KTM Duke Janaan-Elektrik Sedang Dalam Pembangunan

 

  • Menurut laporan oleh MCN, sebuah KTM Duke janaan-elektrik sedang dalam usaha pembangunan oleh pengeluar Austria itu.
  • Gambar intipan telah tersebar di atas talian dengan jelas menunjukkan sebuah KTM 390 Duke dengan apa yang kelihatan seperti sebuah kotak berbentuk petak dalam casisnya yang berkemungkinan adalah perumah unit bateri.
  • KTM telah pun terlibat dalam pengeluaran ‘dirt bike‘ elektrik untuk suatu masa sekarang dengan rangkaian E-Ride seperti Freeride E-SX, E-SM, dan E-XC.

Kredit imej: MCN

Nampaknya gergasi permotosikalan Austria sedang dalam usaha membangunkan sebuah KTM Duke janaan-elektrik. Menurut laporan yang dibuat oleh MCN, mereka telah berjaya untuk mengumpulkan beberapa gambar intipan (ehsan dari BMH Images) 390 Duke yang kelihatan agak pelik sedang diuji dengan apa yang kelihatan seperti sebuah kotak besi merumahkan bateri di dalam kerangka.

Gambar intipan KTM 390 Duke 2017 (kredit imej: MCN)

Hanya satu sahaja kemungkinannya; KTM sedang merancang untuk membuat motosikal jalanan elektrik yang mudah didapati dan mampu milik untuk orang ramai. Sedang kita melangkah ke masa depan, peralihan dari enjin petrol ke elektrik tidak boleh hanya kekal sebagai sebuah konsep tetapi sebagai satu kemungkinan pada cara pengangkutan.

KTM telah senantiasa menyempurnakan kemahiran mereka apabla kita bercerita tentang teknologi hijau. Malah, mereka telah pun dengan jayanya mengeluarkan beberapa motosikal ‘off-road‘ elektrik dalam bentuk rangkaian E-Ride termasuk Freeride E-SX, E-SM, dan E-XC. ‘Dirt bikes‘ janaan-elektrik telah pun terbukti berjaya dan kami dapat rasakan yang E-Duke akan diminati ramai juga.

KTM Freeride E

Seperti kebanyakan motosikal emisi sifar hari ini yang menggunakan transmisi automatik, gambar intipan yang berkemungkinan Duke elektrik itu menunjukkan ciri yang sama seperti motosikal jalanan biasa dengan kehadiran klac dan tuil gear. Ini bermakna KTM mungkin akan menawarkan pengalaman menunggang beroperasikan gear yang konvensional tanpa menggunakan enjin pembakaran dalaman.

Walaupun kita masih lagi agak samar-samar tentang jarak perjalanan dan aspek-aspek lain E-Duke ini, kami yakin ia disasarkan untuk mereka yang berulang alik dalam linkungan bandar atau tidak jauh dari rumah mereka. Memandangkan tiada lagi yang dapat merungkaikan masalah pengecasan bateri yang lebih pantas, ianya lebih berkemungkinan untuk menyusup sekeliling bandar yang mempunyai berbilang stesen-stesen pengecas.

Teruskan setia di MotoMalaya bagi mendapatkan lagi perkembangan dari KTM. Sementara itu, TEKAN SINI untuk melihat kesemua motosikal KTM yang ada di Malaysia di bikesrepublic.com Bike Buyer’s Guide.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

One Reply to “KTM Duke Janaan-Elektrik Sedang Dalam Pembangunan”

Leave a Reply