Cub Prix: Kasma Daniel Muncul Sebagai Pemenang Pertama Kategori CP150

  • Kasma Daniel dan Jentera Yamaha Y15ZR dari Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor

  • Rakan sepasukan Ahmad Fazli Sham tamat di tempat ke-2

  • Zaqhwan Zaidi jatuh ke tempat ke-3 setelah dicantas Fazli di pusingan terakhir

Pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas telah melihat Kasma Daniel sekali lagi telah membuktikan mengapa beliau merupakan juara CP130 tahun 2016. Dalam kategori 150cc baru yang bermula di Temerloh, Pahang hujung minggu yang lepas, Kasma muncul sebagai juara dan rakan sepasukan beliau Ahmad Fazli Sham menamatkan pusingan pertama di tempat kedua.

Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor yang bermula dari petak kedua berjaya mengetepikan seorang lagi pelumba pilihan, Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) sebaik perlumbaan bermula untuk mendahului kedudukan dari awal perlumbaan sebelum berjaya menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 14:38.563s.

“Saya memulakan perlumbaan dengan baik dan dapat mendahului pelumba-pelumba lain. Selepas itu saya cuba untuk lari dari kelompok kedua yang mempunyai ramai pelumba dan seterusnya mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat,” jelas Kasma.

“Kemenangan ini amat penting bagi saya untuk mengutip mata maksimum pada dua pusingan terawal musim ini memandangkan saya juga akan beraksi di Sepanyol dan mungkin pertindihan jadual menyebabkan saya tidak dapat beraksi di Cub Prix dalam beberapa pusingan. Saya menghadiahkan kemenangan ini kepada pasukan, penaja, keluarga dan rakan-rakan.”

Dalam kategori CP115, persaingan sengit antara kedua-dua pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor dan Motul Zeneos Yamaha YY Pang telah berlangsung dimana jatuh kepada Md Akid Aziz diikuti rakan sepasukan, Md Haziq Md Fairues. Selepas 15 pusingan, Tengku Amirul Haffirudin dari Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing berjaya tamat di tempat ketiga dalam pusingan pertama Malaysia Cub Prix.

Bagi kategori WIRA, pelumba Saiful Azhary Muhamad dari Idemitsu Kozi Yam Honda Racing rider menangi perlumbaan pertama dengan jurang sejauh tiga saat dari pelumba tempat kedua, Mohd Daniel Syahmi dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha-AFB Tech. Rakan sepasukan Daniel iaitu Mohd Aiman Tahiruddin menamatkan perlumbaan di tempat ketiga memberi kumpulan mata yang bagus bagi permulaan kejuaraan tahun ini.

Pusingan kedua 2017 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas akan berlangsung pada 24 Mac 2017 yang bertempat di Tangkak, Johor. Dibawah adalah keputusan keseluruhan tiga kategori utama.

CP150

  1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 14’38.563s 25 mata
  2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 14’42.819s 20 mata
  3. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 14’42.864s 16 mata
  4. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 14’49.183s 13 mata
  5. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha 14’49.754s 11 mata

CP115

  1. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 11’22.325s 25 mata
  2. Md Haziq Md Fairues (SGR) Yamaha 11’23.145s 20 mata
  3. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 11’32.175s 16 mata
  4. Md Hafienaz Md Ali (PRK) Yamaha 11’35.956s 13 mata
  5. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 11’38.218s 11 mata

WIRA

  1. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 9’23.448s 25 mata
  2. Md Danial Syahmi (TRG) Yamaha 9’26.203s 20 mata
  3. Md Aiman Tahiruddin (KUL) Yamaha 9’26.615s 16 mata
  4. Md Syafiq Aiman (JHR) Yamaha 9’27.037s 13 mata

5. Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Honda 9’27.538s 11 mata

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

2 Replies to “Cub Prix: Kasma Daniel Muncul Sebagai Pemenang Pertama Kategori CP150”

Leave a Reply