MotoGP: Marc Marquez Kembali Menunjukkan Taringnya!

 

 

  • Bahagian ke-dua musim MotoGP tahun ini menyaksikan kepintaran Marc Marquez (Repsol Honda) merangkul kemenangan di Brno dalam satu perlumbaan yang penuh sensasi.
  • Penunggang berusia 24 tahun itu menamatkan perlumbaannya jauh di hadapan teman sepasukannya, Dani Pedrosa yang melengkapkan penamat 1-2 yang sempurna dengan jarak masa 12 saat.
  • Maverick Vinales (Movistar Yamaha MotoGP) memastikan yang dia tidak ketinggalan terlalu jauh dalam tangga kejohanan dengan menamatkan perlumbaan di P3 di hadapan rakan sepasukannya, Valentino Rossi.

 

Dengan persaingan bagi Kejohanan Dunia MotoGP 2017 semakin sengit, ianya melalui penunggangan yang cemerlang oleh Marc Marquez (Repsol Honda) dengan strategi dan pemilihan masa yang hebat yang memastikan kemenangannya di GP Czech.

Dengan perlumbaan yang dikatakan sebagai perlumbaan cuaca basah pada mulanya, para penunggang serta pasukan dengan pantas bersiap siaga bagi kemungkinan untuk menukar untuk aturcara motosikal lumba cuaca cerah sebaik sahaja keadaan litar menunjukkan tanda yang ianya sudah cukup kering. Marquez dengan kecerdikan strategi perlumbaan yang tiada tolok tandingannya merupakan penunggang yang pertama memasuki pit bagi pertukaran ke jentera cuaca keringnya setelah mendapati tayar basahnya tidak membantunya dalam perlumbaan ini.

Strategi ini membuahkan hasil apabila dia mencatatkan beberapa pusingan yang pantas sebelum memenangi perlumbaan ini lantas menambah lagi mata keseluruhan kejohanannya bagi saingan takhta 2017.

Pecutan pertama menuju ke Selekoh 1 menyaksikan Jorge Lorenzo (Ducati Team) mengejutkan semua orang, bukan sahaja dengan mendahului, malah telah menjarakkan dirinya dari gerombolan penunggang. Namun, ianya tidak bertahan lama setelah semua penunggang telah menukar jentera mereka untuk litar yang semakin kering dan dia hanya dapat menamatkan perlumbaan di P15.

Pasukan Repsol Honda mempunyai satu lagi sebab untuk bergembira kerana penunggang kedua mereka, Dani Pedrosa melengkapkan penamat 1-2 di Brno. Pedrosa, melintasi garisan penamat dengan jarak 12 saat di belakang teman senegaranya, Marquez, yang merupakan penunggang pertama yang menukar jentera Honda RC213V-nya pada penghujung pusingan pertama, sebelum penunggang-penunggang yang lain.

Tidak jauh di belakang, penunggang bagi pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Maverick Vinales, berjaya mendapatkan tempat terakhir di atas podium setelah permulaan perlumbaan yang sukar. Dengan kehuru-haraan di sepanjang perlumbaan, Vinales merebut peluang yang tersedia dan bertarung untuk tempat ke-tiganya, dan pada masa yang sama, memastikan Marquez tidak meninggalkannya terlalu jauh di belakang bagi persaingan kejohanan tahun ini.

Seorang lagi penunggang Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi, membuktikan dia masih lagi mampu bersaing untuk kejohanan ini. Malangnya, dia mengulangi kesilapan yang sama seperti perlumbaan lain yang mempunyai perubahan keadaan yang mendadak.

Rossi serta beberapa penunggang yang lain kekal dengan jentera cuaca basah mereka selama tiga pusingan sebelum membuat keputusan untuk menukar jentera perlumbaan mereka. Dalam pada masa berkenaan, Marquez sudah pun terlampau jauh di hadapan mendahului perlumbaan. Ianya merupakan pertarungan yang sukar namun Rossi berjaya merangkul tempat ke-empat dengan jarak masa setengah saat di hadapan penunggang LCR Honda, Cal Crutchlow.

Andrea Dovizioso (Ducati Team) juga telah berjaya mendapat P6 walaupun dia lambat menukar jenteranya. Jika perlumbaan itu berlangsung untuk beberapa pusingan lagi, penunggang dari Itali itu mungkin mampu medapat kedudukan yang lebih tinggi, namun berita baiknya adalah dia kini di tangga ke-tiga dalam kejohanan dunia MotoGP dengan hanya perbezaan satu mata antaranya dan Rossi yang kini bereada di tempat ke-empat.

Marc Marquez kini mendahului kejohanan ini dengan 154 mata diikuti Maverick Vinales (140 mata), Andrea Dovizioso (133 mata), Valentino Rossi (132 mata), dan Dani Pedrosa (123 mata). Musim MotoGP tahun ini semakin menghangat dan dengan bagaimana persaingan ini berjalan, Tidak menjadi satu kejutan jika ianya akan berlanjutan sehingga pusingan yang terakhir di Valencia.

Sumber imej: MotoGP

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]