KTM Lancar Semua Jentera MotoGP, Moto2 dan Moto3 untuk 2017

 

  • Pol Espargaro dan Bradley Smith akan berlumba dengan KTM RC16 dalam MotoGP

  • Brad Binder dan Miguel Oliveira akan mulakan usaha KTM dalam kategori Moto2

  • Niccolo Antonelli dan Bo Bendsneyder akan mempertahan kejuaraan KTM dalam Moto3

KTM baru sahaja melancarkan kesemua motorsikal yang akan berlumba dalam ketiga-tiga kategori MotoGP, Moto2 dan Moto3. Perlancaran berlangsung semalam di Austria bersama pelumba-pelumba yang telah dipilih oleh syarikat Austria tersebut. KTM merupakan satu-satunya pengeluar yang akan mengambil bahagian dalam semua kategori MotoGP.

Dari segi rupa, kami dapat melihat bahawa warna pilihan adalah jingga khas KTM dan biru gelap yang hampir ke hitam. Warna ini sedikit lain jika dibandingkan dengan warna pilihan sewaktu perlumbaan terakhir MotoGP 2016 di Valencia dimana jentera RC16 merupakan warna jingga dan biru yang agak terang. Seperti biasa, logo penaja utama iaitu Red Bull merupakan reka bentuk yang paling terserlah pada semua motorsikal dan juga pelumba.

Menurut pengurus pasukan Red Bull KTM, Mike Leitner, mereka telah mengalami beberapa isu sejak Valencia tahun lepas dimana jentera MotoGP mereka jauh lebih perlahan dari sangkaan awal. Sejak dari itu, pasukan telah berusaha untuk memastikan RC16 mereka akan cukup kompetitif untuk berlumba bersama Honda, Yamaha, Suzuki, Ducati dan Aprilia.

Bagi kategori Moto2, KTM telah memilih juara dan naib juara Moto3 2016 iaitu Brad Binder dan Miguel Oliveira. Bagi tahun pertama dalam kategori Moto2, mereka akan cuba untuk memberi keputusan yang baik dalam usaha permulaan dalam kategori 600cc. Jentera KTM Moto2 masih menggunakan enjin Honda CBR600RR mengikut peraturan kategori tersebut.

Usaha KTM dalam Moto3 telah banyak membawa kejayaan dan pada tahun ini, giliran Niccolo Antonelli dan Bo Bendsneyder pula untuk mempertahankan kejuaraan mereka. Pasukan KTM Ajo mempunyai pakej yang cukup lengkap termasuk pengalaman yang mendalam untuk menguasai kejuaraan Moto3 dan Moto2. Persoalannya sekarang, adakah KTM akan menjadi pengeluar pertama yang akan menjuarai ketiga-tiga kategori dalam sejarah perlumbaan MotoGP? Saksikan nanti!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

14 Replies to “KTM Lancar Semua Jentera MotoGP, Moto2 dan Moto3 untuk 2017”

Leave a Reply