Motosikal Buatan Khas Dari Shawn Seelan Creations UNTUK DIJUAL!

 

  • Pembina motosikal terkenal tempatan, Shawn Seelan dari Shawn Seelan Creations ingin menjual hampir ke semua motosikal buatan khasnya.
  • Motosikal buatan khas yang terdiri daripada Honda Ruckus yang dikhususkan hinggalah Honda Motocompo dalam keadaan asli dan Suzuki Choi Nori, ke semuanya semestinya adalah motosikal yang teramat unik terutamanya di Malaysia ini.
  • Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal-motosikal yang dijual, layarilah laman Facebook rasmi Shawn Seelan Creations dan bersedialah untuk berasa kagum.


Shawn Seelan dari Shawn Seelan Creations (sebahagian daripada Custom Cartel) kini sedang menjual beberapa buah ciptaan kesayangannya bagi mereka yang berminat untuk memiliki salah sebuah (atau pun lebih) motosikal buatan khasnya. Menurut laman Facebook rasmi Shawn Seelan Creations, pembina motosikal terkenal tempatan itu akan menjual ke semua motosikal kesayangannya kecuali beberapa buah motosikal yang teramat istimewa.

Shawn Seelan telah pun melibatkan dirinya dalam beberapa buah projek pengkhususan yang berbeza sejak sekian lama. Mempunyai reputasi dan disanjungi dalam kancah pengkhususan negara, pemuda ini juga turut dipilih oleh Boon Siew Honda untuk mengkhususkan motosikal ikonik mereka, Honda EX5 Dream bagi festival Art of Speed Malaysia tahun ini. Hasilnya? Sebuah Honda EX5 Dream yang dikhususkan, bergelar “Raijin” atau juga dikenali sebagai “Dewa Halilintar”.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Honda EX5 Dream yang dikhususkan hasil kerja tangan Shawn Seelan sendiri, TEKAN SINI.


Dalam senarai motosikal yang akan dijualnya (dan ianya satu senarai yang panjang juga), terdapat empat buah Honda Ruckus untuk dijual yang mana ianya pada asalnya merupakan skuter Honda Zoomer yang telah dikhususkan menjadi karya seni beroda yang menakjubkan. Motosikal-motosikal ini telah dipanjangkan bagi mendapatkan rupa ‘low rider‘ beserta dengan pelbagai warna yang terang dan menarik menanti bakal pemiliknya.

Selain daripada Honda Ruckus, Shawn Seelan Creations juga turut menjual beberapa buah motosikal Honda Motocompo yang telah dibaik pulih ke keadaan aslinya. Motosikal-motosikal mini ini telah dikekalkan hampir serupa dengan keadaan asalnya seperti mana ianya mula keluar dari bilik pameran pada awal tahun 80-an yang lalu. Anda pasti mengingininya seperti mana kami mengingininya juga.

Motosikal-motosikal lain yang tersenarai untuk dijual adalah beberapa buah Suzuki Choi Nori (keadaan asal), Honda Gorilla 50cc (khusus), Honda Monkey 50cc (keadaan asal), motosikal scrambler yang tidak dikenali dari New Zealand (khusus beserta dengan bahagian dalaman perlumbaan sepenuhnya), Honda EX5 Dream (SUPER CUSTOM dan juga motosikal yang memenangi anugerah) dan juga sebuah Demak Spark atau juga dikenali sebagai “The Monster” (dikhususkan penuh).

Jika diikutkan hati kami, ingin sahaja kami mendapatkan semuanya untuk diri sendiri. Tetapi, ciptaan seindah ini lebih baik sekiranya dikongsi bersama-sama serta dapat menggembirakan lebih ramai lagi orang lain selain kami yang berada di sini di MotoMalaya dan Bikes Republic.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh layari laman Facebook rasmi Shawn Seelan Creations atau hubungi Shawn Seelan di talian +6010-7749389. Bagi melihat pos asalnya, TEKAN SINI (untuk motosikal Honda Ruckus) dan SINI (untuk motosikal khusus yang lain).

Inilah masanya sekiranya anda ingin memiliki motosikal buatan khas yang istimewa, lebih-lebih lagi hasil karya salah seorang pembina terkemuka negara, Shawn Seelan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembina motosikal tempatan yang disegani, Shawn Seelan, TEKAN SINI untuk membaca artikel oleh laman saudara kami di Bikes Republic.

Leave a Reply