MSMC: Kejohanan SuperMoto Malaysia Kembali Untuk 2017!

  • Pusingan kedua Kejohanan SuperMoto Malaysia kembali di Taman Tasik Permaisuri, Cheras pada 6 dan 7 Mei 2017.
  • Pusingan kedua MSMC akan diadakan serentak dengan KL Xtravaganza Carnival dan masuk adalah PERCUMA.

Kejohanan SuperMoto Malaysia (Malaysian SuperMoto Championship – MSMC) kembali untuk aksi superMoto yang mengujakan pada minggu hadapan dari 6 hingga 7 Mei 2017 untuk Pusingan 2 di Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Acara ini akan diadakan bersempena dengan KL Xtravaganza Carnival dan tiket masuk adalah percuma untuk semua.

Hadir pada sidang akhbarnya adalah En. Anwar Bin Mohd Zain, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan, dan Sukan DBKL. Encik Anwar menyatakan ” Sukan permotoran dua-roda adalah industri yang senantiasa berkembang di Malaysia. Kami telah nampak satu peluang untuk menggalakkan sukan ini secara positif, oleh itu, memutuskan untuk mengambil peranan sebagai penaja utama untuk pusingan kedua MSMC ini,”


“Sukan permotoran boleh menjadi satu sukan yang sihat jika ia dibangunkan dengan sebetulnya, dengan pelan serta pelaksaan yang tepat. Saya percaya sepenuhnya bahawa pendekatan ini akan dapat mendidik dan memupuk penggemar sukan permotoran dengan haluan yang wajar dalam amalan sukan permotoran. Ini sejajar dengan saranan YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, visi Menteri Wilayah Persekutuan untuk melibatkan golongan belia dalam asas gaya hidup yang sihat.”

Dengan sokongan dari DBKL dan semestinya Datuk bandar Kuala Lumpur, Encik Anwar juga menerangkan bahawa pengenalan sukan permotoran dalam negara telah menjadi kuasa pendorong untuk menggalakkan industri pelancongan dan perbelanjaan dalam negara, dan pada masa yang sama mengekang kegiatan sosial yang kurang sihat.

Husqvarna 701 Supermoto 2017

Antara kategori yang ada termasuklah SM Open, SM Novice, SM CKD Open, SM CKD, dan SM Veteran. Kejohanan ini terbuka untuk semua penunggang Malaysia yang menceburkan diri sebagai penunggang superMoto professional.

Terdapat antara 50 hingga 70 pelumba superMoto dari segenap lapisan masyarakat yang akan bertanding dalam lima kategori berbeza termasuk beberapa penunggang supermoto berprofil tinggi seperti juara keseluruhan Kejohanan SuperMoto Asia FIM 2013 dan 2014 Khairy Zakaria (Khairy) dan juara 2016 Muhd Habibullah Bin Salleh (Gabit) yang akan hadir mempertahankan kejuaraannya.

Juara Kejohanan Supermoto Asia FIM 2016, Muhd Habibullah Bin Salleh (Gabit)

TEKAN SINI untuk membaca tentang pusingan akhir Kejohanan SuperMoto Asia FIM 2016 dimana penunggang tambatan negara, Muhd Habibullah Bin Salleh telah ditabalkan sebagai juara.

Khairy menyatakan bahawa perlumbaan ini telah menarik minat golongan penggemar permotoran yang lebih besar serta berbagai termasuk superbikers, penunggang motocross serta penunggang ketahanan. Dengan jumlah penyertaan dari pelbagai jenis penunggang berbeza dalam industri ini, MSMC pasti akan menjadi antara penanda aras bagi pelumba-pelumba muda.

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Supersports Group (ASG), Encik Satheswaran Mayachandran menambah bahawa, “MSMC mempunyai sejarah yang besar dalam Malaysia. Kejohanan ini telah melahirkan banyak bakat-bakat besar pada tahap antarabangsa, dan akan terus menjadi pentas bagi pelumba muda untuk menguji dan mengasah kemahiran mereka.”

Sumber imej: fim.asia

Selain dari perlumbaan yang pastinya penuh aksi ini, MSMC akan diadakan bersempena dengan siri kedua KL Xtravaganza Carnival. Karnival ini mempunyai banyak acara yang berbeza dan aktiviti untuk seisi keluarga yang akan diadakan bersama dengan Pusingan 2 MSMC. Ketika anak-anak dan ibu bapa dapat dihiburkan oleh selebriti-selebriti yang terlibat dalam karnival Xtravaganza, para pengemar sukan permotoran dapat menikmati dua hari dipenuhi dengan aksi superMoto.

Kejohanan SuperMoto Malaysian telah dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dengan usahasama Asia Supersports Group, Ultra Blue Sdn Bhd dan Yayasan Bakti Tun Razak. Perlumbaan ini telah diluluskan oleh Automobile Association of Malaysia (AAM); dan disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Biro Pelancongan Kuala Lumpur.

Leave a Reply