- WD-40 cukup terkenal sebagai produk yang berkualiti tinggi dan produk terbaru mereka, WD-40® Specialist ™ Automotive telah diformulasi secara khas bagi menjaga motosikal kesayangan anda dan juga kenderaan-kenderaan yang lain.
- Siri rangkaian produk terkini dari mereka ini terdiri daripada WD-40® Specialist™ Automotive Machine & Engine Degreaser, Throttle Body, Carb & Choke Cleaner, Brake & Parts Cleaner, Chain Lube dan Belt Dressing Lubricant.
- Produk-produk ini telah disasarkan khusus bagi memastikan pengendalian yang lancar motosikal kesayangan anda di samping memanjangkan tempoh hayatnya.
Tahukah anda akan adanya satu rangkaian penuh produk-produk WD-40® yang diformulasi secara khusus bagi membekalkan penjagaan yang terbaik buat motosikal kesayangan anda? Sebagai seorang pemilik motosikal yang baik dan bertanggungjawab, menyelenggara motosikal anda dengan penuh kasih sayang bukanlah hanya sekadar wayangan sahaja tetapi ianya bagi memastikan keselamatan diri ketika menunggangnya di atas jalan raya.
WD-40® cukup arif tentang keperluan ini lalu mereka telah muncul dengan satu rangkaian yang cukup istimewa yang diberi nama WD-40® Specialist™ Automotive. Produk penjagaan kenderaan yang diformulasi secara khusus ini telah direka untuk memastikan motosikal (dan juga kereta) anda berada dalam keadaan serta prestasi yang optimum sepanjang tahun.
Dalam rangkaian Specialist™ ini, terdapat tiga pembersih berprestasi tinggi dan dua pelincir premium, WD-40® Specialist™ Automotive Machine & Engine Degreaser, Throttle Body, Carb & Choke Cleaner, Brake & Parts Cleaner, Chain Lube dan Belt Dressing Lubricant.
WD-40® Specialist™ Automotive Machine & Engine Degreaser merupakan pelarut yang berkuasa yang dapat menembusi dan menyahgris walaupun gris yang paling degil, minyak, kotoran, tar, perekat, serta sebarang kekotoran pada motosikal kesayangan anda. Apa yang menjadikan produk ini lebih istimewa adalah formulanya membolehkannya senang dibersihkan atau dibilas dengan air.
Mempunyai masalah dengan mulaan enjin yang kasar, melahu, atau enjin yang sering mati? WD-40® Specialist™ Automotive Throttle Body, Carb & Choke Cleaner dapat membantu. Manfaat utama produk ini adalah ianya akan memaksimakan prestasi karburetor dan meningkatkan prestasi sistem bahanapi, dan juga akan mengurangkan keluaran emisi dan wasap. Ia juga dapat digunakan bagi membersihkan kotoran bagi memastikan pengendalian yang lancar motosikal anda.
Bagaimana pula akan bunyi menciut cakera brek dan gelinciran klac? Dengan WD-40® Specialist™ Automotive Brake & Parts Cleaner, ke semua masalah itu dapat diatasi dengan mudah kerana ia akan menanggalkan dan menempiaskan cairan brek, gris, minyak, dan sebarang kotoran dari pelapik , pad dan drum brek tanpa perlu anda menceraikan unit.
Salah satu tugas penyelenggaraan yang perlu dilakukan bagi para penunggang motosikal yang menggunakan pacuan rantai adalah melincirkan rantai. WD-40® Specialist™ Automotive Chain Lube memberikan pelinciran yang tahan lama dan juga perlindungan kepada motosikal, kart, dan juga ATV yang sesuai untuk penunggangan di atas jala raya mahu pun untuk ‘off-road’. WD-40® Chain lube juga membekalkan perlindungan nyah-lusuh, penembusan, dan nyah-campakan yang hebat.
Produk yang terakhir ini adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh para penunggang skuter dan juga pemilik motosikal pacuan tali sawat. Ingin memanjangkan jangka hayat tali sawat anda? Gunakan WD-40® Specialist™ Automotive Belt Dressing Lubricant kerana ia akan membantu memanjangkan jangka hayat tali sawat dan pada masa yang sama memberikan cengkaman dan traksi yang lebih baik bagi semua jenis tali sawat.
Penggunaan WD-40® Belt Dressing Lubricant ini membawa kelebihan yang besar dengan menembusi serat tali pintal pada tali sawat V bagi mengembalikan kemudahlenturan dan keanjalannya, dan membantu menghapuskan sebarang gelinciran dan bunyi menciut.
Selain daripada rangkaian WD-40® Specialist™ Automotive, formulasi biasa WD-40® dalam tin berwarna biru dan kuning yang ikoniknya dapat memenuhi keperluan mudah penyelenggaraan kereta, seperti:
- Membantu memulakan enjin yang basah.
- Melinciri dan melindungi bahagian daripada hakisan dan karat.
- Membersihkan gear takal mekanikal.
- Mengalihkan lembapan daripada pendawaian dan pautan elektrikal kereta.
- Memastikan lampu auto ‘pop-up’ berfungsi dengan lancar.
- Membebaskan pedal pemecut, engkol motor yang tersangkut dan juga kabel bateri yang tersangkut pada terminalnya.
- Memudahkan penanggalan nat dan bolt.
- Melinciri hab pacuan 4-roda bagi memudahkan prosedur penguncian.
Jangan lupa untuk membelek ke semua produk WD-40® Specialist™ yang telah diformulasikan secara khas kerana ianya kini bukan sekadar bagi menghilangkan bunyi menciut sahaja. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk ini, TEKAN SINI.
Artikel oleh: Mohd Zarul Faiz Ahmad Zaki