Honda EX5 Dream Fi Buatan Khas Ciptaan Shawn Seelan Creations – “Dewa Halilintar”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Sewaktu festival Art of Speed Malaysia 2017 baru-baru ini, terdapat sebuah Honda Dream Fi buatan khas yang amat istimewa telah diperagakan di ruangan pameran Boon Siew Honda.
  • Dicipta oleh Shawn Seelan dari Shawn Seelan Creations, Honda EX5 buatan khas yang renek, garang, dan cantik digelar “Raijin” atau “Dewa Halilintar” telah dicipta bersempena dengan ulangtahun ke-30 Honda.
  • Dilengkapi dengan padat dengan kelengkapan khusus dan juga moden, kapchai buatan khas ini menarik perhatian ramai dengan rupa parasnya yang mengancam yang juga memberi penghormatan kepada motosikal yang hebat, Honda C70 cub.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sewaktu festivat Art of Speed Malaysia 2017 baru-baru ini,  kita telah bernasib baik dapat menyaksikan begitu banyak motosikal buatan khas yang dibina oleh pembina yang ghairah daripada serata pelusuk Malaysia dan ada juga yang datang dari luar negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengeluar motosikal ternama seperti Ducati, Triumph dan banyak lagi juga turut menyertai perhimpunan mega “Kustom Kulture” ini dengan pelancaran produk baru serta jentera cantik yang mengasyikkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Salah satu penglibatan terbesar untuk Art of Speed tahun ini adalah Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH). Selain daripada pelancaran rasmi motosikal cruiser Honda Rebel 500 2017, mereka telah mengorak langkah dalam satu perjalanan istimewa bagi mendekati kancah pengkhususan dan gaya hidup ini di dalam negara kita.

https://www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda/videos/1310917529005454/

Beserta dengan cogan kata “Ini Gaya Kami” (This is our style), mereka telah memberi tugas kepada empat pembina motosikal buatan khas ternama dari seluruh negara untuk mengkhususkan tiga buah Honda MSX 125 dan sebuah Honda EX5 Dream Fi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walaupun ciptaan-ciptaan khusus ini telah pun menarik minat ramai pengunjung ke ruangan Boon Siew Honda dengan memperagakan kreativiti para pembina yang telah diterjemah di atas jentera yang sudah sedia hebat, mereka mengejutkan semua orang dengan satu lagi ciptaan pengkhususan tambahan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ianya sebuah motosikal Honda EX5 Dream Fi yang tampak agak biasa-biasa sahaja, namun, seperti apa yang dapat dilihat dalam gambar, ada perbezaannya, yang membuatnya tampak begitu menawan. Ianya merupakan hasil kerja tangan pembina mahir yang bernama Shawn Seelan dari Shawn Seelan Creations.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Digelar “Raijin” atau “Dewa Halilintar”, EX5 ini dibina bagi mencuri tumpuan ramai (dan ia melakukannya dengan jayanya) dan memukau sesiapa sahaja yang melihat si buas yang direndahkan ini. Pendekatan yang minimalistik digandingkan dengan rupa yang garang adalah apa yang telah diinginkan oleh Shawn bagi mencipta impak yang besar di dalam komuniti pengkhususan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apabila ditanya mengenai projek yang amat istimewa ini, Shawn menerangkan kepada kami yang dia telah berinspirasi untuk mencipta sesuatu yang berbeza dengan Honda EX5 Dream Fi namun pada masa yang sama, dia ingin mengingatkan semua akan rupa paras klasik yang sering dikaitkan dengan motosikal Honda cub yang klasik seperti C70.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dimotivasikan oleh ulangtahun ke-30 motosikal EX5, Shawn sudah sedia tahu dalam fikirannya apa yang perlu dilakukan bagi menjadikan visinya satu realiti. Setelah sebulan membuat pengkhususan yang intensif, terhasillah “Raijin” dan ianya boleh dikatakan antara salah sebuah EX5 buatan khas yang paling menyerlah sepanjang zaman.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai “The Joy of 30 years”, TEKAN SINI.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam pembinaan motosikal itu dari mula, Shawn memutuskan yang motosikal EX5 ini perlulah memberi penghormatan kepada motosikal cub Honda C70 yang klasik dan ikonik. Oleh sebab itulah kita dapat lihat lampu hadapan bulat yang diterapkan dengan LED menghormati motosikal C70 yang juga dikenali oleh ramai orang lama sebagai “motor lampu bulat”.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengkhususannya tidak terhenti di situ sahaja kerana pembina mahir itu sendiri ingin melengkapkannya dengan lebih banyak kelengkapan moden yang premium pada jentera ikonik berkenaan. Apa yang lebih baik daripada fork hadapan terbalik yang membuatkan motosikal itu tampak rendah, garang, dan teramat laju walaupu dalam keadaan pegun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sementara kita melihat elemen-elemen lain pada motosikal ini, Shawn menerangkan yang banyak bahagian pengkhususan buatan tangan telah dicipta menggunakan teknologi potongan laser terkini yang telah dilengkapkan bagi menyerlahkan lagi rupa premium ciptaan khusus ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di antara ke semua bahagian, yang paling menonjol yang mengujakan hati kami sudah semestinya ‘suicide hand shifter’. Satu mekanisma yang cukup ringkas, namun apabila dilakukan dengan betul, ianya cukup memukau.bagi melengkapkan rupanya, Shawnmenggunakan skema warna hitam dan emas untuk kerangkanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Karya seni bergerak ini bagaimanapun, mempunyai kisah yang sedih ingin diceritakan. Sejurus selepas sudahnya acara ini, Shawn Seelan mengumumkan bahawa dia akan menangguhkan minat pengkhususan motosikal buat sementara waktu bagi menyambung pelajarannya di luar negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walaupun segala kerja mencipta jentera khusus yang mengagumkan di Shawn Seelan Creations telah ditangguhkan buat sementara waktu kerana tugas serta tanggungjawab yang lain, usahlah kita bimbang kerana seseorang seperti Shawn Seelan pasti akan kembali, lebih hebat dari sebelum ini dengan jentera yang lebih menakjubkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dan apabila ianya berlaku, kami di MotoMalaya dan juga saudara kami di Bikes Republic pasti akan setia menanti kerana kami pasti, sesiapa sahaja dengan keghairahan, kreativiti dan kemahiran seperti Shawn, sukar untuk ditidakkan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Shawn Seelan Creations, layarilah Laman Facebook Rasmi Shawn Seelan Creations.

https://www.facebook.com/367271850101294/photos/a.367277290100750.1073741826.367271850101294/789280814567060/?type=3&theater

Dengan sedikit nasib (dan juga wang), anda boleh menjadi pemilik bertuah salah sebuah ciptaan mengagumkannya yang kini dibuka untuk belian.

https://www.facebook.com/367271850101294/photos/a.555035974658213.1073741829.367271850101294/795959590565849/?type=3&theater

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]