ads

Triumph Motorcycles Malaysia Dengan Rasminya Melancarkan 3 Varian Terbaru Street Triple Bagi 2018!

  • Triumph Motorcycles Malaysia (Fast Bikes Sdn. Bhd.), pengedar rasmi Triumph di Malaysia, telah melancarkn tiga varian Triumph Street Triple terbaru; Street Triple S, Street Triple R, dan Street Triple RS.
  • Menggunakan enjin DOHC, 12-injap, sejukan cecair,tiga silinder 765cc yang diilhamkan dari enjin 675cc mereka yang digemari ramai.
  • Triumph Motorcycles Malaysia telah meletakkan harga bagi rangkaian Street Triple terbaru ini bermula dari RM52,900 (harga asas beserta GST).

Triumph Motorcycles Malaysia (Fast Bikes Sdn. Bhd.), yang merupakan pengimport, pengedar serta penaung bagi jenama motosikal Triumph di Malaysia telah dengan rasminya memperkenalkan tiga varian yang baru bagi motosikal Triumph Street Triple 2018 yang telah menjadi pujaan ramai.

Varian terbaru Street Triple ini telah meneruskan warisan motosikal Street Triple generasi sebelumnya yang menjadi kegemaran di kalangan penggemar motosikal yang inginkan sesuatu yang ringan serta lincah, dan pada masa yang sama, praktikal dan mesra pengguna.


Mula diperkenalkan pada tahun 2007, motosikal Street Triple telah dijulang sebagai antara motosikal ‘naked’ yang terbaik untuk kegunaan dalam bandar mahu pun di atas litar. Lebih daripada 50,000 unit generasi pertama Street Triple telah dijual di serata dunia, dan generasi terkini Street Triple ini mempertingkatkan lagi apa yang kelihatan seperti sebuah resepi yang sempurna.

Street Triple yang baru ini juga telah direka semula secara menyeluruh bagi menetapkan satu tanda aras yang baru dalam ke semua kategori. Rekaan bagi motosikal ‘naked’ yang baru ini kini tampak lebih agresif dan penuh berpewatakan.

Rekaan keseluruhan untuk Street Triple yang baru ini juga telah diperkemaskinikan  dengan struktur badan serba baru seperti penutup radiator luaran dan dalaman baru, madgad hadapan dan belakang yang baru, dan panel belakang badan yang baru.

Tiga varian telah diperkenalkan bagi pasaran Malaysia – Street Triple S, Street Triple RS, dan Street Triple Low Ride Height (LRH) yang mana ianya menawarkan sebuah pelana yang istimewa yang dipasang 300mm lebih rendah daripada pelana piawai.

Bercakap mengenai Triumph Street Triple S, R dan RS yang baru ini, Dato Razak al-Malique, Ketua Pegawai Operasi Fast Bikes Sdn. Bhd., berkata, “generasi motosikal Triumph Street Triple yang sebelum ini merupakan antara salah sebuah motosikal paling versatil dalam segmennya, ia menawarkan praktikaliti yang sempurna bagi mereka yang inginkan jentera tunggangan harian, dan ia mempunyai prestasi yang luar biasa untuk hujung minggu di atas litar. Motosikal Street Triple yang baru ini dibina atas formula yang sudah pun terbukti dan ia telah menjadikannya lebih baik lagi. Kami berasa yakin yang penunggang di Malaysia akan mendapati yang motosikal Street Triple ini cukup sesuai untuk keperluan mereka sama ada untuk berulang alik, mengembara, malah, buat wira hari litar pasti akan menyukai prestasi motosikal Street Triple S , R, dan RS yang baru ini.”

Triumph Street Triple S 2018

Lampu hadapannya kini bercirikan Lampu Nyalaan Siang (Daylight Running Lights– DRLs) untuk varian R dan RS, yang mana ianya meningkatkan lagi keternampakannya untuk pengguna jalan raya yang lain. Lampu Nyalaan Siang ini juga 28 kali lebih terang berbanding model generasi sebelum ini yang bercirikan sebuah mentol lampu sisi.

Gugusan panel instrumen LCD pada varian Street Triple S

Varian RS dibezakan dari varian yang lain dengan dulang perut yang mengikut kod warna, penutup pelana pembonceng yang mengikut kod warna dengan pelana pembonceng yang boleh ditukar-ganti sebagai kelengkapan standard, dan sebuah pengadang bawah rantai.

