KTM 250 Duke Dan KTM 390 Duke Dilancarkan! – Harga Bermula Dari RM21,730

  • Motosikal KTM 250 Duke dan KTM 390 Duke telah dilancarkan pada malam ini.
  • KTM 250 Duke telah diletakkan harganya bermula dari RM21,730 (harga asas beserta GST).
  • KTM 390 Duke telah diletakkan pada harga bermula dari RM28,800 (harga asas beserta GST).

 
One City USJ, 26 September 2017 – Motosikal KTM 250 Duke serta KTM 390 Duke telah pun dilancarkan dengan sambutan yang hebat pada malam ini.

Pelancaran KTM 200 Duke pada tahun 2012 telah menyebabkan satu sensasi yang begitu hebat sekali dalam pasaran motosikal lumba ‘naked‘ berkapasiti kecil. Ianya kerana ia telah menandakan kemunculan sebuah motosikal yang berprestasi dari segi kelajuan (bagi sebuah motosikal 200cc), pengendalian dan daya henti, dilitupi dengan kerangka dan badan yang amat berbeza daripada motosikal sebelum ini.

Motosikal KTM 390 Duke telah dilancarkan sejurus selepas itu, dengan sambutan yang lebih hangat, diikuti dengan KTM 250 Duke, yang mempunyai ciri-ciri yang lebih cenderung kepada perlumbaan seperti “slipper clutch“.

Sejak itu, saingan KTM telah melancarkan model-model untuk menandingi kejayaan Duke, menyebabkan KTM untuk mengubah semula motosikal Duke yang lebih kecil ini.

KTM Malaysia telah melancarkan motosikal 1290 Super Duke R yang baru pada awal tahun ini, dan sewaktu itulah munculnya gambar-gambar yang tersebar di atas talian internet menunjukkan motosikal Duke berkapasiti kecil yang baru.

Daripada menggunakan acuan yang sama merentasi keseluruhan rangkaiannya, KTM sebaliknya telah mengambil langkah bagi memberikan kedua-dua 250 dan 390 ini rupa yang baru untuk identiti baru mereka ini. Tetapi, pada masa yang sama, penggayaan kedua-dua model ini masih kekal seiras-iras rupa rangkaian Duke itu.

KTM 250 DUKE

Motosikal 250 Duke yang baru ini telah menerima apa yang KTM sebut sebagai “… lebih daripada sekadar perubahan semula yang agresif.”

KTM telah memberikan motosikal KTM 250 Duke yang baru ini sebuah lampu hadapan yang direka serba baru, yang mengingatkan kita kepada KTM 1290 Super Duke R 2014.

Penggayaan yang baru itu juga telah memberikannya tangki bahanapi yang lebih besar (kini dengan 13.4 liter daripada 11.1 liter), pelana yang direka semula untuk tampak lebih ‘sporty‘ namun masih lagi selesa untuk penunggangan yang lebih jauh sama ada secara sendirian ataupun bersama pembonceng.

Pengeluar dari Austria itu berpegang teguh pada slogan “READY TO RACE” mereka, dan oleh sebab itu, prestasi sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Enjin satu silinder empat injap, DOHC, sejukan cecair, 248.8cc menghasilkan sejumlah 30hp, yang mana ia diagihkan melalui kotak gear enam kelajuan dan klac “slip-and-assist” untuk kemasukan selekoh yang lebih lancar. wasap yang terhasil dikeluarkan menggunakan sistem ekzos yang baru.

Ia dilengkapi dengan fork terbalik WP, namun kini bercirikan kartrij-terbuka (open-cartridges). Kelebihannya adalah ianya lebih ringan dan mudah diselenggara oleh kerana bahagiannya yang sedikit sahaja.

Kerangka dan sub-rangka ‘bolt-on‘ juga baru.

Kerangka keluli trellisnya yang ringan itu juga dikemaskini. Jarak rodanya 10mm lebih pendek bagi membolehkan kelincahan yang lebih baik, manakala pelana penunggangnya kini 30mm lbih tinggi pada 830mm.

