Acara Konvoi “Moto dan Gincu” sempena Hari Wanita Antarabangsa 2017

  • Konvoi khas untuk wanita aturan kumpulan Throttle Riot

  • Lebih dari 100 penunggang wanita dianggar untuk menyertai konvoi dari Triumph Malaysia (Fast Bikes) ke The Bee, Publika

Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2017, kumpulan motorsikal tempatan Throttle Riot akan menganjurkan satu acara konvoi istimewa yang bernama “Moto dan Gincu”. Konvoi ini akan bermula pada jam 4 petang esok (4 Mac 2017) dari Triumph Malaysia (Fast Bikes) di Petaling Jaya sehingga Publika, Solaris Dutamas untuk sambungan acara tersebut.

https://www.instagram.com/p/BQt-b72gFPt/

Pengasas kumpulan Thottle Riot iaitu Raja Susrina dan Hanis Hamdan mengajurkan acara ini untuk meningkatkan kesedaran tentang kejayaan dan pencapaian wanita. TEKAN SINI untuk melihat laman Instagram Throttle Riot.

https://www.instagram.com/p/BQxfCFFghTW/

Walaupun gambaran acara ini lebih kepada motorsikal klasik , Moto dan Gincu ini terbuka kepada semua jenis motorsikal tidak kira saiz, bentuk, warna, pengeluar atau jenama. Untuk hiburan semua, terdapat persembahan dari kugiran-kugiran terkemuka setelah tiba di Publika seperti Kapow, Skits Music, The Fatalis dan juga Pop Konspirasi. Penampilan khas dari Anita Yusof dan juga Atilia Haron juga akan berlangsung esok sewaktu acara dijalankan.

Anita Yusof, Duta GIVI

Apabila ditanya tentang penunggang wanita, Hanis berkata bahawa wanita juga boleh menunggang pelbagai jenis motorsikal sebaik kaum lelaki yang selalunya dikait rapat berkenaan topik motorsikal.  Melalui acara ini, mereka berharap persepsi berkenaan stereotaip wanita yang tidak cukup kuat untuk menunggang motorsikal dapat diubah sekali gus memberi sokongan kepada Hari Wanita Antarabangsa. Walaupun hari tersebut jatuh pada 8 Mac 2017, acara ini akan berlangsung pada hari esok (Sabtu, 4 Mac 2017) untuk mendapat lebih banyak penyertaan dari kaum wanita.

Lebih dari 100 penyertaan akan dijangka untuk menyertai acara konvoi esok. Untuk memastikan keselamatan sewaktu konvoi kepada penunggang dan juga pengguna jalan raya yang lain, pihak polis akan mengiringi kumpulan tersebut terus ke Publika yang terletak di Solaris Dutamas.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai acara Moto dan Gincu, boleh TEKAN SINI untuk mendaftar melalui eventbrite.com. Yuran kemasukan sebanyak RM50 adalah untuk makan dan minum, cenderahati dan juga penyertaan dalam peraduan lucky draw. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web acara Facebook atau emel di [email protected].

Bersiap sedia untuk acara terkemuka ini sempena Hari Wanita Antarabangsa dan #BeBoldForChange!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]