- Satu borang emisi bagi Ducati 959 Panigale Corse 2018 yang serba baru telah difailkan di California Air Resources Board (CARB) baru-baru ini.
- Menurut laporan itu, jumlah angka emisi bagi kedua-dua motosikal 959 Panigale standard dan 959 Panigale Corse kekal sama.
- Kami mengandaikan yang motosikal versi Corse akan mempunyai enjin yang sama namun seperti motosikal Ducati Corse yang lain, Ianya berkemungkinan besar akan didatangkan dengan pengemaskinian yang besar pada kelengkapan elektronik, suspense, brek dan rupa parasnya.
Menurut sebuah laporan yang telah dibuat oleh Motorcycle.com baru-baru ini, Ducati yelah memfailkan beberapa borang di California Air Resources Board (CARB) bagi apa yang kelihatan seperti sebuah motosikal superbike middleweight baru, iaitu Ducati 959 Panigale Corse 2018.
Menurut laporan itu, Ducati 959 Panigale Corse 2018 ini mempunyai jumlah angka emisi yang sama seperti motosikal 959 Panigale standard. Ini bermakna enjin dan sebahagian besar kelengkapan bagi kedua-dua motosikal ini mengkin sekali dalam spesifikasi yang sama.
Walaubagaimanapun, janganlah tuan-tuan berasa terlalu hampa. Berdasarkan sejarah Ducati dengan model ‘Corse’ mereka, kami membuat telahan yang motosikal Ducati 959 Panigale ini akan melalui satu evolusi baru dan akan diperhiaskan dengan beberapa kelengkapan yang cukup istimewa.
Pada tanggapan kami, sudah semestinya motosikal Ducati 959 Panigale Corse ini akan didatangkan dengan beberapa pakej yang menakjubkan untuk kelengkapan suspense, brek, elektronik dan pasti dengan kemasan warna serta grafik yang menggiurkan!
Tekaan kami ini berdasarkan apa yang telah Ducati tawarkan sebelum ini dengan versi Corse mereka untuk model 848 EVO dan semestinya untuk model 1299 Panigale R Final Edition, di mana mereka telah melengkapinya dengan beberapa pengemaskinian yang begitu menakjubkan.
Tatkala Ducati telah pun dalam tahap lanjutan dalam pembangunan motosikal pengganti 1199 Panigale, iaitu motosikal superbike Ducati V4 yang dinanti-nantikan, motosikal “middleweight” Panigale 959 mungkin sekali tidak akan mendapat perhatian yang sama dari mereka disebabkan oleh kekangan kewangan.
Nampak gayanya semakin lamalah penungguan kita bagi sebuah motosikal lumba middleweight janaan V4 Ducati.