Furion Motorcycles Merekabentuk Motosikal Konsep Hibrid Yang Gila Tork

  • Sebuah syarikat rekabentuk Perancis bernama Furion Motorcycles telah merekabentuk sebuah motosikal konsep hibrid.
  • Motosikal hibrid ini dijana oleh enjin rotari 645cc beserta dengan motor elektrik 40kW.
  • Kedua-dua enjin ini didakwa dapat menghasilkan sehingga 180hp dan 205Nm tork.


Firma rekabentuk motosikal dari Perancis bernama Furion Motorcycles telah menghasilkan satu konsep yang cukup hebat sekali untuk sebuah motosikal hibrid. Mengambil idea dari teknologi kereta hibrid yang boleh diaplikasikan kepada motosikal, mereka telah melahirkan sebuah motosikal sukan futuristik yang mengingatkan kami kepada Kawasaki Z750.

Teknologi hibrid ini semestinya digunakan pada enjinnya namun faktor terbesar mengapa ia lebih mudah digarapkan dalam kereta adalah ruangnya. Sebuah motosikal mempunyai ruangan terhad, jadi ianya amatlah sukar untuk merumahkan enjin elektrik bersama dengan pek baterinya yang besar.

Atas sebab ini, Furion telah memilih bagi motosikal konsepnya itu untuk dijana oleh enjin rotari 645cc yang mampat yang dapat digunakan bersama dengan motor elektrik 40kW yang akan tersisip kemas sekali dalam rangka motosikal ‘naked’ yang garang ini beserta dengan lima bateri lithium ion yang ditempatkan di bawah pelana.

Apabila enjinnya berfungsi bersama, Furion mendakwa yang ia dapat menjana sejumlah 180hp dan juga sehingga 205Nm tork. Sebagai perbandingan, Ducati 959 Panigale menghasilkan sehingga 157hp dan hanya 107Nm tork dari enjin Superquadro L silinder berkembar 955cc (yang sudah semestinya lebih daripada cukup untuk membuatkan anda bagaikan melayang di saat anda memulas pendikitnya itu).

Selain daripada enjinnya itu, aspek-aspek lain Furion ini lebih kepada sebuah motosikal sukan yang konvensional dengan transmisi enam kelajuan yang menjadi kebiasaan dengan pacuan terakhir rantai. Furion juga telah mendakwa yang berat keseluruhannya sedia untuk dibawa atas jalan ialah pada hanya 209kg sahaja bersama dengan jumlah bahanapi sebanyak 16 liter.

Jadi, persoalannya sekarang adalah, adakah anda ingin untuk menunggangnya atau pun tidak? Tepuk dada dan tanyalah selera anda. Teruskan bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini dan juga segenap berita dunia permotoran.

Sumber: Furion Motorcycles

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply