Lebih Banyak Motosikal Kawasaki Dicas Lampau Akan Tiba Nanti?

 

  • Berdasarkan pada beberapa sumber yang boleh dipercayai, lebih banyak motosikal Kawasaki yang dicas lampau akan muncul pada tahun 2018 bagi
    menyusuli kejayaan motosikal Kawasaki H2 dan H2R.
  • Susulan khabar angin yang bertiup kerana imej-imej yang dihasilkan oleh Young Machine, kemungkinan untuk menyaksikan lebih daripada satu motosikal ‘forced induction‘ dari Kawasaki ini lebih tinggi dari apa yang kita jangkakan.
  • Setakat ini, tahun 2018 akan menyaksikan ketibaan sama ada Kawasaki R2, S2, atau H2 GT dengan khabar mengatakan yang R2 merupakan sebuah motosikal dicas lampau ‘middleweight‘ dengan penggayaan ala ZX-6R.


Semenjak kebangkitan semula motosikal ‘forced induction‘ Kawasaki H2 dan H2R yang menggila sebagai motosikal pengeluaran dicas lampau yang pertama di dunia, telah muncul banyak berita dan khabar angin yang menunjukkan akan kemungkinan kemunculan lebih banyak lagi jentera di cas lampau dari pengeluar gergasi hijau dari Jepun itu.

Melihat pada kesemua berita dan khabar angin terutamanya pada imej hasil ciptaan dari majalah permotosikalan terkenal Jepun, Young Machine, mereka telah mempamerkan tiga kemungkinan rupa motosikal di cas lampau dari Kawasaki; Kawasaki R2, S2, dan juga H2 GT.

Walaupun tiada satu pun daripada motosikal berkenaan telah disahkan buat masa ini, kami telah menyimpulkan berdasarkan kajian kami serta dari beberapa sumber yang boleh dipercayai yang kemungkinan ini lebih nyata dari apa yang kita sangkakan. Yang paling berkemungkinan antara ketiga-tiganya adalah motosikal R2 yang telah dipatenkan yang dikatakan dijana oleh enjin ‘middleweight‘ 600cc yang dicas lampau.

Jika ianya ternyata benar, kami mengagak yang ianya akan memacu kebangkitan semula motosikal lumba ‘middleweight‘ dalam industri permotosikalan. Dengan semakin permintaan yang semakin berkurangan dalam pasaran untuk kategori motosikal ini, motosikal R2 ini sudah semestinya akan menghangatkan suasana terutamanya apabila enjin dicas lampau berkenaan mampu bersaing dengan mana-mana motosikal lumba (malah, boleh menghandali mereka).

Sesetengah pihak juga telah berkata yang motosikal R2 ini mungkin termasuk dalam keluarga ZX-R. Jadi, adakah ini bermakna yang motosikal R2 ini akan menjadi sebuah Kawasaki ZX-6R yang dicas lampau? Idea ini kedengaran sungguh menarik sekali di telinga penulis ini.

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai paten yang telah difailkan untuk Kawasaki R2.

Berkaitan dengan Kawasaki S2, tiada banyak berita yang tersebar mengenainya selain daripada imej yang telah dihasilkan oleh Young Machine. Ini mungkin disebabkan kerana ianya dikatakan berada di dalam kategori yang sama dengan motosikal R2 dengan enjin berkembar 650cc dicas lampau yang mirip dengan motosikal projek Suzuki Recursion Concept.

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Kawasaki S2.

Sebab yang lain adalah fakta yang paten telah pun difailkan untuk motosikal R2 manakala S2 masih lagi kekal sebagai satu idea yang di awangan namun kemungkinan kemunculannya tidak dapat dikecualikan.

TEKAN SINI untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai motosikal konsep Suzuki Recursion.

Memandangkan betapa berjayanya motosikal liter dicas lampau dari Kawasaki iaitu Kawasaki H2 dan juga motosikal gunaan litar sahaja H2R, untuk muncul dengan versi yang diperkemaskini sudah pasti menjadi satu kepastian. Persoalannya kini adalah bagaimana untuk menjadikan sesuatu yang sudah cukup baik dan menggila dan jadikannya lebih baik dan lebih gila?

Sekali lagi kami merujuk kepada Young Machine dan kemungkinan sebuah H2 yang baru dan dipertingkatkan berdasarkan sebuah paten yang difailkan pada awal tahun ini yang menunjukkan sebuah motosikal yang kelihatan seperti sebuah H2 namun dengan reraup hadapan yang lebih panjang dan sesayap yang boleh digerakkan. Pakej aerodinamik yang baru ini dikatakan boleh memberikan lebih banyak ‘downforce‘ berbanding dengan H2 yang ada sekarang.

Sesayapnya yang boleh digerakkan menunjukkan yang Kawasaki sedang mempertimbangkan idea aerodinamik aktif yang mana ianya tidak pernah digunakan pada mana-mana motosikal pengeluaran sebelum ini. Jika semuanya berjalan dengan lancar, Kawasaki pasti akan menakluk kembali pasaran dua-roda dan mempertingkatkan lagi teknologi motosikal ke tahap yang terbaru.

Teruskan kekal bersama kami di MotoMalaya untuk lebih banyak perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]