Basikal Tayar Tanpa Angin ‘Air Free Concept’ dari Bridgestone

Bridgestone  Corporation kini mengumumkan kepada dunia bahawa mereka telah menghasilkan tayar basikal generasi hadapan sebagai satu usaha untuk memajukan teknologi ‘Air Free Concept‘ iaitu teknologi tayar tanpa angin. Ini akan membolehkan pihak Bridgestone untuk mengkaji penggunaan tayar ini dalam keadaan sebenar dan akhirnya diharapkan tayar ini dapat menemui pengguna pada 2019 nanti.  

Tayar ‘Air Free Concept’ (AFC) ini tidak menggunakan udara untuk menyokong struktur tayar dan beban keseluruhan seperti yang ada pada tayar biasa.  Tayar AFC menggunakan jejari resin plastik yang kuat tetapi sedikit lentur yang menyambungkan rim dalam dengan rim luar. Penggunaan resin plastik ini mengoptimumkan penggunaan getah berbanding yang biasa ada pada tayar konvensional.

Kelebihan tayar ini adalah tiada lagi kebocoran yang boleh berlaku dan ini mengurangkan masa lalai (idle time) penggunaan basikal ini.

Kelemahannya pula adalah tayar AFC ini tidak begitu baik menyerap hentakan pada kelajuan tinggi dan ini menyebabkannya tidak sesuai untuk motosikal yang laju, namun, mungkin boleh digunakan pada motosikal yang mempunyai had kelajuan 50-60km/h.

Teknologi yang hampir sama juga ada dikaji oleh Michelin dengan nama ‘Tweel’

17 Replies to “Basikal Tayar Tanpa Angin ‘Air Free Concept’ dari Bridgestone”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.