Spesifikasi Teknikal

ENGINE
Engine type Liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valves, single-cylinder
Compression ratio 12.6 : 1
Bore X Stroke 72.0 mm X 61.1 mm
Displacement 248.8 cc
Fuel system Bosch electronic fuel injection
Maximum power 30 bhp (23 kW) @ 9000 RPM
Maximum torque 24 Nm @ 7250 RPM
TRANSMISSION  
Clutch PASC slipper clutch
Gearbox 6-speed
CHASSIS
Front suspension WP 43mm USD forks, 142 mm travel
Rear suspension WP single shock, adjustable for preload, 150 mm travel
Front brakes Single 300 mm disc, single-piston radially mounted caliper
Rear brake Single 230 mm disc, single-piston floating caliper
ABS Bosch MB9.1 Two channel
Front tyre 110/70-ZR17
Rear tyre 150/60-ZR17
FRAME & DIMENSIONS
Frame Steel trellis
Swingarm Two-sided, cast aluminium
Trail 95 mm
Rake 25 degrees
Wheelbase 1357 mm
Seat height 830 mm
Dry weight 147 kg
Fuel capacity 13.4 litres
KTM 390 Duke

Motosikal KTM 390 Duke yang baru juga telah dikemaskini secara serupa, tetapi perubahannya lebih meluas.

Ia telah mengambil rupa paras keseluruhan saudaranya – KTM 1290 Super Duke R2017. Lampu hadapannya mengambil inspirasi terus daripada motosikal berkenaan lengkap dengan lampu nyalaan siang LED yang terbahagi dua dengan lampu hadapan. Tangki bahanapi serta rusuknya telah dikemaskini bagi memberikannya rupa paras yang lebih garang.

KTM 390 Duke ini juga telah didatangkan dengan ciri-ciri gugusan instrumen pelbagai fungsi, pelbagai warna mirip dengan 1290 Super Duke R. Paparannya melaraskan cahayanya secara automatik bergantung pada pencahayaan sekeliling. Ia juga dilengkapi dengan ciri hubungan Bluetooth pada telefon pintar dan kini boleh dikawal dari suis pada palang pemegang.

Tetapi, yang paling penting sekali adalah segala perubahan yang berlaku di bawah panel badan motosikal itu.

Model terbaru ini kini bercirikan pendikit ‘Ride-by-Wire‘, bagi memberikannya tindak balas pendikit yang lebih lancar. Enjin satu silinder, empat injap, DOHC, sejukan cecair 390cc itu telah dinaik taraf bagi menghasilkan 44hp yang menakjubkan dan 37Nm tork.

Selain itu, klac “slip-and-assist” juga dilengkapkan pada 390 Duke yang baru ini, berbanding dengan model sebelum ini. Fungsi “slip” itu menghapuskan gegaran tayar belakang sewaktu penurunan gear secara agresif, manakala fungsi “assist” pula membantu meringankan tarikan tuil klac, selain bertindak sebagai servo kendiri yang memberikan lebih tekanan ke atas plat sewaktu memecut bagi memastikan kuasanya teragih sepenuhnya pada transmisi.

Komponen enjin dan casisnya itu kemudiannya dipaut pada kerangka dan sub-rangka ‘bolt-on‘nya.

Dengan peningkatan kuasanya, KTM tidak melupakan tentang daya hentinya. Motosikal yang baru itu kini bercirikan cakera brek hadapan yang lebih besar, 320mm beserta dengan sistem ABS Bosch.

Spesifikasi Teknikal

ENGINE
Engine type Liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valves, single-cylinder
Compression ratio 12.6 : 1
Bore X Stroke 89.0 mm X 60.0 mm
Displacement 373.2 cc
Fuel system Bosch electronic fuel injection
Maximum power 44 bhp (32 kW) @ 9000 RPM
Maximum torque 37 Nm @ 7000 RPM
TRANSMISSION  
Clutch PASC slipper clutch
Gearbox 6-speed
CHASSIS
Front suspension WP 43mm USD forks, 142 mm travel
Rear suspension WP single shock, adjustable for preload, 150 mm travel
Front brakes Single 20 mm disc, single-piston radially mounted caliper
Rear brake Single 230 mm disc, single-piston floating caliper
ABS Bosch MB9.1 Two channel
Front tyre 110/70-ZR17
Rear tyre 150/60-ZR17
FRAME & DIMENSIONS
Frame Steel trellis
Swingarm Two-sided, cast aluminium
Trail 95 mm
Rake 25 degrees
Wheelbase 1357 mm
Seat height 830 mm
Dry weight 149 kg
Fuel capacity 13.4 litres

Galeri Gambar

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]