MotoGP akan memperkenalkan siri perlumbaan sokongan dengan jentera elektrik sepenuhnya pada 2019

Jentera Mugen Shinden Roku Elektrik Sepenuhnya untuk Isle of Mann TT Zero

Menurut laporan The Verge, Carmelo Ezpeleta, CEO syarikat yang menguruskan MotoGP menyatakan kepada Motorsport.com bahawa kemungkinan pada 2019 akan menyaksikan siri perlumbaan sokongan MotoGP dengan jentera elektrik sepenuhnya.

Empat pengeluar telah mengesahkan minat mereka untuk menyertai siri ini, menurut Ezepeleta. Kelajuan maksimum jentera elektrik ini adalah dalam 124mph (199kmh) dengan 10 pusingan.  

Sebelum ini, kita pernah melihat juga jentera elektrik sepenuhnya iaitu Mugen Shinden Roku yang digunakan dalam perlumbaan Isle of Mann TT Zero.

Perlumbaan elektrik seakan F1 juga ada dengan nama Formula E. Jenteranya juga cukup berkuasa dan tidaklah sesenyap yg kita sangkakan.

Sumber: The Verge

26 Replies to “MotoGP akan memperkenalkan siri perlumbaan sokongan dengan jentera elektrik sepenuhnya pada 2019”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.