Kualiti keseluruhan juga telah dipertingkatkan lagi dari model yang terdahulu, dengan perhatian utama diberikan kepada kualiti dan perletakan ergonomik suis-suis supaya mudah untuk digunakan pada kelajuan yang tinggi, manakala Street Triple R dan RS pula kini dilengkapi dengan kawalan kayu ria lima cara yang intuitif serba baru bagi menjadikannya lebih ergonomik dan mudah untuk memilih mod penunggangan ketika menunggang.

Gugusan instrumen juga telah diperkemaskini untuk generasi terbaru Street Triple ini. Varian S telah dikemaskini dengan skrin instrumen LCD yang memaparkan tolok bahanapi, odometer dan juga Meter Perjalanan. Varian R serta RS pula telah dikemaskini dengan paparan TFT lima inci serba baru yang dikatakan antara yang tercanggih dalam industri permotosikalan. Paparan TFT berkenaan menawarkan empat tema berbeza yang mengubah susun atur maklumat yang berkaitan dengan mod penunggangan yang dipilih. Paparan itu juga dapat dilaraskan supaya penunggang yang mempunyai ketinggian yang berlainan dapat melihat skrinnya dengan jelas dan tepat.

Kemasan serta perincian yang berkualiti tinggi ini diteruskan lagi dengan rekaan semula pengadang tumit penunggang dan tempat letak kaki pembonceng yang ditempa. Bagi kerangkanya pula, varian Street Triple S akan dilengkapi dengan rangka utama bersadur serbuk hitam, sub-rangka dan lengan ayun. Varian R pula bercirikan sub-rangka belakang berwarna merah yang menjadi tanda pengenalan mereka dan jalur tirus pada roda, manakala varian Street Triple RS pula akan dilengkapi dengan sub-rangka belakang yang diwarnakan dengan warna perak aluminium matte.

Street Triple S, R, dan RS yang baru dijana oleh enjin yang lebih besar namun lebih ringan dari enjin 675ccnya yang lama. Enjin yang baru ini berasaskan dari enjin yang digemari ramai, 675cc, yang menjadikan Triumph Daytona sebuah motosikal yang disanjung tinggi. Ia bercirikan 80 bahagian enjin yang baru yang juga termasuk lejang dan gerek yang dibesarkan, aci yang baru, omboh, con-rod, dan engkol pengimbang. Terdapat juga laras aluminium disadur Nikasil baru yang menggantikan pelapik besi yang berada di dalam enjin 675cc.

Triumph Street Triple R (LRH) 2018

Enjin tiga-silinder 765cc yang diasaskan dari Daytona itu bercirikan tahap keluaran kuasa yang berbeza bagi varian S, R, dan RS. Untuk Street Triple S, enjin itu menghasilkan 111bhp pada 11,250rpm dan 73Nm tork pada 9,100rpm.

Bagi Street Triple R, enjin itu menghasilkan 116bhp pad 12,000rpm dan 77Nm tork pada 9,400rpm.

Untuk RS pula, enjin DOHC, 12-injap, sejukan cecair yang sama, menghasilkan 121bhp pada 11,700rpm dan 77Nm tork pada 10,800rpm. Kedua-dua model ini bercirikan suntikan bahanapi elektronik berbilang aras berjujukan dengan SAI dan kawalan pendikit elektronik. Sistem ekzos pada kedua-dua motosikal ini juga serupa dengan sistem ekzos keluli tahan karat tiga ke dalam satu dengan peredam keluli tahan karat satu sisi rendah. Kuasa dipacu melalui klac berbilang plet basah, sementara RS pula dilengkapi dengan klac ‘slip and assist’. Hanya varian RS sahaja yang dilengkapi dengan ‘quickshifter’ sebagai kelengkapan standard.

Kuasanya diselaras oleh sebuah ECU pintar yang menawarkan sehingga lima mod penunggangan yang berbeza. Street Triple S dilengkapi dengan dua mod penunggangan – ‘rain’ dan ‘road’ – dengan ABS serta Kawalan Cengkaman Triumph, manakala Street Triple RS pula dilengkapi dengan lima mod – ‘rain’, ‘road’, ‘sport’, ‘track’, dan satu lagi mod yang boleh diprogram oleh penunggang dengan campur tangan elektronik yang boleh diubah tetapannya. Varian R dilengkapkan dengan ke semua mod penunggangan yang sama seperti RS, kecuali mod ‘Track’. Ke semua varian Street Triple didatangkan dengan ABS dan kawalan cengkaman boleh dimatikan sebagai kelengkapan standard.

Triumph Street Triple RS 2018

Motosikal Street Triple telah dikenali sejak dahulu lagi sebagai salah sebuah motosikal ‘naked’ dengan pengendalian yang terbaik di dalam industri, dan generasi terkini Street Triple ini tiada bezanya. Motosikal Street Triple kekal sebagai motosikal teringan dalam kelasnya, membantu pengendaliannya yang sudah ternyata hebat itu adalah lengan ayun belakang yang lebih keras, jenis ‘gullwing’ yang mempunyai titik paksi baru yang memberikannya rintangan yang lebih semulajadi pada mampatan ketika pecutan mendadak. Lengan ayun yang baru membantu dalam menangani selekoh dengan lebih pantas dan kemas, kelakuan casis yang lebih jitu, dan prestasi nyah-dekam yang lebih baik.

Triumph Street Triple S didatangkan dengan suspensi hadapan yang direka dan ditala khas baru, USD Showa SFF, dengan ruang gerakan sebanyak 110mm, dan penyerap hentakan tunggal pramuatan bolehlaras, Showa, dengan takungan sokongan dan ruang gerakan roda belakang 124mm.

Paparan TFT 5 inci yang ada pada varian Street Triple R dan juga RS

Triumph Street Triple R (LRH) didatangkan dengan fork bolehlaras sepenuhnya Showa SF-BPF dengan ruang gerakan sebanyak 115mm. bahagian belakangnya pula dilengkapi dengan penyerap hentakan tunggal Showa RSU dengan ruang gerakan sebanyak 131mm dengan pramuatan gegelung, lantunan serta pelarasan mampatan satu-kelajuan. Penyerap hentakan belakang itu juga dilengkapi dengan takungan sokongan.

 

Street Triple RS yang canggih ini pula dilengkapi dengan fork hadapan beromboh besar Showa yang mempunyai spesifikasi tertinggi dengan ruang gerakan sebanyak 115mm. Fork hadapannya boleh dilaraskan sepenuhnya untuk pramuatan, lantunan dan redaman mampatan. Bagi bahagian belakangnya, RS ini dilengkapkan dengan penyerap hentakan tunggal Ohlins STX40 dengan takungan dokongan. Penyerap hentakan belakang ini bercirikan ruangan gerakan 131mm roda belakang, dan ianya boleh dilaras sepenuhnya untuk pramuatan gegelung, lantunan dan redaman mampatan.

Bagi RS, cengkamannya disediakan oleh Pirelli Diablo Supercorsa SP yang amat berkemampuan, sementara daya hentinya disediakan oleh angkup mono bloc jejari, empat-injap, Brembo M50 di bahagian hadapan Street Triple Rs. Bahagian belakangnya pula dilengkapi dengan angkup gelinciran  satu injap, Brembo.

Street Triple S dan R pula didatangkan dengan tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa. Daya henti Street Triple R disediakan oleh angkup mono bloc jejari empat-omboh, Brembo M4.32 untuk bahagian hadapannya, serta angkup gelinciran satu omboh Brembo untuk bahagian belakangnya. Street Triple S pula akan dilengkapi dengan angkup gelinciran dwi-omboh Nissin untuk bahagian hadapan dan angkup gelinciran satu omboh Brembo di bahagian belakang untuk membekalkannya dengan daya henti.

Motosikal Triumph Street Triple S kini boleh didapati dalam dua warna – Diablo Red dan Phantom Black, dengan harganya bermula dari RM52,900.

Triumph Street Triple S 2018

Motosikal Triumph Street Triple R (LRH) boleh didapati dalam tiga warna – Crystal White, Jet Black dan Matt Aluminium Silver, dengan harganya bermula dari RM59,900.

Triumph Street Triple R (LRH)2018

Motosikal Triumph Street Triple RS pula akan disediakan dalam dua warna – Matt Silver Ice dan Phantom Black (Metallic), dengan harganya yang bermula dari RM66,900.

Triumph Street Triple RS 2018

Bagu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian Street Triple 2018 yang baru, anda bolehlah melayari www.triumphmotorcycles.my.

 

Leave a Reply