algoritmanya dikatakan boleh menapis bunyi jalan, enjin dan juga angin, pada masa yang sama membenarkan bunyi-bunyi yang penting seperti bunyi brek dan juga siren kecemasan. Walaupun SENA telah pun dalam usaha membangunkan helmet Momentum INC (Intelligent Noise-Control) Pro mereka sendiri, CrossHelmet merupakan yang pertama berjaya ke tahap pengeluaran dengan teknologi kawalan bunyi.

Bukan itu sahaja, “sidepod” helmet itu juga mempunyai pelekat kapasitif yang juga bertindak sebagai panel sentuhan. Gerak isyarat yang tertentu akan mengaktifkan fungsi yang tertentu, sama seperti sebuah telefon pintar.

Terdapat juga jalur lampu LED pada “sidepod”nya itu, yang berfungsi sebagai lampu kedudukan untuk keselamatan.

Ke semua teknologi ini diproses oleh pemproses Dual Core Cortex A9 1.2GHz, yang dijana oleh bateri lithium-seramik berkeadaan pepejal yang selamat.

https://youtu.be/gmybg6_68co

Dan oleh sebab itu, helmet CrossHelmet X1 ini bukannya murah, berharga $1,799 (kira-kira RM7,600). Anda boleh layari laman sesawang Kickstarter mereka DI SINI, jika anda ingin membuat pelaburan. Unit yang pertama dijangka akan dihantar pada musim luruh atau sejuk 2018.

Helmet CrossHelmet X1 telah lulus standard ECE, DOT, dan JIS.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]