Kejohanan Supermoto Malaysia: Gabit Kuasai Pusingan Dua

Gabit mengibarkan bendera Malaysia setelah memenangi perlumbaan (kredit imej: MSMC)

 

  • Pusingan 2 Kejohanan Supermoto Malaysia 2017 telah dikuasai oleh Muhamad Habibullah Bin Mohd Saleh atau lebih dikenali sebagai ‘Gabit’ yang menjuarai kategori Terbuka SM dengan jentera KTMnya.
  • Mohamad Khairi Zakaria atau ‘Hairy’ (#32) dan Mohamad Khuzaini Bin Mahmood (#47) melengkapkan kedudukan podium bagi kedua-dua perlumbaan kategori Terbuka SM.
  • Dengan muncul juara untuk Pusingan 2, Gabit telah diberikan penyertaan percuma dalam salah satu perlumbaan Kejohanan Supermoto Asia FIM 2017.

Dari kiri ke kanan: Encik Satheswaran Mayachandran, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Supersports Group; Tuan Haji Anuar Bin Mhd Juri, Ketua Pengarah Biro Pelancongan Kuala Lumpur; Ahmad Daniel Haiqal; Khairy Zakaria; Muhamad Habibullah Mohd Saleh; Muhamad Khuzaini Mahmood; Pedro Wuner; Datuk Rizalman Bin Dato’ Mokhtar, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur; serta Andrew Ching, Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus Global Sdn Bhd. (Kredit imej: MSMC)

Ianya merupakan hari yang panas serta lembap pada pusingan kedua Kejohanan Supermoto Malaysia 2017 (MSMC) yang telah berlangsung pada hujung minggu lalu di Taman Tasik Permaisuri, Cheras.

Gabit mendahului sambil diekori rapat oleh Hairy (Kredit imej: MSMC)

Cuaca ini bagaimanapun tidak merencatkan para penunggang supermoto dari mempamerkan aksi terbaik mereka terutamanya bagi Muhamad Habibullah Bin Mohd Saleh atau ‘Gabit’ yang sekali lagi telah merangkul kemenangan dalam kategori Terbuka SM dengan jentera KTMnya.

Kiri: Mohamad Khuzaini bin Mahmood (#47)

Ianya merupakan perlumbaan yang hebat antara Gabit dan dua lagi penunggang teratas, Mohamad Khairi Zakaria atau ‘Hairy (#32) dan Mohamad Khuzaini Bin Mahmood (#47) dimana ketiga-tiga mereka menamatkan kedua-dua perlumbaan di kedudukan podium dalam kategori Terbuka SM. Ianya saingan yang amat sengit sekali buat dua penunggang teratas dimana Hairy melewati garisan penamat hanya 0.0403 di belakang dalam Perlumbaan 1 dan 2.738 saat di Perlumbaan 2.

Mohamad Khairi Zakaria aka “Hairy” (#32)

“Moto 1 terasa sukar dengan kecederaan pada pergelangan tangan saya, tetapi fokus saya tetap pada kejuaraan. Litar ini boleh dianggap sebagai litar yang mudah, tetapi kesakitan itu memberi kesan pada saya. Bagaimanapun, sorakan peminat telah memberikan saya keyakinan untuk memenangi takhta kejohanan ini. Hairy adalah pencabar yang kuat di litar dengan peluang yang baik untuk memenangi perlumbaan ini. Saya percaya bahawa kami berdua telah banyak belajar hari ini dan ianya dapat dipergunakan bagi kejohanan serantau.” ujar Gabit.

Dengan kemenangan Pusingan 2 ini, Gabit juga telah diberikan penyertaan percuma automatik dalam salah satu perlumbaan serantau Kejohanan Supermoto Asia FIM 2017. Dibawah adalah kedudukan lima teratas bagi kategori Terbuka SM bagi kedua-dua Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 semalam.


Pos Bike No. Name Moto 1 Total Moto 1 Total Time Moto 1 Total Points Moto 2 Total Laps Moto 2 Total Time Moto 2 Total Score Round 2 Total Points
Laps
1 1 Muhd  Habibullah bin Mohd Saleh 19 11:22.0 25 20 11:43.0 25 50
2 32 Mohammad Khairi bin Zakaria 19 11:22.4 22 20 11:45.7 22 40
3 47 Mohamad Khuzaini bin Mahmood 18 11:23.8 20 19 12:10.1 18 38
4 99 Ahmad Daniel Haiqal 16 11:24.5 16 19 12:03.7 20 36
5 7 Pedro Wuner 18 11:41.5 18 18 12:10.1 16 34

Ahmad Daniel Haiqal (#99)

Seorang lagi penunggang muda yang telah menarik perhatian adalah Ahmad Daniel Haiqal (#99) yang telah dinabatkan sebagai juara kelas Novis SM. Penunggang berusia 18 tahun ini juga muncul di tempat ketiga dan keempat bagi kategori SM CKD dan Terbuka SM.

Siri MSMC terdiri dari lima kelas – Terbuka SM, Novis SM, Terbuka SM CKD, SM CKD, dan Veteran SM. Para peserta diwajibkan bagi mendapatkan lesen rasmi dari AAM bagi bertanding dalam mana-mana kategori.

Untuk maklumat lanjut, lawatilah laman Facebook MSMC di Malaysian SuperMoto Championship or aplikasi Instagram mereka.

Galeri MSMC Pusingan 2

Leave a Reply