- Baru-baru ini Danny Kent telah mengumumkan keberangkatannya dari pasukan Moto2 Kiefer Racing kerana kesukaran yang berpanjangan semenjak kemunculannya di Moto2 musim lepas.
- “Ia merupakan satu masa yang sukar sejak menyertai pasukan ini dan saya tidak rasa yang saya boleh capai potensi saya, jadi saya memutuskan untuk menarik diri.”
- “Ia mematahkan hati saya sebagai seorang manusia dan penunggang, dan secara jujurnya saya rasa jika peluang yang terbaik muncul saya mampu menjadi laju dalam Moto2.”
Selepas tidak mengambil bahagian dalam perlumbaan #AmericasGP Moto2 terbaru pada Ahad lalu di Circuit of the Americas (COTA), Danny Kent baru-baru ini mengumumkan akan berpisah dengan pasukan Kiefer Racing dengan serta merta. Selepas satu tempoh panjang yang menyukarkan tanpa sebarang keputusan memberangsangkan sejak Juara Dunia Moto3 2015 ini bertanding di Moto2, penunggang British berusia 23 tahun ini membuat pengumumannya melalui akaun Twitternya.
Mesej dalam tiga bahagian di akaun twitternya adalah seperti berikut:
1/3. Due to irreconcilable differences I've decided to part ways with Kiefer Racing and the Moto2 Team.
— Danny Kent (@DannyKent52) April 23, 2017
2/3. It's been a difficult period since joining the team and I don't feel I'm able to reach my potential so I've decided to step away.
— Danny Kent (@DannyKent52) April 23, 2017
3/3. I'm still hungry & determined & believe I can be competitive in Moto2. I wish Kiefer Racing the best for the future.
— Danny Kent (@DannyKent52) April 23, 2017
Ketika dalam satu temubual bersama MCN, Kent menjelaskan betapa sukar pengalamannya semenjak mula bertanding di Moto2 bersama pasukan yang sama yang menjuarai kejohanan dunia Moto3 pada tahun 2015.
TEKAN SINI untuk membaca tentang hari dia memenangi kejohanan itu di finale Moto3 2015 di Valencia, hujung minggu yang sama di mana Jorge Lorenzo menggondol kejuaraan dunia kelima selepas pertarungan yang panjang (dan penuh kontroversi) dengan bekas rakan sepasukannya, Valentino Rossi.
“Ianya merupakan limabelas bulan yang panjang tanpa sebarang keputusan yang baik yang dapat didabikkan. Tahun lalu saya dan Miguel Olivera agak sama dari segi kedudukan, dan tahun ini dia dapat menjadi antara pencabar utama – dan saya percaya ianya bukan sahaja kerana kebolehannya,”
“Namun, selepas setiap sesi latihan kami telah melakukan pelbagai perubahan pada motosikal dan masalah yang sama tetap berlaku. Saya rasa saya telah berusaha dengan keras tetapi saya masih lagi dua saat sepusingan dibelakang dan bersaing dengan motosikal untuk kedudukan yang ke-20.”
Tambahnya lagi ” Saya tahu risiko dan akibat daripada keputusan ini adalah besar sekali tetapi sejujurnya saya rasakan ianya tindakan terbaik yang dapat saya ambil untuk kebaikan saya. Keadaan sebelum ini menghancurkan jiwa saya sebagai seorang manusia dan juga sebagai penunggang, dan sejujurnya saya rasa jika ada peluang yang betul muncul saya mampu untuk menjadi lebih laju dalam Moto2. Saya berharapkan jentera yang berdaya saing dan dapat bersaing di kelompok hadapan dan menikmati keseronokan berlumba semula kerana saya sudah lama tidak kecapi keseronokan itu.”
Ini bukanlah kali pertama seseorang penunggang telah meninggalkan kejuaraan dunia Moto2. Zaqhwan Zaidi, pelumba harapan negara kita dan juga Juara kategori Supersport 600 Asia Road Racing Championship (ARRC) 2016, meninggalkan siri Moto2 yang bertaraf antarabangsa selepas hanya 6 perlumbaan dengan pasukan tempatan, JPMoto Malaysia. Ketika ini, dia sedang mempertahankan dengan jayanya kejuaraan ARRC-nya bagi tahun 2017 bersama pasukan MUSASHi Boon Siew Honda.
TEKAN SINI untuk mengetahui tentang kejayaan Zaqhwan pada tahun lepas, di mana dia memenangi kejuaraan ARRC.