Husqvarna Sertai Bajaj Dalam Kerjasama Pengeluaran Dengan KTM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Bajaj telah mengumumkan bahawa mereka akan memulakan pengeluaran motosikal Husqvarna dengan menyertakan pengeluar motosikal dari Sweden itu dalam kerjasama pengeluaran dengan KTM.
  • Kerjasama pengeluaran ini akan menyaksikan motosikal Husqvarna Svartpilen dan Vitpilen 401 dikeluarkan dari kilang Chakan milik Bajaj yang terletak di India yang telah pun mengeluarkan model-model KTM berkapasiti kecil.
  • Bajaj telah menyatakan bahawa mereka mensasarkan untuk mengeluarkan sekitar 100,000 model KTM dan Husqvarna menjelang penghujung tahun ini dan menggandakannya pada tahun berikutnya jika semuanya berjalan dengan lancar.

Husqvarna 401 Vitpilen concept

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bajaj Auto Limited akhirnya telah membuat satu keputusan yang penting sekali untuk meningkatkan lagi pengeluaran motosikal Husqvarna dengan menyertakan jenama itu dalam kerjasama pengeluaran dengan KTM. Langkah yang menarik ini akan semestinya meningkatkan lagi pengeluaran Husqvarna dan memenuhi permintaan pasaran.

Husqvarna 401 Svartpilen concept

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semenjak pengenalan model Husqvarna Svartpilen dan Vitpilen 401 yang cukup menggiurkan yang telah kita saksikan buat beberapa kali di beberapa pertunjukan motosikal antarabangsa, motosikal jalanan moden ini telah menerima sambutan yang hangat terutamanya mengenai tentang bila ianya akan dikeluarkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi mereka yang masih lagi kurang mengenali nama Bajaj Auto Limited, mengenai siapakah mereka dan bagaimanakah mereka mampu membuatpengumuman sebesar ini di dalam industri permotosikalan, Bajaj sebenarnya merupakan pengeluar motosikal keenam terbesar di dunia, kedua terbesar di India dan tanpa sebarang keraguan pengeluar tiga-roda yang terbesar di dunia. Dan mereka juga adalah pemilik KTM.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bajaj juga adalah pendatang baru dalam pasaran Malaysia susulan kerjasama terbaru mereka dengan jenama motosikal negara, Modenas. Usahasama mereka telah menembusi pasaran tanah air kita dengan tiga model baru yang mengujakan; Modenas Pulsar RS200, Pulsar NS200, dan juga model V15.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sejak KTM menjadi pemilik Husqvarna (dan dengan itu, menjadi milikan sebahagian Bajaj juga), pengeluaran model KTM telah pun meningkat dengan mendadak di kilang Chakan yang terletak di India. Kilang berkenaan juga dikatakan akan memulakan pengeluaran model Svartpilen dan Vitpilen 401 dalam masa terdekat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kilang itu sendiri setakat ini telah berjaya mengeluarkan beberapa model KTM berkapasiti kecil seperti 125 Duke, 390 Duke, RC125, dan juga RC390.Kerjasama ini bersama dengan Bajaj juga akan memberi manfaat yang hebat buat KTM kerana mereka dapat mengurangkan kos pengeluaran dan pada masa yang sama memperkenalkan model-model motosikal mereka untuk rantau Asia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Satu lagi maklumat yang memberangsangkan dari Bajaj adalah mereka telah mensasarkan pengeluaran sejumlah sekitar 100,000 model KTM dan Husqvarna menjelang penghujung tahun ini. Pada pendapat kami ianya satu jumlah yang cukup tinggi namun kami tetap yakin yang Bajaj mampu melakukannya dengan jayanya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]